Diari Daud - Hari Raya yang bakal menjelang tak lama lagi ni...tak sampai seminggu pun lagi....Kali ni kami masih beraya kat Bangi untuk kali kedua bermula tahun lalu.
Kami akan balik pada 12 Jun 2019 ke Perak. Bermalam
semalam di Perak dan pada 13 Jun 2019
kami akan pi ke Perlis untuk
ambil anak pompuan
kami di sana.
Kami akan kembali semula
ke Perak petang atau malam 13 Jun tu...
Kami akan berada di perak hingga hari Ahad
15 Jun 2019. Tak banyak benda aku boleh buat dengan hari hari
yang tak sampai seminggu tu...Bukan sebab apa tetapi anak lelaki aku akan
masuk keje semula pada hari Isnin, 16 Jun tu..dan anak pompuan aku akan mula praktikal di Cyberjaya............
Dengan jumlah hari yang sedikit kat kampung tu
nampaknya aku tak boleh nak ziarah sanak sedara ipar duai yang duk jauh atau dekat sebab jumlah hari hari kat kampung tu cuma mampu untuk aku tengok tanah
ditumbuhi lalang lalang...ekekeke...oopst!. Aku jugak cuma sempat
jenguk rumah kami yang baru dibuat kat kampung tu aje....
Tak boleh nak pi jauh jauh pun sekitar
tempat yang dekat dekat aje...
Jadi...dalam kesempatan ini walaupun
Hari Raya masih macam jauh lagi...aku ingin mohon ampun
dan maaf atas segala dosa2 aku walau sekecil dan sebesar mana pun kepada kalian semua...aku memang banyak salahnya sebab aku manusia biasa yang tak
mampu mengawal mulut, minda, anggota dan sebagainya....
maafkanlah semua dosa aku eaaa....
Rasanya itu aje la yang nak aku tulis kat sini....
moga kita semua akan diampunkan oleh ALLAH SWT atas segala dosa kita semua hingga ke akhir hayat kita. Dan jangan lupa selalulah doakan semoga kedua ibu bapa
kita dan ibubapa mentua kita akan diampunkan oleh ALLAH SWT
akan segala dosa mereka dan diluaskan kubur mereka
serta dihindarkan mereka semua daripada
siksaan kubur, siksaan akhirat
dan juga siksaan
api neraka serta moga ALLAH SWT masukkan mereka semua ke dalam syurga yang kekal abadi bersama para rasul, para nabi, orang yang soleh dan solehah....aamiinnn..
~~~~~ SEKIAN ~~~~~
No comments:
Post a Comment