Diari Daud - Hari ni Jumaat, 17 Mei 2019, pepagi lagi bawak anak bungsu pi klinik swasta tempat dia kali akhir buat pemeriksaan batuknya yang tak berhenti tu. Tak pagi
sangat pun lebih kurang jam 10.00 pagi jugak....hahahaha..Hari ni pi
untuk lanjutan pertemuan dengan doktor beberpa hari yang
lepas. Hari ini ulang temu janji yang diminta oleh
doktor klinik tu...
Dah lebih seminggu anak aku tak sekolah, banyak subjek periksa dia terlepas...
KLINIK KESIHATAN BANDAR SERI PUTRA |
Jam 10.00 pagi lebih kurangaku bawak anak bersama isteri ke klinik bandar
seri putra tu...Aku tak ikut masuk klinik tu...aku tunggu kat luar aje.
Selesai bertemu doktor tu isteri aku kata kena rujuk ke klinik kesihatan bandar seri putra. Doktor tu sertakan surat untuk dibawa ke klinik kerajaan tu. Doktor tu kata
masih ada lagi tanda jangkitan kat paru paru..masih ada
lagi jadi kena rujuk ke klinik kerajaan..Doktor
tu bimbang jika terkena jangkitan
kuman "x"..harap2 jangan laaaa...nauzubillahi minzalik...payah owww....
Lepas jumaat aku bawa anak dan isteri pi
ke klinik kesihatan bandar seri putra tu...nak jumpa pagi
tak sempat sebab masa suntuk dan isteri aku ada tugas yang perlu
diselesaikan. Kami tiba klinik tu lebih kurang jam 2.30 petang. Masuk je kami terus
isi borang pendaftaran, bab yang ni kami dah biasa dah...Aku yang isi borang pendaftaran anak aku tu untuk jumpa doktor. Siap isi, isteri aku yang bawa borang tu ke kaunter
dan serahkan kepada staf kaunter tu. Tunggu kejap untuk nama
dipanggil...Agak sibuk jugak staf kat kaunter tu...aku pun rasa rimas jugak bila tengok dia orang betugas, terpaksa bertemu macam2 orang...sib baik aku pencen pilihan
tak sampai 60...59 aje...cukup la tu....hahaha..opst!
Dah beberapa bulan dah aku bebas daripada tugas dan dah beberapa kali aku datang ke klinik ni...dah pencen tentu kena pi klinik kerajaan kan...kan...ekekeke..oopst!
Tapi belum pun sampai 10 kali aku tiba di sini...
KAUNTER 17 SEBELUM JUMPA DOKTOR...saja gelapkan foto ni... |
Tak lama kemudian nama anak aku dipanggil dan dia gerak
ke kaunter dengan ibu dia. Staf beri kad dan mintak pi ke kaunter 17 pula.
Isteri aku masukkan kad dalam bakul di situ. Tak lama kemudian nombor giliran dipanggil...Isteri dan anak aku pi ke kaunter 17 tu..Staf kat situ ambik tekanan darah dan satu lagi aku pun tak pastu apa data yang diambil...Selesai di kaunter tu, staf
berkenaan suruh letakkan kad dalam tray di luar pintu nombor
20 untuk pemeriksaan doktor.
Bila nombor giliran dipanggil
oleh suara elektronik tu, anak aku ditemani oleh isteri aku masuk
ke bilik doktor tu...aku tak ikut pun dan aku tak tau apa yang berlaku di dalam
sana. Tak lama kemudian anak dan isteri aku keluar...sempat tanya nak buat apa lagi. Isteri
aku kata kena buat x-ray dan amik darah. Kami sama2 pi ke bilik hujung sekali iaitu bilik x-ray. Isteri aku letakkan slip untuk x-ray atas kaunter setelah diberi tau oleh
sorang lelaki cina yang jugak buat x - ray di situ...dia baru lepas
buat x - ray.
TUNGGU NAK AMIK DARAH |
Tak lama kemudian muncul sorang staf
kat kaunter tu dan semak slip untuk x-ray tu...Kemudian dia
suh masuk bilik x -ray tu. Anak aku ditemani oleh isteri aku tapi seketika
kemudian isteri aku keluar dan dia kata orang yang nak di x-ray aje yang dibenarkan masuk ke bilik tu...Jadi kami sama2 tunggu kat luar. Tak lama kemudian anak kami
keluar setelah selesai di x - ray. Kami tunggu sebentar
untuk dapatkan filem x - ray tersebut...
Tak lama kemudian nama dipanggil dan
staf tu serahkan filem x - ray berkenaan...Kemudian kami
pi pula ke bahagian untuk amik darah. Isteri aku letakkan slip amik darah
serta jugak kepilkan dengan nombor giliran. Beberapa ketika kemudian nombor giliran dipanggil dan anak aku masuk ke dalam ditemani oleh isteri. Tak lama kemudian
dia orang keluar dan anak aku dah siap diambil darah
serta dimasukkan sesuatu ke dalam kulitnya
iaitu bahan untuk menentukan
terdapat jangkitan kuman "x" atau tak...Anak aku kata
proses tu menyakitkan..Keputusannya akan diketahui setelah 3 hari
berada dalambadan...Disebabkan Isnin cuti kami terpaksa cari klinik yang buka pada
hari cuti untuk dapatkan hasil kat kulit tu...Isteri aku kata jika kulit tu bengkak
bermakna terdapat jangkitan kuman "x" tu....
eh! gitu ke...apa2 lah....
Beberapa lama kemudian staf kat tempat spesimen tu
panggil ke kaunter dan dia beri 3 tabung untuk dapatkan sample
kahak anak aku hari ni dan pada 21 Mei sebelum sahur dan selepas sahur serta
dihantar ke klinik kesihatan tu nanti..... Tabung pertama hari ini lah dan dia pi berkahak dalam tandas dan serahkan spesimen tu ke kaunter. Dua tabung lagi kami bawa balik untuk spesimen 21 Mei nanti. Tarpaksa bawa balik tabung tu sebab esok dan lusa ialah hari cuti..
Kena amik sendiri kat rumah....dan kat klinik tu nanti...
Lepas selesai di bahagian spesimen
kami gerak pulak ke bilik doktor sebab doktor suruh jumpa kembali dengan
dia jika x - ray dan amik sample darah telah selesai. Kami tunggu di luar bilik 20 sebab dalam bilik tu ada pesakit lain sedang diperiksa oleh doktor. Setelah
pesakit tu keluar, isteri dan anak aku masuk untuk jumpa
dengan doktor. Yang ni aku tak tau apa
yang dibincangkan di dalam dengan doktor tu...aku tunggu kat luar aje...
BILIK X - RAY..saja gelapkan foto ni... |
Setelah mereka keluar, kami sama2 pi ke bahagian untuk buat appoinment dan amik
ubat. Isteri aku masukkan slip ke dalam bakul depan staf untuk buat temujanji
tu. Tak lama nama anak dipanggil dan ibu jugak turut serta...
Staf tu bagi temujanji dengan doktor jumaat
minggu depan dan dia sarankan
untuk pi ke klinik satu malaysia di hentian kajang untuk mintak doktor kat sana cek sama ada kulit tangan yang dibubuh ubat tu bengkak atau tak pada hari Isnin nanti.
Hari Isnin nanti klinik kesihatan ni tutup sebab cuti hari wesak...
Selesai buat appoinment kami pi pulak ke bahagian farmasi.
Isteri aku letakkan slip ubat yang dikepilkan dengan nombor giliran. Beberapa
lama kemudian nombor gilirang dipanggil secara elektronik untuk dapatkan ubat di kaunter. Selesai dapatkan ubat maka kami pun keluar untuk balik...masa selesai tu jam
menunjukkan pukul 4.30 petang...Kami terus cari juadah untuk berbuka
sebelum balik....
BOTOL SPESIMEN UNTUK 21 MEI 2019 |
TUNGGU NAK JUMPA DOKTOR... |
Rasanya itu aje yang aku nak cerita...kalau nak baca silakan dan kalau taknak aku tak kisah pun hahaha...opst!
Sebelum aku tutup tulisan ni tak lupa aku doakan kita semua akan diampunkan oleh ALLAH SWT akan semua doasa kita hingga ke akhir hayat kita dan jangan lupa doakan
kedua ibubapa kita dan kedua ibubapa mentua kita supaya ALLAH
SWT ampunkan dosa mereka semua serta diluaskan
kubur mereka oleh ALLAH SWT,
dihindarkan mereka semua daripada siksaan kubur,
siksan akhirat dan juga siksaan api neraka serta dimasukkan mereka
semua ke dalam syurga bersama para rasul, para nabi, orang soleh dan solehah serta mereka kekal di dalamnya...aamiinnnnnn....
~~~~~ SEKIAN ~~~~
No comments:
Post a Comment