Thursday, May 23, 2019

Pemeriksaan susulan, Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra...

Diari Daud - Hari ni Jumaat, 24 Mei 2019...aku pi #klinikkesihatanbandarseriputra dengan isteri dan anak bungsu kami. Sebenarnya hari ini ada rawatan susulan untuk
anak kami yang dulu kena batuk teruk sejak sebelum puasa
lagi. Sebelum ni pemeriksaan dibuat dan anak
kami batuk dan kena jangkitan kuman
di paru paru....
Hari ni kami pi untuk rawatan susulan untuk tentukan sama ada kuman
tu sudah tiada atau masih ada....

#klinikkesihatanbandarseriputra
 Gerak dari rumah jam 8.00 pagi lebih kurang dan tiba di klinik tu lebih kurang
8.15 pagi kut...aku pun tak tengok jam pon....walau pun jam ada kat tangan...jam macam hiasan aje zaman mutakhir ni...hahaha...opst!.. Macam biasa kami masuk
dan aku yang isi borang pendaftaran di kaunter borang tu..
Siap isi borang, isteri aku dan anak aku pi
ke kaunter pendaftaran tu...

kaunter pendaftaran
Bila nama dipanggil, anak dan isteri
pi ke kaunter. Lepas tu dapatkan nombor giliran
dan rekod perubatan. Kemudian kami pi ke kaunter 17. Anak aku
masukkan rekod perubatan ke dalam bakul di situ dan duduk tunggu nombor dipanggil
oleh suara elektronik. Bila nombor dipanggil anak dan isteri pi ke meja jururawat
tu dan anak aku diambil tekanan darah dan sebagainya....

sengaja gelapkan foto ni.....
Selesai aje, jururawat tu suruh masukkan kad perubatan
ke dalam bakul bilik 20 dan tunggu sebentar. Bila nombor giliran dipanggil oleh
suara elektronik, anak dan isteri aku pun pi masuk bilik doktor tu. Aku tak tau apa yang dibincangkan dengan doktor tu. Agak lama jugak dia orang kat dalam tu
...mungkin dalam 15 minit kut. Selesai aje maka dia orang
pun keluar...Isteri pandang aku dan kata dah
boleh balik..Aku tanya hasil pertemuan dengan doktor tu....

sabar menunggu....
Isteri aku kata kuman tu dah cured dah...maknanya sudah tiada
..maknanya jugak jangkitan kuman kat paru paru tu sudah
selesai dan tiada dah sebab selama 7 hari makan antibiotik dengan tujuan untuk
membunuh kuman yang ada kat paru paru tu...Dari apa yang aku baca jika jangkitan kuman
teruk, ia boleh menyebabkan kematian...maka hati hatilah pada semua jika
terkena batuk yang berpanjangan pi je la ke klinik tu untuk
rawatan. Jangkitan kuman ni boleh sebabkan
paru paru berair dan sebagainya
..memang bahaya tauuu..

sabar menunggu...
Harap harap lepas ni takde lagi masalah kesihatan
anak aku tu...dia pun dah lebih seminggu tak ke sekolah...banyak subjek
periksanya yang terlepas...apa boleh buat la...Harap lepas ni tiada lagi jangkitan kuman tu...harap harap...aamiinnnn.........
Terima kasih bebanyak kepada semua staf klinik kesihatan bandar
seri putra tu, sepanjang anak aku mendapatkan rawatan di sana hingga selesai...terima
kasih jugak kepada semua yang terlibat secara langsung atau tak langsung
sepanjang anak aku mendapatkan rawatan....terima kasih...

saje je...
Sebelum aku tutup tulisan ni, aku doakan moga kita semua
akan diampunkan oleh ALLAH SWT atas segala dosa kita hingga ke akhir hayat kita
dan jangan lupakan sentiasa doakan supaya kedua ibubapa kita dan kedua
ibubapa mentua kita akan diampunkan oleh ALLAH SWT akan
segala dosa mereka serta diluaskan kubur mereka
dan dihindarkan mereka semua daripada
siksaan kubur, siksaan akhirat dan jugak siksaan api neraka
serta dimasukkan mereka semua ke dalam syurga bersama para rasul, para nabi, orang yang soleh dan solehah...aamiinnnn....

~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...