Monday, November 25, 2019

Akhirnya sampai jugak kat MOSQUITO HILL...

Diari Daud - Hari ni Isnin, 25 November 2019...aku pi ke Bukit Melati Nilai untuk peluhkan badan kat sana. Jadual hari ni memang aku dah plan dah pun...jadi memang
nak pi ke Bukit Melati la hari ni...Aku gerak ke Bukit Melati tu dalam
jam 8.00 pagi lebih. Tiba di sana terus parking kete..
Aku plan nak masuk ikut eagle hil
...itupun aku bila dah
sampai ke bukit tu...Aku tengok ada
sepasang lelaki dan wanita yang dah berumur masuk
ke situ. Jadi terus aje aku buat plan nak masuk ikut eagle hill tu..
Lepas kunci kete aku pun mula menapak masuk melalui trail eagle hill tu...Pasangan
yang aku nampak tadi tu tah memana tah, aku tak jumpa pun.

masuk melalui eagle hill
trail eagle hill
trail eagle hill
pilih simpang kiri yg belum pernah dilalui
Melalui eagle hill tu aku masuk ke simpang kiri dan simpang ni memang aku tak pernah masuk pun...simpang ke kanan tu aku dah pernah pi itu hari. Simpang ni agak
mendaki jugak tu..Masa ni macam aku sorang aje yang lalu ikut tu..
Ada ketikanya seram jugak jalan sensorang ni...tapi
aku terjah aje..beranikan aje hati aku..
Akhirnya aku tiba di puncak
yang aku pernah masuk sebelum ni...simpang ni bertemu dengan laluan melalui simpang ke kanan tu...bertemu dipuncak ni.....


eagle hill
eagle hill
eagle hill
eagle hill
Lepas ni memang aku dah biasalah jalan tu..
Melalui jalan ni aku terserempak dengan ayam hutan yang
bunyi sedang terbang sambil ia berkokok...aku dengar bunyi kepak dan
kokokan aje...mungkin ia terkejut dengan aku kut tapi aku tak nampak pun ayam hutan
tu..Banyak jugak kokokan ayam hutan yang aku dengar kat dalam hutan tu..
Bersahut sahutan aje...mentang mentang la aku tak tau nak
tangkap ayam hutan tu...tu yang dia macam seronok aje berkokok bersahut sahutan tu....

Kawasan laluan ni banyak mendaki aje...berpeluh beb lalu ikut ni, mendaki dan jauh jalannya, tu sebab berpeluh sakan tu...Setelah lama berjalan dan mendaki 
aku pun sampai ke puncak tempat tokong cina tu...rehat sat kat
kerusi yang ada disediakan di tempat tokong tu...Aku
perhatikan aje 'tok pekong' dalam
tokong kecik tu...hahaha...


eagle hill
tasik....ada ikan kut sebab ada nampak riak2 air...
eagle hill
kerja2 penyelenggaraa trail ni sedang dilakukan..
Setelah berehat aku pun
kembali bergerak untuk teruskan perjalanan.
Plan aku nak pi ke centipede hill dan mendaki ke puncak
dan seterusnya turun ke kaki bukit untuk keluar ke jalanraya kat situ...
Jauh jugak melalui trail ni, lenguh jugak kaki tambahan bila bertemu dengan tempat
yang pelukan aku mendaki...letih beb...

Laluan ni memang jumpa banyak kera...dan aku jumpa sekali aje rerama yang terbang di sini tapi tak sempat nak rakam...sempat rakam tupai kat sini.....
Tiba di satu laluan mendaki aku jumpa dengan
sepasang suami isteri kut...mungkin dalam lingkungan usia 30-an..Kami bertegur sapa aje masa berselisih tu...mungkin dia orang nak kuar kat eagle hill kut...Aku masih
lagi mendaki kat situ untuk pi centipede..Tak lama kemudian ada
sorang pendaki solo dibelakang aku. Kami berhenti sat
dan sembang sat kat situ. Dia bekerja
di KLIA...dia kata dia selalu
datang sini...


nak tiba di puncak dah
ada tokong kat puncak ni
teruskan perjalanan
jumpa kumpulan primat ni
Dia tanya berkaitan aku...aku kata aku dah pencen dan dah usia dah 60 tahun..Dia kata, aku tak nampak pun macam usia 60 tahun...hahaha...macam tak sampai 60 je..
Eh! risau pulak aku bila ada kata yang aku ni nampak macam bukan
60 tahun...bimbang kalau2 aku jadi perasan tak tentu
pasal...hahahaha....Kemudian dia tinggalkan
 aku di situ sebab aku masih mahu
rehat sedikit masa lagi...letih sangat rasanyanya,
termengah mengah...itu memang tanda aku da tua...da 60 la katakan...jangan
perasan la kannn...hahahaha...opst!...Lagipun umur macam aku
ni memang umur dah senjakala...dah hujung..dan hanya
menunggu masa aje untuk 'dijemput'.....hahaha...Macam jugak pokok2
mati yang aku jumpa kat trail yang aku lalui tu la...haaha..ALLAH SWT pun dah bagi
tanda tanda untuk dijemputNYA, uban dah ada, penyakit dah wujud, mata dah rabun (dah guna cermin)...tapi pendengaran masih ok lagi...opst!


eagle hill
jumpa kawan ni, tak takut pun dia, asyik dgn cari makan..
mendaki
trail di eagle hill
Setelah puas berehat aku pun teruskan perjalanan..jauh lagi perjalanan tu..
aku plan nak pi centipede aje...tapi orang yang jumpa aku tadi tu bagi aku semangat...dia kata buat pelan2 aje bang...tak payah terburu buru...Jadi aku rasa la nak tukar
plan dan aku cadang untuk masuk trail mosquito hill
hari ni...Trail tu aku tak pernah masuk lagi..
Jadi aku taklah maintain dengan plan untuk mendaki centipede hill tu..
.aku cadang untuk terus ke monkey hill, cobra hill dan turun ke kaki bukit dan
masuk pulak trail MOSQUITO HILL tu...itu cadangan aku pagi ni...plan berubah on the 
spot aje...

Jadi apabila tiba di simpang untuk mendaki ke puncak centipede hill, aku teruskan aje perjalanan aku tu untuk ke monkey hill. Terus aje berjalan...Tak lama kemudian
aku tiba di simpang untuk ke monkey hill dan ke rope hill lepas
aku jumpa tasik tu...Trail Rope Hill masih ditutup
sebab ada yang jumpa king cobra besar
di laluan rope hill tu..


eagle hill
eagle hill
eagle hill
jumpa bro KLIA di trail eagle hill
Masa mendaki monkey hill tu
aku jumpa jugak dengan pendaki lain.
Aku jumpa dan berselisih dengan sorang pompuan
yang agak berusia...dia berjalan sensorang aje...berani aje dia...
Aku jumpa sorang lagi yang sedang mendaki, tak veteran mana pun...aku tegur
aje dan dia terus mendaki ke monkey hill tu...Trail mendaki monkey hill ni memang tinggi dan curam dan kalau mendaki di sini memang berpeluh abis...kalau tak berpeluh
..mungkin dna robot la kut...Kalau aku daki di sini memang banyak
kali berhenti dan memang termengah mengah...
tu la tandanya aku dah usia emas...ekekekeke...opst!...dan yang pastinya lagi
peluh amat banyak kuar...


dia teruskan mendaki trail
eagle hill
tiba di simpang untuk naik ke puncak centipede hill
trail mendaki ke centipede hill
Aku jugak jumpa sorang pendaki muda...
aku tegur dia dan kami bersembang sat, kemudian dia sambung 
mendaki...Aku tengok dia singgah di pertengahan pendakian, nampaknya
dia berehat kat situ...Aku sambung mendaki lagi dan singgah tempat anak muda tu berehat
Aku tegur dia dan kami bersembang agak lama kat situ...rasanya lebih setengah jam
kut kami bersembang kat situ...Dia kata dia selalu datang ke sini. Dia keje
kapal misc. Sekarang ni dia cuti berbulan dan aku lupa
berapa bulan yang tepatnya..tapi memang banyak bulan la, lebih 3 bulan
kut..Dia akan masuk keje balik pertengahan disember. Di sini la kami banyak sembang hal misc...dan yang lain lain...sebab aku tanya banyak...


pilih trail untuk ke monkey hill
tasik kat trail monkey hill
sampai di simpang untuk ke monkey hill dan rope hill
rope hill ditutup, orang jumpa cobra besar
MISC saham terbanyak dipegang oleh Petronas dan KWSP. Sejarah misc ni dah lama iaitu sejak tahun 1960-an kut, dengan hanya 2 buah kapal yang dihadiahkan oleh Jepun.
Masa dulu misc ni syarikat perkapalan terbesar malaysia. Dalam sejarah
dikatakan misc bermula tahun 1971 dengan 12 buah kapal yang
ditempah.MISC dikatakan punyai 100 lebih kapal yang
dimiliki dan yang di sewa. Dalam 2011 misc
dah tidak involve dalam
membawa kontena...tu sebab sekarang ni dah
takde kontena misc. Brother tu cakap misc sekarang ni ada
4 buah kapal aje...yang lain dah jual kut...Secara automatik aku teringatkan
MAS dan Air Asia...air asia boleh terus maju dan pi jauh...MAS...ermmm...Brother tu keje kapal yang menghantar minyak petronas ke Jepun, Korea dan sebagainya...Dia
mula keje dalam tahun 1990-an. Dia bermula di akedemi perkapalan melaka...ALAM...Sekarang dia bertugas di laut selama
6 bulan dan selebihnya di darat. Dia kata pekerja kapal sekarang ramai orang asing termasuk filipina..melayu jarang dah...


rope tutup sebab orang jumpa cobra besar
mula mendaki untuk ke puncak monkey hill
ke puncak monkey hill
tempat rehat
Bualan kami terhenti apabila 3 orang veteran, 2 orang lelaki dan sorang wanita yang lalu di situ berhenti. Kami sembang sat dengan dia orang..Dah veteran tapi masih
bertenaga untuk mendaki walaupun perlahan...Setelah dia orang
teruskan mendaki kami sambung balik apa yang
sedang kami bualkan tadi....... Bro tu kata lagi budak melayu tak ramai MINAT nak keje
kat kapal...Dia kata gaji paling rendah keje kapal, 4K RM...tak masuk OT. Jadi
pelik bila anak2 Melayu tak minat keje kat kapal...Kalau nak keje kat
kapal misc mesti ada kelayakan dari akedemi
laut malaysia yang kat melaka tu..
kat ALAM tu la...


bro muda yang bertugas di MISC tu..
terus mendaki ke puncak monkey hill
pandangan masa pendakian..
hampir sampai ke puncak monkey hill
Bro tu kata dulu kalau ngaji kat ALAM MELAKA tu MISC
sponsor penuh...sekarang ni tak lagi... kena
buat pinjaman sendiri, ptptn kut. Antara sebabnya misc tak taja
ialah pelajar yang ditaja tu habis kontrak 2 tahun, berhenti, tentu misc rugi...
Bro tu kata gaji krew kapal lebih tinggi daripada staf yang keje kat opis misc tu..
Pandangan aku memang tinggi sebab duk 6 bulan kat laut tak jumpa anak bini, yang kat opis tu boleh jumpa anak bini hari hari...jadi memasing dengan rezeki
memasing la kan...Banyak lagi yang kami
bualkan lebih 30 minit tu...Rasanya tak cukup pulak berbual selama tu...hahahaha...


puncak monkey hill
monkey hill
monkey hill
trail menuju cobra hill
Bualan kami terhenti bila ada sorang veteran yang mendaki dan singgah tempat kami berbual tu..dah veteran gak tu, kami berbual sat..Dia tanya aku tentang keje
dan sebagainya. Aku cite aku da pencen...dia kata aku masih steady
aje walau dah usia pencen...hahaha...Aku tak kata apa la...
Yang aku tau usia macam ni aku
memang dah termengah mengah nak mendaki
kat trail ni...dah usia usang tentu macam tu...Dia kata dia keje
kat bank Bandar Bangi Bangi, usianya 55 tahun....Kami jugak bualkan jugak
berkaitan ular di Rope Hill tu...Bro yang muda tu memang kata ada yang jumpa
ular cobra besar kat situ...Dia kata bomba dah masuk tapi tak jumpa...rope hill tu masih ditutup sebab bimbang boleh datangkan bahaya kepada pengunjung...

trail menuju cobra hill
puncak cobra hill
jalan untuk keluar ke jalanraya, jauh tu...
turun ke kaki bukit
Bro yang muda tu jugak cerita satu
masa dulu ada yang masukkan gambar ada orang jumpa NENEK KEBAYAN kat
eagle hill tu tapi dia kata gambar tu macam edit aje... ada la yang
nak main main tu...Kami jugak cite berkaitan doktor saraf
yang bina tempat ni..Dia kata ada yang sembuh dengan cara doktor tu..
Perubatan doktor tu berasaskan akupuntur atau acupunture...eh! betul ke spelling
macam tu.. Ada yang tak boleh berjalan...dah boleh berjalan dengan cara doktor tu..Pesakit yang veteran yang mendaki kat situ tu, ramai merupakan pesakit doktor tu...
Setelah kami lama berbual, maka akhirnya kami pun sama sama
mendaki untuk ke puncak monkey hill tu...Bro yang muda tu memang pantas aje sebab dia masih muda...aku yang dah usia usang ni, ikut aje la kemampuan sendiri..
hahahaha....


dah sampai kaki bukit..
aku pilih untuk masuk ke mosquito hill pulak..
mendaki ke mosquito hil
mendaki ke mosquito hill
Tiba di monkey hill aku rehat sat...
Dia orang pun ada di sana...Kemudian dia orang terus
pi ke Cobra Hill sementara aku masih kat monkey hill, rehat sat..Bila
selesai rehat aku pun terus gerak ke Cobra Hill...Tiba di Cobra Hill aku rehat sat jugak...Kelibat dia orang aku nampak kat situ sekejap aje...Dari Monkey Hill ke Cobra Hill tu
jauh gak sikit..sikit je...Tiba di Cobra aku rehat lagi...


sampai puncak mosquito hill
cari trail untuk kuar dari puncak mosquito
trail kuar dari mosquito hill
bertemu dengan trail untuk ke kaki centipede hill
Selesai rehat aku
pun cari jalan untuk turun ke kaki bukit..dalam perjalanan
ke kaki bukit tu jumpa brother yang veteran tu...Bro
yang muda tu memang dah jauh dah...Sempat la aku sembang
sat dengan bro yg veteran tu...Bila tiba di simpang untuk ke jalanraya dan untuk
ke Mosquito Hill tu, aku minta diri dulu untuk daki ke Mosquito Hill tu..Bro yang veteran tu terus aje keluar menuju jalanraya dan aku terus mendaki kembali ke MOSQUITO
HILL yang aku belum pernah daki tu...


trail menuju ke kaki centipede dari trail maokey hill
rehat sat...termengah mengah ni...
trail untuk mendaki ke centipede hill
amik keputusan ikut short cut untuk kuar ke jalanraya...tak mampu nak mendaki ke centipede..
Tinggi jugak la trail mendaki ke puncak mosquito hill tu...banyak kali jugak la aku berhenti dengan usia yang dah usang ni...Melalui jalan ni aku rakam la foto foto sekitar,
...rakam sikit sikit je, maklum la tak pernah masuk lagi...Seram jugak
bila berjalan sensorang ni...hahaha....macam
ada rasa diikuti pulak walaupun
itu cuma mainan perasaan.
Agak jauh jugak, akhirnya aku sampai
gak kat puncak MOSQUITO HILL tu...tangkap gambor
la...Kemudian aku cari jalan untuk kuar...Jenuh la jugak aku cari jalan kuar
...maklumlah baru masuk sini, tambah pulak aku sensorang...seram pun ada gak..Jalan kat sini menurun aje dari kemuncak tu...Melilau jugak la aku...tambah pulak dengan rasa
seram...Akhirnya aku tiba jugak satu simpang. Rupanya simpang
tu bertemu dengan trail untuk mendaki
ke monkey hill yang aku lalui dengan bro muda dan veteran tu...baru aku perasan...


ni simpang ke kanan
ni simpang ke kiri
amik simpang ke kanan
jauh jugak untuk sampai ke jalanraya
Dari situ aku terus aje keluar ke trail laluan
untuk mendaki ke centipede hill tu...Jauh jugak untuk tiba ke kaki
bukit centipede tu.....aku selalu berhenti kat jalan tu sebab termengah mengah. Walaupun jalan banyak yang datar tapi letih gak sebab dah jauh berjalan. Bila letih aje aku
duduk aje atas jalan tu untuk berehat. Mata melilau aje sebab sensorang,
memang bimbang dan seram..hahaha...Dah tengah hari ni
timbul pulak seram tu...hahaha...sensorang aje
kat situ...
Akhirnya setelah agak lama berjalan dalam keadaan seram tu akhirnya aku sampai gak di simpang untuk mendaki ke centipede hill tu...Kat situ memang lama aku berehat...
Waktu pulak dah 12.00 tengah hari lebih kurang...Masa tengah
hari macam ni memang masa jin berkeliaran kut...itu
agak aku aje...tak ada fakta pun untuk menyokong pandangan aku ni......haha..


dah sampai ke tangki air..
jalan tar menuju ke jalanraya
belakang tu jalan masuk ke trail tadi..
kuar ke jalanraya
Setelah selesai berehat maka aku pun mula
mendaki...Aku dah termengah jugak dan bila tiba di pertengahan
pendakian aku amik keputusan untuk keluar aje dari situ...Tak mampu lagi untuk
mendaki ke puncak centipede hill tu...Di pertengahan tu aku amik keputusan nak ikut jalan short cut untuk kuar. Maka aku pun amik la simpang ke kiri...Di situ ada 2
simpang..Aku pilih aje simpang ke kanan...Pakai terjah aje...rupanya
jalan tu menuju ke tangki air yang aku pernah lalu sebelum ni..
 Jauh jugak laluan untuk sampai kat situ..Setelah beberapa lama maka
aku pun sampai la ke tangki air tu..Sunyi aje sensorang lalu kat situ...seram beb...
dah tengah hari pulak tu....Dari situ terus kuar ke jalanraya...Aku tengok dah takde dah kete parking kat kaki bukit Melati tu...maknanya aku yang paling last kuar dari hutan kat
 Melati Hill tu...kut la....hahaha...
Pecah rekod hari ni....Waktu tu pun dah lebih 12 setengah tengah hari.....Selesai la journey aku untuk hari ni.....capai jugak niat untuk masuk MOSQUITO HILL tu...


nak balik dah
dah kosong tempat parking kete untuk mendaki centipe hill tu..
tiga jam berjalan..jarak 3.77 Km...burn calori 312 aje...
tolak masa bersembang lebih setengah jam
puncak tertinggi 150 meter..
Rasanya itu aje yang aku nak kongsikan, moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT, dunia hingga ke syurga dan jugak
dihindarkan daripada siksaan NERAKA yang
panas tu..aamiinnn...

Di bawah ni sengaja aku letakkan perkara berkaitan kalori untuk panduan kita semua...


 
 
Jangan lupa terus istiqamah dengan #bmf..



~~~~~     SEKIAN     ~~~~~


daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...