Diari Daud - Hari ni Isnin, 20 Mei 2019...cuti umum sebab semalam Hari Wesak. Aku ada tugas hari ni, bawak anak pi ke Klinik 1 Malaysia atau Klinik Komuniti untuk
periksa tangan dia yang sudah dimasukkan 'bahan' untuk
cek kehadiran virus 'x' dalam badan dia.
Sebenarnya minggu lepas
kami bawak dia
cek dan terima rawatan di
Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra. Dapatkan
rawatan di sana sebab jangkitan virus di paru paru. Doktor masukkan
bahan tertentu yang aku tak tau ke dalam kulit lengan dia. Dalam 3 hari kena cek tempat
yang ditanam bahan tu untuk tentukan kehadiran virus 'x' tu.
Untuk semua kalau anak batuk berpanjangan, sila bawak ke klinik cepat
mungkin akan kena jangkitan kuman kat paru paru...
bekas merah tu perlu diperiksa oleh pegawai perubatan.. |
Disebabkan hari ni cuti umum wesak, klinik bandar seri putra tu tutup,
dia orang minta kami pi ke Klinik 1 Malaysia atau Klinik Komuniti dalam kerajaan baru ni...untuk tentukan kehadiran virus berkenaan. Jam 9.30 kami gerak dari
bangi menuju taman tenaga iaitu di belakang bangunan
hentian kajang dimana terletaknya klinik
tersebut di situ.....
lebih kurang 6KM dari rumah |
Tiba aje kat situ aku pun parking
kete sebelah klinik tu dan gerak masuk ke dalam klinik..
Isteri aku pi ke kaunter dan tanya staf kat kaunter tu. Staf tu beri borang
macam borang kat klinik kesihatan bandar seri putra jugak. Aku yang isi borang tu. Siap isi isteri aku berikan kat staf tu. Kemudian duduk dan tunggu nombor giliran
dipanggil. Ramai jugak dalam klinik tu sebelum dan selepas
kami ada aje yang masuk untuk dapatkan rawatan.
nak masuk dah tu... |
Klinik 1 Malaysia ni mula diwujudkan sebanyak 50
buah lebih kurang di seluruh negara yang tujuannya untuk
kemudahan orang yang kurang berkemampuan. Sekarang ni terdapat lebih
200 buah klinik 1 Malaysia. Klinik ini diwujudkan dalam tahun 2010 kalau tak silap aku. Aku pun tak berapa amik tahu sebelum ni sebab sebelum ni aku masih lagi kakitangan
kerajaan berkanun yang punyai klinik2 panel, jadi aku takde keperluan
untuk gunakan khidmat klinik 1 Malaysia tu...La ni aku dah
pencen dan takde panel doktor maka ke klinik kerajaan
la aku kena pi untuk rawatan aku dan anak2 aku... Masa kerajaan baru ni
sebahagian kecil klinik 1 malaysia ni akan ditutup dan sebahagiannya dinaik taraf menjadi klinik kesihatan yang lebih baik...Klinik ni merupakan klinik kerajaan untuk
komuniti miskin bandar...
dah kat kaunter...staf situ ok je...saje je gelapkan foto ni... |
Dikatakan klinik ni pada permulaan kewujudannya dikendalikan oleh
Penolong Pegawai Perubatan dan jururawat untuk sakit sakit yang ringan.
Ia dibuka 7 hari seminggu dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Ia bertujuan untuk
menjaga keperluan kesihatan golongan miskin di bandar. Dalam sebuah negeri tak banyak pon klinik 1 Malaysia ni. Klinik ni terdapat di kawasan perumahan di bandar dan kos dikenakan katanya sebanyak 1RM dan warga asing dalam 15RM kut...kut....
kene tunggu... |
Berbalik kepada cerita kami...setelah nombor giliran dipanggil
anak aku dan isteri aku pi masuk bilik rawatan. Mungkin dalam 15 minit kut.
Kemudian dia orang keluar. Aku tanya isteri aku dan dia kata pegawai perubatan tu cakap
tiada virus 'x' setelah tanda merah di tangan anak aku diukur. Maknanya
setakat ini kehadiran virus 'x' tiada. Apa apa pun keputusan
akan bergantung jugak kepada keputusan darah
dan kahak yang dijadikan sampel
untuk dikaji nanti...Hari jumaat ni kami akan ada janji temu untuk anak kami...Hari tu nanti doktor akan tentukan sama ada virus 'x' tu wujud atau tak dalam tubuh anak aku
yang gemuk tu...tak gemuk sangat punnnn...ooopst!
Moga2 tiada virus 'x' tu...aamiinnn...
Terima kasih banyak2 kepada kakitangan klinik 1 Malaysia, Taman Tenaga, Kajang....
sabar je tunggu.. |
Rasanya itu aje yang ingin aku tulis hari ni dan sebelum aku tutup tulisan ni, aku doakan kita semua akan diampunkan oleh ALLAH SWT akan semua dosa kita hingga
ke akhir hayat kita dan jangan lupa sentiasa doakan setiap lepas solat
supaya ALLAH SWT ampunkan semua doasa kedua ibubapa
kita dan kedua ibubapa mentua kita
dan hindarkan mereka
semua daripada
siksaan kubur, siksaan
akhirat dan siksaan api neraka serta
ALLAH SWT luaskan kubur mereka serta dibukakan
salah sebuah pintu syurga ke kubur mereka serta ALLAH SWT
masukkan mereka semua ke dalam syurga bersama para rasul, para nabi, orang yang soleh dan solehah...aamiinnnnn......
~~~~~ SEKIAN ~~~~~
No comments:
Post a Comment