Saturday, July 8, 2017

RAYA rumah ANAK MENANTU...

HARI ni, SABTU, 8 Julai 2017, kami sekeluarga BERAYA di rumah ANAK & 
MENANTU kami di SAUJANA PUTRA. Bergerak dari rumah
lebih kurang jam 4.30 petang dan sampai sana
lebih kurang jam 5.00 ptg.

saujana putra
aku dengan besan lelaki kami....

Masa kami sampai rumah tu cuma keluarga KAKAK kepada BESAN LELAKI kami
jer yang ada. Aku sekeluarga menjamu seleralah mana yang boleh dimakan.
La ni aku bukan boleh makan sebarangan, maklumlah usia dah tinggi ni, 
badan da tak berapa nak sihat....tu sebab aku nak pencen cepat...ekekeke...
Tak berapa ketika kemudian rakan2 anak dan menantu aku pula sampai...

keluarga serta kawan2 anak menantu kami...

KAKAK BESAN LELAKI kami tu memang banyak sembangnya. Aku rasa baguslah tu
sekurang-kurangnya kami ada teman berbual panjang dan lama. Ramah dan 
petah dia bercerita. Kami tak umpat sapa2 pon, dia cuma
ceritakan hal berkaitan diri jeee....
isteri aku bersembang sambil menjamu selera dengan KAKAK BESAN LELAKI kami....
belakang KAKAK BESAN LELAKI kami ialah BESAN POMPUAN kami....

Tak lama kemudian ...lebih kurang jam 6 atau lebih jam 6.00 petang keluarga BESAN
LELAKI kami pun sampai. Ramai ahli keluarga mereka jika dibandingkan
dengan keluarga aku yang CIPUT jeee.....Bila besan lelaki sampai
maka kami bercerita agak panjang lahhh... Macam macam
yang kami sembangkan termasuklah
masalah NEGARA....huhuhuhu........................


...ini ketika kami meminta diri untuk pulang....

Lebih kurang jam 9.00 malam kami minta diri untuk beredar. Setelah bersalaman
kami mula bergerak meninggalkan rumah ANAK MENANTU kami.
Entah bilalah pulak kami akan bersua RAMAI RAMAI
begini.....harap masih ada ruang untuk
berjumpa RAMAI-RAMAI macam ni....Bila usia kita meningkat
tidak ada apa yang lebih utama melainkan dapat berjumpa RAMAI-RAMAI dan
BERGEBANG...opst! taukah apa maksud
bergebang tuuu....tak tau takpa lahhh.........cari jer dalam KAMUS DEWAN...
Harap semua ahli KELUARGA besar kami bersambung jalinan keluarga dari 
DUNIA hingga KEKAL ke SYURGA, InsyaALLAH.....

Esok kami akan bergerak ke MELAKA pula untuk meraikan
PENGANTIN Mak Teh pulaaa....harap semuanya
dipermudahkan.....

*kamera tak berapa berkesan kerana foto ada yang focus 
....ada yang out focus...huhuhu...

DAUD.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...