Monday, May 27, 2019

Hari ini dan semalam...

Semalam, Ahad,26 Mei 2019...kami dijemput untuk berbuka di rumah kakak ipar aku di Kampung Abu Bakar Baginda. Memang boleh dikatakan setiap tahun kakak
ipar aku dan biras aku buat majlis berbuka puasa dengan sedara
mara ipar duai yang berhampiran untuk berbuka
puasa bersama sama. Pandangan 
aku pun memang baik
diadakan majlis
berbuka puasa ni untuk sedara
mara dan ipar duai ni sekurang kurangnya untuk
mengiratkan ukhwan di antara sedara mara...sekurang kurangnya..
Ia mampu merapatkan mana yang dah agak longgar silatur rahimnya dan mampu mengeratkan lagi ikatan sedara mara yang memang dah terjalin erat
sebelum ini...tak gitu ke...hahaha...opst!

majlis iftar rumah kakak ipar
majlis iftar rumah kakak ipar
majlis iftar rumah kakak ipar
Pandangan aku mana mana yang memang dah duduk berhampiran eloklah involve bersama itupun jika tiada apa apa program lain yang lebih penting. Kami sebenarnya tak
tau nak bawak juadah apa untuk dibawa bersama...fikir punya fikir kami
sepakat untuk bawa pizza aje...Rasanya itu lebih mudah supaya isteri
aku tak perlu berpeluh peluh untuk masak...aku pun
tak perlu la untuk bantu memasak tu..
hahaha...opst! Isteri aku order
jugak jelly kelapa sebagai tambahan...tak kisah la tu...

Kami bergerak ke rumah kakak ipar aku tu jam
6.00 petang...sebelum tu kami pi amik pizza yang telah kami
telah tempah awal awal lagi. Dari bandar seri putra tu kami pun gerak
ke kampung abu bakar baginda tu...Kenderaan agak banyak kat jalanraya tu..
dan lebih kurang jam hampir 7.00 petang kami tiba di rumah kakak ipar aku tu...Masuk ke dalam rumah dengan juadah yang dibawa bersama...

cucu kami
majlis iftar rumah kakak ipar
majlis iftar rumah kakak ipar
Tiba kat dalam macam biasalah bersalaman dengan mereka yang
diharuskan untuk bersalam...dengan biras aku dan anak lelaki dia dan anak lelaki adik
isteri aku...Masa kami tiba tu adik ipar aku dari banting dahpun dulu sampai
sementara suaminya tak dapat hadir sebab bertugas....
Kemudian tiba pulak anak buah isteri aku
 dila, kalau tak silap...aku bersalam dengan suaminya
...diikuti pula  oleh keluarga abang ipar aku dari jenderam, kami bersalaman..
Abang ipar aku dari jenderam tu kata janggut aku panjang...aku jawab dah pencen ni malas nak cukur dah...Aku tak pasti dia dengar atau tak penjelasan aku tu...sebab umur
dia pun dah hampir 74 tahun...moga dia sentiasa dirahmati dan diberkati
ALLAH SWT dunia hingga syurga....Memang pun aku malas nak cukur janggut dan
misai sejak pencen ni...Masa keje dulu memang setiap pagi bercukur hingga
tunggul janggut dan misai pun tak nampak...la ni dah malas
dah nak jaga penampilan muka...hahaha..ooopst!
Kemudian tiba pulak anak buah isteri aku Man dan keluarga dia...bersalaman lagi....

majlis iftar rumah kakak ipar
majlis iftar rumah kakak ipar - keluarga banting
majlis iftar rumah kakak ipar
Sebenarnya keluarga aku yang turut serta ke majlis iftar tu ialah aku, isteri aku serta anak kedua aku dan keluarga anak pertama aku...kami datang berasingan pun....
Sebelum menjelang berbuka biras aku ajak kami semua bertahlil
ringkas yang diketuainya...maka bertahlillah kami hingga
selesai...Moga apa yang kami tahlilkan dan
doakan semuanya akan sampai
kepada kedua ibubapa
memasing
dan jugak kaum muslimin dan
muslimat seluruhnya...InsyaALLAH Taala...
pada aku sedangkan zikir pelepah tamar pun diterima ALLAH SWT
inikan pula zikir dan doa insan untuk simati....tak gitu.....

Setelah masuk waktu berbuka, maka kami pun menghadap rezeki kurniaan
ALLAH SWT tu secara berjemaah. Kalau tak silap anak buah isteri aku Im pulak sampai ...kalau tak silap la...aku pun da tua dan banyak yang lupa....
hahaha...oopst! dan kami menjamu rezeki secara
bersama...Selesai mengisi perut
yang kosong
maka kami pun solat maghrib secara berjemaah...lepas maghrib sambung makan...hahaha..

majlis iftar rumah kakak ipar
majlis iftar rumah kakak ipar
majlis iftar rumah kakak ipar
Berbuka secara beramai ramai ni macam aku kata tadi mampu mengiratkan
hubungan silatur rahim. Mana yang renggang dirapatkan dan mana yang rapat dimesrakan lagi mengikut peraturan agama...Banyak pahalanya bila kita hubungkan tali
silatur rahim...tambah umur dah tua tua lagilah dituntut sebab
kita tak lama lagi akan mati, akan berdepan
dengan ALLAH SWT...Biar kita
jumpa dengan ALLAH
SWT dalam keadaan yang bersih, suci dan murni
rohani dan jasmani...bebas daripada noda dosa dan sebagainya....

Menjelang waktu isyak memasing minta diri untuk pulang maklumlah ada
yang datang dari jauh seperti dari banting...jauh ooo...50km lebih kurang...rasanya itulah yang paling jauh untuk sertai majlis iftar tersebut. Majlis ini aku rasa patut diteruskan
kerana ia boleh mendatangkan kesan yang positif...Kami mungkin tak
lama dapat sertai majlis ni sebab kami bercadang untuk
pindah ke kampung sebab aku dah pencen
dan rumah pun dah siap kat
kampung tu....Tak tahulah ini merupakan kali terakhir atau kedua atau ketiga akhir...hahaha...oooopst!

majlis iftar rumah kakak ipar
majlis iftar rumah kakak ipar
majlis iftar rumah kakak ipar
Keluarga yang turut serta dalam majlis iftar tersebut ialah keluarga kakak ipar aku, keluarga biras aku dari banting, keluarga abang ipar aku dari jenderam bersama isteri dan
anaknya yati dan suami serta anak anak...keluarga adik bungsu biras aku,
keluarga anak abang ipar aku dila dan suami, keluarga anak
kakak ipar aku di Perak, Man dan Im, keluarga, keluarga
aku dan keluarga kakak ipar aku tuan rumah iaitu
keluarga mail dan isterinya tini, keluarga
safiah serta suami dan bapak
mertua dia, adawiah dan yang takde ialah keluarga anak mereka iaitu keluarga mamat sebab dia ditimpa kemalangan, moga2 dia cepat sembuh..aamiinnn......

majlis iftar rumah kakak ipar
majlis iftar rumah kakak ipar
Masa kami tinggalkan rumah kakak ipar aku tu, keluarga Im masih lagi ada kat sana.........Kami sekeluarga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana masih diberi peluang untuk sama sama involve dalam majlis iftar ni dan moga dapat involve
lagi dimasa akan datang jika masih ada rezeki..........
Moga kita semua peroleh pahala yang besar
kerana saling memberi makan orang yang berpuasa dikalangan kita semua...tak gitu...?
Moga kita semua dilenyapkan oleh ALLAH SWT semua sikap sombong
daripada hati kita buat selama2nya kerana ALLAH SWT
mengharamkan orang bersifat sombong daripada memasuki syurga ALLAH SWT...aamiinnn...

HARI NI...

Hari ni Isnin, aku serta isteri pi ke klinik kesihatan
bandar seri putra untuk amik ubat kat sana...kami pi lepas zohor. Tiba di sana
terus masuk dan kami menuju bahagian farmasi sebab aku nak amik ubat aje. Maka tak perlulah aku ke meja pendaftaran. Aku keluarkan slip ubat dan kelipkan dengan
nombor yang baru aku tekan keluar. Aku serahkan pada ahli
farmasi yang berada di kaunter tu. Kemudian aku
tunggu nombor giliran dipanggil untuk amik
ubat....Aku datang dengan isteri dan anak bungsu aku.

klinik kesihatan bandar seri putra
Tak lama kemudian nombor giliran dipanggil dan aku pun pi ke kaunter 4 tu.
Staf kat situ minta nombor giliran dan minta sebut nama...aku pun sebutlah daud zakaria...
aku tengok mukanya macam pelik dan dia sebut daud montak..aku pun sebut nama penuh aku daud montak zakaria...Kemudian dia jelaskan macam mana nak makan
ubat yang dia beri tu...Selesai aje kami pun keluar.....

klinik kesihatan bandar seri putra
klinik kesihatan bandar seri putra
Kemudian kami singgah sat kat kedai jahit sebab isteri aku nak beli
benag dan bila selesai aje kami terus pi ke  nilai 3 sebab nak beli baju melayu anak
bungsu kami. Kami beli baju melayu dia dulu sebab dia ada majlis khatam
al quran kat surau taman kami...Baju melayu aku kemudian baru
beli...Aku pun tak berapa teruja untuk beli baju raya
ni...kalau tak sebab keluarga hari raya
pun aku boleh pakai pakaian
macam pi beli ikan aje...seluarjeans dan t-shirt kolat bulat
...aku tak kisah pun...tapi mengenangkan untuk berpakaian dengan kelaurga
hari raya ni maka aku ikutkan aje...Masa aku masih bekerja aku memang perlu baju melayu sebab jabatan aku akan perlukan semua staf berbaju kebangsaan untuk
sesi group photo...la ni aku dah pencen memang tak perlu
sangat pun baju melayu ni...kalau ikutkan....tapi..
sebab beraya dengan keluarga mestilah
ikutkan jugak kehendak kumpulan...hahahaha..ooopst!

nilai 3
nilai 3
nilai 3
Masuk aje nilai 3 tu terus parking....kami berjalanlahsekitan tekstail walk tu...
Pusing punya pusing aku dah tak larat dah, jadi aku suruh aje
isteri aku pi cari baju melayu tu dengan anak bungsu aku...Kat sini pun banyak
jugak baju2 kurta...sape yang nak pakai kurta tak jadi masalah pun sebab sini banyak kurta dan kawasan ni memang penuh peniaga pakistan, macamkan negara deme aje...apa boleh buat la....orang luar memang boleh kaya di sini.....

sabar je tunggu - nilai 3
tunggu kat marry brown
Sementara isteri dan anak bungsu aku cari baju melayu, aku duduk aje kat meja marry brown tu tengok kanak kanak makan di dalam tu,..hahaha.....Agak lama jugak
dia orang cari baju tu...Selesai aje mereka pun datang ke tempat
aku...dan seterusnya kami balik...Nilai 3 tu agak ramai
orang tapi taklah ramai sangat...mungkin sabtu dan ahad ramai sebab
masa tu orang cuti...Orang datang dari mana mana aje...jauh pun datang. kami kat sini
tak kisah pun...kalau kami nak beli sesuatu waktu malam pun kami datang
sebab tak jauh pun dari rumah, lebih kurang 7 kilometer aje.....
Selesai semua kami pun balik la dan tak tau
bila akan datang sini untuk cari baju
kami pulak........

dah selesai..
nilai 3
Itu aje catatan aku dan sebelum aku tutup tulisan ni...aku
ingin doakan kita semua akan diampunkan semua dosa kita hingga ke akhir hayat
oleh ALLAH SWT...dan jangan lupa setiap lepas solat doakan supaya kedua ibubapa kita dan kedua ibubapa mertua kita diampunkan oleh ALLAH SWT semua dosa mereka, dihindarkan mereka daripada siksaan kubur, siksaan akhirat dan juga siksaan
api neraka serta dimasukkan mereka semua ke dalam syurga...aamiinnn..

~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...