Diari Daud - Hari ni Isnin, 18 Nov. 2019...macam biasalah, aku kembali ke jadual asal iaitu peluhkan badan di Tasik Ujana Nilai Impian. Tiga hari setiap minggu aku datang
kesini untuk peluhkan badan dengan berjalan aje...Joging dah
tak mampu dah dengan usia yang dah usang ni..
Biasanya Isnin, Rabu dan Jumaat
aku akan ada di sini jika tiada sebarang
aral yang melintang. Tapi Jumaat lepas aku peluhkan
badan dengan mendaki Bukit Melati di Nilai jugak la...Di sana peluh
lebih banyak keluar daripada aku berjalan di Tasik Ujana Nilai Impian ni...Tulisan aku berkaitan mendaki Bukit Melati tu boleh dibaca
DI SINI...
Mungkin Rabu ni aku akan pi panaskan badan lagi di Melati Hill tu, kalau takde aral
...tapi itu pun tak pasti gak....
...tapi itu pun tak pasti gak....
tasik ujana nilai impian...langit cerah.. |
tasik ujana nilai |
tasik ujana nilai |
Pagi ni aku agak lewat tiba di Tasik Ujana tu...
jam 7.00 pagi lebih aku sampai sana. Sebaik sampai terus aje aku berjalan. Macam biasalah aku berjalan selama sejam lebih dengan 5 kali pusingan di
trek keliling tasik tu. Kalau tiga kali seminggu aku datang
dan peluhkan badan di sini bermakna aku dah
capai tahap minima masa yang
perlu untuk peluhkan badan setiap minggu..Saranan doktor
supaya peluhkan badan sekurang2nya 3 jam setengah setiap minggu kalau berjalan...
dataran tasik ujana dan pos pengawal.. |
tasik ujana nilai |
tasik ujana nilai |
Hari ni ramai jugak orang yang datang ke tasik tu. Macam biasalah orang yang sering aku jumpa masih kelihatan di mata aku...Dia orang mungkin datang setiap
hari kut. Semua ada, tua, muda, lelaki dan pompuan
serta jugak pelbagai kaum......
Ada sorang insan tu biasanya bila jumpa
aku dia pasti ucap salam kepada aku ketika aku
berjalan kat trek tu...Aku tak kenal pun dia tapi memang dia sentiasa
aje bagi salam kat aku....aku sambut salamnya...Moga dia sentiasa dirahmati dan
diberkati ALLAH SWT sentiasa dunia hingga ke syurga...moga ALLAH SWT kekalkan iman dia dunia hingga ke syurga...aamiinnnnnn.....
Dia berjalan jugak macam aku tapi langkah dia memang laju, aku pun tak boleh ikut langkah dia tu...tapi aku tak kisah la sebab aku memang lebih suka berjalan sensorang
tanpa ada sesapa pun yang berjalan bersama aku...Aku lebih
selesa macam tu....
tasik ujana |
tasik ujana...depan aku baju itam tu Bro yang selalu bagi salam kat aku... |
nak balik, tamat dah |
Setelah cukup 5 kali pusingan keliling tasik tu maka aku pun berhentilahhhhhh...Aku cuma mampu bakar kalori 300 lebih aje, macam biasalah...Ok la tu daripada tak
bakar kalori langsung...Aku jugak mampu dedahkan kulit
aku kepada cahaya matahari antara 5 - 30
minit hari ini untuk menjana vitamin
D yang free hasil sinaran cahaya matahari ke atas kulit aku.
Kalau ikutkan, pendedahan kulit kepada cahaya matahari antara 5 - 30 minit,
2 kali seminggu adalah mencukupi untuk mendapatkan vitamin D yang free tu. Vitamin D bersama calcium amat penting untuk kesihatan tulang dan gigi kita....
aku kepada cahaya matahari antara 5 - 30
minit hari ini untuk menjana vitamin
D yang free hasil sinaran cahaya matahari ke atas kulit aku.
Kalau ikutkan, pendedahan kulit kepada cahaya matahari antara 5 - 30 minit,
2 kali seminggu adalah mencukupi untuk mendapatkan vitamin D yang free tu. Vitamin D bersama calcium amat penting untuk kesihatan tulang dan gigi kita....
selesai dah |
sejam lebih...6 Kilometer lebih, bakar lebih 300 kalori... |
ni data2 yg lain... |
balik dah... |
Dibawah ni sengaja aku letakkan jadual kalori yang diperlukan badan dan jugak cara pembakaran untuk manfaatnya kita semua. Mungkin kita tak bakar semua
kalori tapi sekurang kurangnya ada la jugak pembakaran
berlaku kan .. tak gitu....Moga kita semua
sihat atau penyakit kita tidak bertambah melarat sehingga ke akhir hayat kita..
aamiinnnnn.....
kalori yg perlu setiap hari ikut umur |
bahan makanan dan kandungan kalori |
pengambilan kalori dan pembakaran... |
aktiviti pembakaran untuk 100 kalori... |
Rasanya itu aje yang mampu aku tulis, moga kita semua, tak kira sape la, akan sentiasa diberkati dan dirahmati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga serta dihindarkan
kita semua daripada siksaan NERAKA yang panas tu...aamiinnnn.......
kita semua daripada siksaan NERAKA yang panas tu...aamiinnnn.......
Jangan lupa teruskan istiqamah dengan #bmf...
~~~~~ SEKIAN ~~~~~
No comments:
Post a Comment