Tuesday, May 14, 2019

Selamat berpuasa semua..selamat menempuh ujian...

Diari Daud - Hari ni Rabu, 15 Mei 2019...hari juga merupakan hari ke 10 kalau tak silap, kita berpuasa. Lama rasanya aku tak update blog ni sebab takde apa untuk aku
coretkan kat muka surat ni. Bulan puasa memang aku takde aktiviti
berjalan kat tasik di nilai tu..Sekarang ni macam cuaca agak
panas. Tentu rasa sukar rasanya berpuasa kali ni, suhu
tinggi...cepat sangat dahaga, rasa macam
tak sabar nak teguk air...masa
setiap kali berbuka..

ni masih rambut panjang...
dah potong pendek dah..terima kasih kepada isteri..kerana potongkan..
                                                       Cuaca agak panas aku
pun amik keputusan potong rambut aku yang agak
panjang ni...rasa tak mampu nak tunggu lama sikit...berpeluh peluh
maka kurban aja la rambut aku ni...hahaha...apa boleh buat la...Isteri aku yang
potongkan rambut aku tu...Sebenarnya dah bertahun tahun isteri aje yang potongkan, sejak mula kawen dia aje yang buat...

Minggu ni jugak agak mencabar
sebab anak bungsu aku diserang asma yang teruk. 
Sebenarnya ini KALI PERTAMA dia kena asma yang paling teruk.
Sebelum ni memang tak teruk pun sekali aje pi klinik dah sembuh dan batuk tu ringan aje..
Kali ni memang rekod la...berkali kali pi klinik tapi tak jugak sempurna
sembuhnya....

Mula kena batuk biasa aje...aku beri aje ubat yang dibeli kat farmasi...
Namun hampir seminggu tak reda baru bawak pi klinik. Doktor bagi ubat...Lepas makan ubat pi lagi ke klinik swasta sebab masih tak sembuh walaupun dah diberi gas untuk
redakan asma. Namun sekali lagi kesannya tak nampak sangat
maka pi lagi ke klinik swasta, doktor bagi ubat...lepas tu
makan ubat tapi ia berbalik balik..

pertama kali pi kena gas
setiap kali pi kena gas...
Sekali lagi pi lagi ke klinik...kena gas lagi...
Namun bila ubat abis sakit tak juga sembuh betul2, ia berbalik balik
aje...macam main2 aje sakit tu...Akhirnya pi ke klinik lain dan doktor kata anak
dah kena jangkitan kuman kat paru2. Dia bagi gas dan dia minta pi klinik kerajaan untuk
bagi gas lagi tiap2 4 jam sampai jam 10.00 malam. Klinik dia tutup 6.00 ptg.

Aku dan isteri amik keputusan tak payah pi klinik kerajaan
pi aje klinik swasta sebab klinik kerajaan tutup jam 5.00 petang sedangkan kami kena pi lagi untuk amik gas jam 10.00 malam. Klinik yang pi tadi tutup jam 6.00 petang dan malam
tentu takde dapat pi sana. Maka akhirnya kami pi sebuah klinik swasta
lain untuk amik gas jam 2.00 ptg, 6.00 petang dan 10.00
malam. Doktor tu kata lepas bagi gas ok
kemudian masa nak amik
gas berikutnya sakit tu macam kembali balik..lega bila lepas beri gas...

hari ni datang klinik lagi...
tunggu sat sebelum masuk bilik ..
Akhirnya hari ni kami pi balik ke klinik yang sarankan kami beri gas setiap 4 jam tu...Lepas daftar dan nama anak dipanggil maka anak aku dan isteri pi masuk jumpa
doktor tu...Maklumat daripada isteri, batuk masih ada dan
diberi gas lagi. Doktor beri ubat dan akan jumpa lagi
hari jumaat nanti. Doktor suruh rihat kat
rumah dan jangan berada
di persekitaran yang ramai orang sebab dia mudah dijangkiti virus.

Anak terpaksa tak sekolah hampir seminggu lebih kut dan yang tak syoknya
sekarang musim periksa dan anak aku
banyak terlepas subjek peperiksaan tersebut nampaknya...
macam takde markah lah banyak subjek kali ni...apa boleh buat laaa...
Bukan disengajakan, memang dah ditentukan di azali...redha aje la....Perkara berkaitan sakit ni kita tak mampu nak buat pape...bila bila masa aje kita boleh sakit...yang
penting kita kawal kesihatan kita dan kalau nak kena sakit jugak itu
tak boleh buat pape...anggap aje la ujian ALLAH SWT
bukan saja kepada anak tapi juga ujian
untuk ibu bapa...Banyakkanlah berdoa dan banyakkanlah jugak kita mohon ampun kepada ALLAH SWT...Moga penyakit anak aku tu cepat sembuh...bukan ubat yang
menyembuhan tapi ALLAH SWT sementara ubat
sebagai asbab aje.....

bilik doktor...
bilik rawatan
gas lagi hari ni...
Sebelum aku tutup nukilan aku ni aku doakan moga kita semua akan diampunkan oleh ALLAH SWT atas semua dosa kita sehingga ke akhir hayat kita semua dan
jangan lupa sentiasa doakan supaya kubur ibubapa kita dan
ibubapa mentua kita diluaskan oleh ALLAH
SWT dan dihindarkan mereka
semua daripada
siksaan kubur, siksaan akhirat
dan juga siksaan api neraka serta dimasukkan mereka semua ke dalam syurga yang kekal...aamiinnnnnn......

*aku pi klinik swasta kena bayar sendiri sebab aku dah bersara tak ada doktor panel lagi...
moga anak cepat sembuh, kesembuhan lebih berharga daripada wang
ringgit...tapi wang ringgit perlu untuk cari kesihatan...hahaha..

~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...