Sunday, July 16, 2017

Melawat Hospital Lagiiii....

Hari ini AHAD, 16 Julai 2017, aku bersama keluarga melawat BIRAS aku yang sakit
di HOSPITAL KAJANG kerana masalah usus. Aku serta keluarga
pernah melawat kali pertama beberapa minggu
yang lalu.........................
Semua ahli keluarga aku masuk ke wad untuk melawat
melainkan seorang yang di bawah umur 12 tahun. Jadi yang dibawah
umur terpaksa tunggu di luar ditemani oleh kakaknya.................................................

foto hiasan dari google...

foto hiasan dari google...
 Dalam wad tidak boleh snap foto walaupun menggunakan handphone, melainkan
makcik makcik misi tu tak nampak...gamaknya. Sebab aku pernah dengar
sorang misi tu beritahu seseorang supaya jangan snap foto dalam 
wad...huhuhu.... Jadi tak jadilah aku snap sebarang  satu
dua foto aku dalam wad atau foto
biras aku tu.........

foto hiasan dari google...

foto hiasan dari google...
Masuk ke dalam wad biras aku, kelihatan biras aku dah kelihatan ok sedikit.
Masa melawat kali pertama dulu nak bersuara pun nampak
macam sukar dan kelihatan banyak masanya
dengan memejamkan mata sahaja...
Aku rasa rimas jugak duduk dalam wad ni ..maklumlah
pandang depan orang sakit, pandang kiri sama, pandang kanan, belakang, sama
je...semuanya orang sakit....kat siling je yang takde pesakit...huhuh..
Masa melawat tu...adalah aku sembang sikit dengan
biras aku tu...sembang jugak dengan
adik ipar aku iaitu isteri 
biras aku yang juga adik kepada isteri aku.

depan pintu nak masuk wad
pintu masuk ke wad


Doa aku...semoga BIRAS aku tu cepat sembuh dengan sempurna. Sebenarnya
kesian bila tengok orang sakit. Dah namanya pun sakit tentu tak
selesa. Aku tengok katil2 berhampiran katil biras
aku tu pun macam2 sakit.
Kelihatan sorang tu separuh betisnya sudah hitam. Rasanya 
mungkin sebab diabetis kut. Bila kulit dah hitam, itu mungkin dalam bahaya. Sel
sel da mati kut. Kalau tak dapat diselamatkan mungkin
kaki boleh dipotong. Mintak2 orang tu sembuh
jugak dan kakinya dapat jugak
diselamatkan...........aaminnnnnnnnnnn...................

nak balik da...


Aku tidak lama dalam wad berkenaan kerana aku harus keluar untuk beri peluang
anak aku yang lain masuk untuk melawat. Aku pulak gilir menunggu 
anak aku yang tidak dibenarkan masuk kerana
bawah 12 tahun.
Sementara menunggu di luar kelihatan
abang Kamal dan Kak Nab tiba untuk melawat. Tak berapa
lama kemudian tiba keluarga biras aku dari Banting datang melawat. Biras aku,
PIAN tiada...cuma keluarga dia jeee.........

salah satu sudut dalam kawasan hospital...
lokasi perking kenderaan


Kami meninggalkan HOSPITAL KAJANG setelah lebih kurang sejam berada di hospital
tersebut. Harap BIRAS aku cepat sembuh, harap jugak semua orang2 yang sakit
yang berada di hospital berkenaan sembuh segera hendaknya.
Kita hanya mampu berdoa, yang menyembuhkan
adalah ALLAH SWT. Yang penting marilah kita sama2 berdoa dengan
ikhlas supaya mereka semua sembuh segera, sembuh dengan sempurna serta diberkati
oleh ALLAH SWT dunia hingga AKHIRAT.......
InsyaALLAH kami akan datang lagi melawat ke sini jika ada kesempatan........
doakan kami ada kesempatan dikurniakan ALLAH SWT
untuk datang lagi melawat ke sini......aaminnn...

lokasi parking hospital kajang.....
bandar kajang....
bandar kajang....
mercu tanda terbaru...MRT KAJANG...esok PM akan rasmikan....

BANDAR KAJANG nampaknya ada sedikit berubah. Stesen MRT pun ada dan akan dirasmikan oleh PM esok. Mungkin Kajang esok sesak kerana acara
berkenaan. Jadi eloklah jangan
masuk Kajang esok...tentu sesak punya....mungkin jamme...mungkin
.....mungkin.....dan mungkin............................
MRT
MRT


Hari ini nampaknya KAJANG tak jemmm...mungkin masa cuti ramai orang keluar dari
KAJANG kut....pegi jamuan raya ke....pergi berkelah keee...pegi kenduri kawen
keee.... semuanya serba mungkin. Itu sebab gamaknya KAJANG tak 
sibuk masa aku masuk KAJANG dan keluar dari KAJANG tadi.....

Apa2 pon terima kasih kerana singgah di sini...

SEKIAN...

DAUD.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...