Tuesday, May 7, 2019

#klinikkesihatanbandarseriputra..

Diari Daud - Hari ni Rabu, 8 Mei 2019..aku ada appointment dengan Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra. Doktor yang aku jumpa dalam pertemuan lalu
suh aku jumpa pakar pemakanan hari ni..
Kalau ikutkan memang malas
nak pi tapi disebabkan
aku ni pesakit yang bertanggung jawab..ewahh..
maka aku pi la jugak...hahaha...oopst! Aku gerak dari rumah
jam 8.45 dan perjumpaan tu dalam pukul 9.00 pagi. Tiba sana hampir jam 9.00
dan terus aje naik ke atas...sebenarnya ini kali pertama aku naik tingkat atas tu....aku redah aje, bukan tau pun...cuma ada sikit maklumat yang isteri berikan....

KLINIK KESIHATAN BANDAR SERI PUTRA..
  Tiba kat atas tinjau tempat pakar pemakanan tu...jumpa lokasi
...rasanya itulah sebab terdapat bunting berkaitan pemakanan. Ada beberapa orang yang sedang tunggu kat situ...Dalam bilik nampak pakar pemakanan sedang
bincang dengan staf lain...dan selesai aje dia pun kuar
dan jumpa kami...Dia amik rekod masing2
kat atas meja tu...Masa turn aku
dia lihat slip yang aku bawa tu dan dia kata kena register dulu kat bawah...hahaha...Ini kali pertama aku jumpa pakar pemakanan tu dan aku masih belum mahir dengan
proses untuk buat perjumpaan ni.....

Sebenarnya masa buat temujanji dengan staf kat situ untuk appointment dengan pakar pemakanan ni tak perlu daftar macam terus walk in aje...hahaha..tak kisah
la yang penting aku kena ikut apa yang disuruh...Atau mungkin aku
silap terima maklumat daripada staf temujanji tu kut...
maklumlah aku baru sangat kat klinik tu
rasanya baru 4 atau 5 kali aku
datang ke sini...Takpela
anggap aje lah itu kesilapan aku....hahaha..tak perlu lah kita salah menyalah kannn...
......Jadi aku pun terus pi ke kaunter pendaftaran tu...Aku dah biasa
dengan cara untuk mendaftar ni...aku
pi aje ke kaunter borang tu dan isi borang...Kali ni aku bawa pen sendiri....

tunggu kat kaunter pendaftara, tunggu nama dipanggil...
Lepas isi aku terus pi ke kaunter pendaftaran tu dan berikan borang pendaftaran serta slip untuk jumpa pakar pemakanan tu. Staf kat situ amik borang aku dan cari
rekod aku...nampaknya macam dia orang tak jumpa
dengan cepat rekod perubatan aku tu..
aku pun tak tau kenapa..
Kesian jugak kan...aku pesara kerajaan
tentu aku pun kesian jugak bila staf tak dapat cari rekod aku tu..
Kesian dia orang...apa apa pon akhirnya dia orang dapat jugak rekod aku tu...Payah sebenarnya bertugas dengan rakyat awam ni kan....sib baik aku dulu tak berdepan dengan orang ramai macam ni....

ni yang ada depan aku kat kaunter pendaftaran tu...maaf aku kena gelapkan foto ni....
Tak lama kemudian nama aku dipanggil dan rekod aku diberikan kepada aku...Staf tu suh bawak rekod aku tu pi naik atas jumpa pakar pemakanan...Dia unjuk aje
rekod tu, aku pun capai dan ucapkan 'terima kasih'. Sebenarnya
ucapan terima kasih tu perlu untuk staf yang bertugas
...sekurang2nya gembira sikit hati dia
orang...Walaupun dia orang diberi gaji untuk berkhidmat namun
orang ramai perlu jugak ucapkan terima kasih supaya mereka rasa gembira sikit dalam menjalankan tugas merka..Kalau pun mereka tak kisah dengan ucapan kita
tu tapi ucapan yang kita hamburkan tu dapat mencerminkan kita ni
manusia jenis apa....beradap atau kurang adap
...hahaha...oopst!

Bila aku tiba kembali di bilik pakar pemakanan tu...
aku terus dipanggil masuk untuk sama2 sertai beberapa orang
yang lain mendengar ceramah berkaitan pemakanan yang disampaikan oleh pakar pemakanan tu...Lama jugak kat dalam tu...rasanya dalam hampir sejam kut...Aku dengar aje dan tak menyoal pun...Aku soal bila sesi dah tamat.......

Selesai aje sesi tu aku terus kuar daripada klinik kesihatan tu dan terus pi ke farmasi dan seterusnya balik ke rumah......
Aku ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua staf yang memudahkan urusan aku semasa kat klinik tu dan terima kasih kepada pakar pemakanan yang berkongsi
maklumat dengan kami semua......

nak balik dah ni...
nak balik dah..
Rasa itu aje yang mampu aku tulis hari ni...sebelum aku tutup tulisan ini aku doakan moga kita semua akan diampunkan oleh ALLAH SWT akan segala dosa kita hingga
ke akhir hayat kita semua dan jangan lupa doakan kedua
ibubapa kita dan ibubapa mertua kita moga
ALLAH SWT luaskan kubur mereka dan dihindarkan mereka semua
daripada siksaan kubur, siksaan akhirat dan siksaan api neraka serta dimasukkan mereka semua ke dalam syurga bersama para rasul, para nabi, orang yg soleh dan solehah..
Doakan mereka semua setiap kali lepas solat hingga ke akhir hayat kita....

~~~~~         SEKIAN       ~~~~~~~


daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...