Saturday, July 8, 2017

Majlis Kawen

Hari ini SABTU, 8 Julai 2017, isteri pi majlis perkahwinan anak jiran di
Dewan Institut Pendidikan Perguruan Islam, Sungai Merab,
Bangi. 

dewan berkenaan
isteri dan anak
Kedua ibu bapa pengantin pompuan merupakan kenalan RAPAT kami. Aku pernah tinggal
serumah dengan bapa pengantin pompuan semasa kami masih
bujang dan keje di UKM. Kalau tak silap masa tu
tahun 1985 atau 1986....kalau tak silap. Masa tu kami duk menyewa
di rumah sewa KAMPUNG TERAS JERNANG...Kalau tak silap rumah sewa 2 bilik
Pak Aji tu sewanya cuma RM50.00 atau RM100.00...da lupa.......
lebih kurang gitu ler sewanya....sekarang ni...hermmmmm....mengigau ler nak
dapat sewa macam tu...tak wujud ponnnnnn......
Kalau dah pernah duk serumah masa BUJANG, itu bermakna
teman RAPAT laaaa.....

isteri bersama ibu pengantin perempuan, jiran taman perumahan..
...ni nak balik kut....


Aku tak pi, cuma isteri dan anak-anak je. Sib baiklah ada anak yang boleh memandu,
bolehlah bawak ibu pi sana sini. Aku tak rajin pi majlis2 ni...maaflah...
Apa apa pun aku DOAKAN KEDUA DUA PENGANTIN akan hidup bahagia
hingga ke SYURGA....aaminnnn..........

DAUD..montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...