Saturday, July 1, 2017

Melawat Biras di Hospital

HARI ini, Sabtu, 1 Julai 2017, aku pi melawat Biras aku di Hospital Kajang kerana
sakit. Aku pi dengan isteri aku dan kami bergerak ke Kajang jam 12.00
tengah hari. Aku memang jarang turun Kajang...rasanya
hampir setahun kut. Kali terakhir aku pi Kajang
tahun lepas kerana melawat rakan 
se UKM kerana kemalangan dan di rawat
di hospital yang sama............................................................Bandar Kajang
taklah se jemmm yang biasa spt sebelum ini...mungkin masih 
CUTI RAYA kut.....

foto drpd PAKCIK GOOGLE...
parking...

sebelah laluan pejalan kaki..

Sampai di bangunan yang menempatkan wad wad pesakit aku lihat jadual lawatan,
dan tertera waktu melawat hari SABTU dan AHAD ialah dari
jam 1.00 petang hingga 7.00 petang.
Jadi kami tunggulah di situ kerana kami tiba awal iaitu
jam 12.30 tengah hari. Isteri biras aku keluar menemui kami selepas
berwassap dengan kakaknya. Berbual sebentar dan dia masuk kembali ke wad untuk
menemani suaminya.

lorong gi ke wad

masuk ke wad bila jam tunjukkan pukul 1.00 ptg.

foto hiasan daripada GOOGLE

Setelah masuk ke pukul 1.00 petang, kami gerak ke wad untuk melawat. Kami 

mencari kaunter yang di depannya bilik biras aku iaitu di WAD SATU. 
Hemmm...jumpa pun
bila isteri aku ternampak adik dia.... Sampai di katil, aku lihat
biras aku sedang tidur. Kesian bila tengok orang
yang sedang sakit....kita biasa lihat orang
yang sihat je. Bila lihat orang yang sakit, emosi kita pun turut
merasa tempiasnya. Walau bagaimanapun, BERAT MATA MEMANDANG,
BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL... Itu semua ketentuan 
ALLAH SWT. SAKIT yang kita hidapi telah ALLAH SWT tentukan...
siapakah kita untuk menentang  ketentuanNYA....?
AKU berdoa semoga BIRAS(ALONG) aku cepat sembuh dan dimudahkan
sangat segala urusannya. Tak lupa juga aku doakan SUAMI anak ABANG USOP
pon segera SEMBUH, yang sekarang ini berada di HOSPITAL IPOH.
Masih belum sedar selepas pembedahan. Moga keluarga
masing-masing BERSABAR dengan ujian ini...
serta sentiasa berdoa......
Sesiapa yang terbaca BLOG ini...marilah kita berdoa untuk
kesembuhan yang segera untuk mereka, serta pesakit2 lain yang sedang
mengalami sebarang jua penyakit........

Aku rasa aku pon tau macam mana perasaan duk kat WAD ni...DUA kali
aku duk kat WAD. Kali pertama masa semua anak2 aku belum
bersekolah lagi, maknanya bawah 7 tahun la tu. Rasanya
lebih 20 tahun yang lalu....rasanya..................
Masa tu kena duk kat wad Hospital
Kuala Lumpur.
Sakit aku masa tu ialah pembedahan hidung.
Hidung aku ada masalah tersumbat bila selsema. Hidung di bedah
dan dibuang tulang bengkok yang menyebabkan hidung tersumbat bila selsema.
LAPAN HARI aku duk dalam wad.....booooringgg... sesangat.
Masa tu tobat nak duk dalam wad lagi....tapi itu kehendak
kita...kehendak TUHAN...sekali lagi
aku duk dalam wad
selepas kemalangan kereta yg aku pandu.
Kereta gagal dikawal ketika melalui jalan basah selepas hujan lebat. Natijahnya 
kereta terbabas dan terlanggar pokok. Pengsan dan
tak sedar dalam kereta lepas kemalangan. Sedar sedar dah dikeluarkan drpd
kereta dan dihantar ke hospital Kajang. Selama 3 hari duk
dalam wad....rasanya Bulan Mac, tahun 2010 kalau tak silap.
Memang boring duk dalam wad...harap
jangan ada lagi SESI DUK dalam WAD lepas ni...dah la tuuu...
Satu je yang aku nak cite, rupanya bila kemalangan kete kita akan pengsan
dan tak sedar langsung....jadi kalau kemalangan dan meninggal,
tentu sedar-sedar da ada dalam kubur...huhuhu...

foto hiasan drpd GOOGLE..
foto hiasan drpd GOOGLE

Masa kami melawat, terdapat seorang pesakit telah meninggal dunia.
Mungkin dia telah lama dimasukkan ke hospital ini. Ternampak sedikit mayat
 pesakit tersebut masih berkelubung....dan masih di atas katil dan 
belum lagi dipindahkan. Ternampak tubuhnya
dari celahan tirai yang mengelilinginya. 
Moga rohnya dicucuri RAHMAT oleh ALLAH SWT.

Tidak berapa lama kami di wad tersebut, BIRAS aku terjaga daripada tidur dan menegur
kami. Aku tak banyak bercakap kerana tak tau apa topik yang sesuai untuk
dikatakan, hanya diam dan dengar saja apa yang disembangkan
oleh isteri aku dan adiknya.
Tak lama kemudian satu keluarga lagi tiba
untuk tujuan yang sama iaitu untuk melawat BIRAS aku tu...
Aku pun tak kenal siapa mereka. Masa nak keluar aku sempat tanya isteri aku,
dia kata keluarga tersebut ialah sedara BIRAS aku tu...

foto hiasan drpd GOOGLE
foto hiasan drpd GOOGLE...


 Sebenarnya BIRAS aku sakit berkaitan USUS KECIL. Dia operate pada HARI RAYA
KETIGA dan ditempatkan di WAD ICU. Dia baru saja dipindahkan ke WAD
SATU. Jadi bila berada di wad tersebut mudahlah kami untuk
pergi melawat. Sebenarnya aku pun tak pasti
apakah sakit USUS KECIL tu.
Oleh itu aku pun tanyalah PAKCIK GOOGLE berkaitan
Usus Kecil....jadi itu je yang aku dapat serba sedikit berkaitan kepentingan
USUS KECIL tersebut. Walaupun dulu pernah belajar
BIOLOGI, sekarang ni da lupa ibarat ilmu 
Biologi aku da BERKARAT.
Terpaksa bergantung dengan PAKCIK GOOGLE jugak...

Seberapa ketika kemudian pelawat dari JENDERAM pulak tiba untuk melawat.
YATI dan SUAMI nya serta NYAH ZAIMAH masuk untuk melawat.
Suami YATI jumpa BIRAS aku dan bersalam.
Setelah agak lama kami dalam wad tersebut, kami pun mula
nak bergerak keluar. Setelah bersalam dengan BIRAS, aku dan isteri melangkah
keluar dari wad berkenaan. Keluarga NYAH ZAIMAH masih di dalam
wad ketika kami meninggalkan wad tersebut.........

Masa kami berada dalam wad.....rasanya da DUA KALI aku dengar MAKCIK
NURSE tu kata...'sekali melawat boleh DUA orang je...'
huhuhu.......

...sila makannn....

Hospital KAJANG ni dah banyak yang berubah...lokasi mendapatkan makanan
pun dah ada beberapa buah...rasanya masalah mendapatkan makanan
bukan lagi satu isu. Yang mungkin jadi isu besar sekarang
ni ialah jumlah wad yang tak cukup sebab
pesakit ramai zaman ni.....
Harap satu hari nanti sebuah hospital baru 
akan dibina lagi di DAERAH ni untuk menampung pesakit yang
semakin bertambah....INSYAALLAH......

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...