Tuesday, November 26, 2019

Peluhkan badan..

Diari Daud - Hari ni Rabu, 27 Nov. 2019..pepagi pi peluhkan badan di Tasik Ujana Nilai Impian. Aku sampai ke tasik tu jam 7.00 pagi lebih sikit. Ramai jugak orang
yang panaskan badan kat situ. Macam biasalah aku akan
berjalan aje dalam 5 pusingan kat trek
keliling tasik tu..

tasik ujana nilai impian
tasik ujana
tasik ujana
tasik ujana
Pagi ni pulak ada sekumpulan
anjing liar yang bergaduh kat trek tu. Aku
tengok sorang pompuan depan aku tak jadi nak lalu masa
anjing tu bergaduh. Banyak sangat anjing liar kat sekitar ni. Pihak yang
berwajib patut amik tindakan ke atas anjing liar ni..Anjing anjing tu menganggu orang
ramai. Patut amik tindakan. Anjing anjing liar ni memang menyusahkan...Mungkin banyak faktor yang menyebabkan wujud banyak anjing liar ni..Pemburu babi hutan dulu2
tinggalkan anjing mereka dalam hutan, sama ada anjing tu tertinggal atau
sengaja ditinggalkan, lama2 ia membiak...Tuan anjing tu
dah taknak anjing tu dan lepaskan, lama2 ia
membiak...Jadi sekarang ni memanglah bilangannya dah terlalu banyak....

tasik ujana
bro yang selalu bagi salam kat aku..banyak pusingan dia buat
nak balik dah
nak balik dah
Ada sorang yang selalu tegur aku dengan bagi salam bila jumpa aku...Selalu aku jumpa dia kat sini. Dia buat banyak pusingan dengan berjalan laju. Aku setakat 5 pusingan
aja yang mampu aku buat. Walaupun 5 pusingan dengan jarak 6 Km
tapi badan aku taklah berpeluh sangat jika dibandingkan
dengan aku peluhkan badan di Melati
Hill tu...Kat Melati Hill
memang badan lencun dangan peluh..
Kat tasik ni tak peluh sangat pun..Biasanya sekali
seminggu aku akan panaskan badan di Melati Hill tu..Isnin yang
lalu aku panaskan badan di Melati Hill kat Nilai jugak. Tulisan aku berkaitan panaskan badan di Melati Hill isnin lalu boleh dibaca

nak balik

dah 300 kalori


Aku mampu berjalan 6 Km aje dan dapat bakar kalori lebih 300 kalori aje dalam masa sejam lebih. Jumaat ni mungkin aku akan peluhkan badan di Melati Hill pulak..
Dibawah ni aku letakkan infor berkaitan kalori dengan harapan
untuk panduan kita bersama...
kalori yg perlu mengikut umur
makanan dan kandungan kalori
kalori dan pembakaran

pembakaran 100 kalori
Rasanya itu aje yang nak aku kongsikan, moga kita semua, tak kira sapa la, akan sentiasa diberkati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga serta dihindarkan kita semua
daripada siksaan neraka yang panas tu..aamiinnn...

Jangan lupa teruskan dengan #bmf


~~~~~     SEKIAN     ~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...