Saturday, November 9, 2019

Selamat Nikah...


Diari Daud - Jumaat pagi, 8 Nov. 2019, aku pi ke Bukit Melati dengan anak bongsu aku dengan harapan untuk mendaki dan peluhkan badan kat bukit berkenaan.
Kat tempat aku sebelum subuh dah hujan dan aku fikir mungkin
di Bukit Melati tu tak hujan kut. Jadi aku pun pi la
dengan anak bungsu aku ke sana..
Sampai di kaki bukit tu
hujan memang dah reda, maknanya
di sana pun hujan jugak tapi macam tak kelihatan
pun orang lain kat sana tu. Bererti orang memang tak datang pun
ke sana untuk mendaki bukit tu...maklumlah mungkin sebab trek kat bukit tu basah...sapa yang nak daki trek yang basah kan...Jadi kami pun kembali la semula ke Bangi..

scenery kat PLUS menuju Segamat
ni foto masa kat dapur rumah biras aku tu...
Petang tu lepas solat Jumaat, lebih kurang jam 3.00 petang aku gerak pulak ke Segamat    Johor sebab untuk menghadiri majlis perkahwinan anak biras aku, Awal iaitu
suami kepada adik ipar aku yang jugak adik kepada isteri aku...Aku
pi dengan isteri serta anak bungsu aku dan anak
kedua aku...sementara anak sulung
aku pi hari Sabtu bersama
isteri dan cucu kami...sebab majlisnya pada hari Sabtu...

kat dapur rumah biras aku, isteri aku dan anak buah dia serta serina sedang buat persiapan untuk
majlis doa selamat
..
kalau dah bertemu dengan sedara mara tentu banyak yg dibualkan...tengah2 tu biras aku...yang sedang dengar tu abang ipar aku, biras, anak aku, anak abang ipar aku dan menantu abang ipar aku...Ini
yang aku katakan sesi 'charge' kembali hubungan tali persaudaraan..
Perjalanan melalui lebuhraya
PLUS ke Segamat tu makan masa jugak.
Jem jugak berlaku di area Seremban sebab ada keje
penyelenggaraan di lebihraya tu...agak lama gak jem tu...rasanya
macam lebih kurang 20 minit la jugak. Rimas jugak bila jem berlaku dilebuhraya ni..lebuhraya sepatutnya untuk memendekkan perjalanan tapi bila dah wujud jem macam tu tentu meningkatkan jangka masa perjalanan....

masa sesi doa selamat dan selawat ke atas Rasulullah saw...kiri sekali tu abang ipar aku...
sesi berkumpul sedara mara...kiri sekali biras aku, Pian, adik kepada biras aku yang tuan
rumah tu,anak aku dan anak abang ipar aku...
Kami tiba di Bandar Segamat waktu azan berkumandang...maknanya tu azan maghrib la tu...Aku selalu sampai ke Segamat ni sejak anak anak aku masih kecik lagi.
Aku masih ingat lagi benda tu walaupun aku dah tua...tapi tu lah
dah lama kan, dan ia menjadi satu nostalgia kepada
aku yang memang takkan aku lupa pun
buat selama lamanya.....
Kali akhir aku pi ke Segamat tu masa
anak biras aku yang sulung kawen...aku pun dah tak ingat lagi tarikh tu...Sekarang anak biras aku yang ketiga pulak kawen...Aku datang sekali lagi ke sini..Masa
anak kedua biras aku kawen aku sekeluarga tak pi sebab
anak pompuan aku tak sihat masa tu...apa boleh
buat laaaaa......
Semua ipar duai dan biras biras aku ni baik2 belaka bagi aku sejak dulu lagi...moga semuanya sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT...

kiri sekali menantu abang ipar aku, tengah2 tu biras aku, Pian dan aku la tu...
suami dan anak serina....
Kami tiba di rumah biras aku tu waktu
maghrib la...masa tu dah niat untuk solat jamak takhir aje...
Setelah beberapa ketika duk diluar rumah aku pun masuk ke rumah dan terus
ke dapur...sebab isteri aku pun ada kat dapur tu..Aku duduk aje di satu sudut tengok dia orang siapkan keje keje untuk majlis doa selamat lepas Isyak ni...
Kat dapur tu ramai la adik beradik isteri aku..hajjah kak Nab, adik ipar aku iaitu isteri biras aku, adik ipar aku dari Banting, Asmah, isteri biras aku, Pian serta anak2 mereka...
Abang ipar aku dari Manjung, Encik Akhir serta anak2 dan menantu
dia...sorang lagi yang aku ingat ialah Sarena adik angkat
adik ipar aku...dia dengan suami dan anak dia..
Sarina ni ramah macam dedulu jugak dia...moga ALLAH SWT sentiasa rahmati dia tu...
Rasanya itu aje yang aku ingat..
rasanya la.....
Aku rasa korang semua mesti letih nak baca bahagian ni kan...hahaha...opst!

kami menuju ke dewan...
dalam dewan
Dalam masa menyediakan hidangan
untuk tetamu doa selamat tu...macam2 la cerita yang timbul
..macam macam yang disembangkan...Pian, biras aku dari banting tu,
biasalah hampir semua ungkapan yang keluar daripada mulut dia macam nak
gelakkan orang lain aje...hahaha...Aku memang tak kisah pun..macam biasalah aku tak tersinggung pun dengan pelbagai kata katanya...hahaha...aku dah biasa pun dengan situasi macam tu di mana mana pun masa pun aku masih keje...La ni aku dah
bersara...aku memang tak kisah pun..Aku ni macam biasalah kalau aku
takde modal aku senyap aje la dan cuma senyum aje
tapi kalau aku ada modal akan aku tambah lagi la...hahahaha...macam fuel la, bagi bekalan pada api...hahaha...opst! tapi bukan macam batu api tau...hahaha....
Pada aku dalam satu satu keluarga perlu ada orang yang macam tu untuk menceriakan keadaan, memang perlu ada, kalau tak suasana keliling akan suram dan hening 
aje.... tak gitu..
Pada aku gurauan biras aku tu masih ok aje...takde la hardcore sangat
pun gurauannya...biasa aje pada aku...Aku memang tak kisah
pun sebab aku bukanlah orang yang hati bagai
tisu...hahaha...opst!
Pada aku semua ipar ipar aku dan biras biras aku tu baik baik belaka...aku memang puji la dia orang ni...kalau ada yang terbaca benda ni...bukan lah bermakna tulisan aku
ni nak bodek bodek sebab aku memang bukan kaki bodek pun
...masa keje pun aku tak main la nak bodek bodek ni...hahaha....opst!..
Pada aku semua ipar2 dan biras2 aku semua ok dan baik baik belaka....itu kata
hati aku yang ikhlas...moga ALLAH SWT teruskan kurniakan segala kebaikan untuk mereka semua dan untuk aku jugak....

dalam dewan
majlis pernikahan, depan imam tu...kiri anak biras aku dan sebelah tu biras aku la, Awal..
Tiba masa untuk majlis doa selamat...ramai jugak jemaah surau dan jugak kaum wanita yang datang. Yang wanitanya aku tengok sama aje sedondon...aku pun tak
tau dari mana...yang lelakinya dari jemaah surau la....
Majlis dimulai dengan bacaan yaasiinn..
Aku baru tau kat sini permulaan
bacaan yaasiinnn dibaca oleh imam dan selepas
tu masing masing la habiskan bacaan masing masing...Kat tempat lain
bacaan yaasiinn serentak dan serentak jugak abisnya tapi di sini mula2 aje yang dimulai
oleh imam dan selebihnya masing masing baca sampai habis...
Selesai bacaan yaasiinn...doa selamat dan yang terakhir ialah selawat kepada Rasulullah saw....Akhir sekali masing2 menjamu selera dengan hidangan yang ada
di khemah tu...Lokasi makan memasing la...ada bawah khemah,
ada dalam rumah dan sebagainya...Masa makan ni aku pun join la sebab masa sampai tadi aku tak jamah makanan pun walaupun ada yang suh aku makan termasuk
isteri aku..hahahahahaha...biasa la...aku la kannnn....

aku amik foto ni dalam wassap, maaf la aku guna foto ni...kiri tu aku la, biras aku iaitu isteri abang ipar aku,
abang ipar aku, kakak ipar aku, kak Nab, berdiri tu biras aku, haji abang kamal, suami hajjah kak nab
dan berdiri tu lagi...kakak ipar aku, kak Siah...

foto yang yang sama macam kat atas tu...
cuba tengok keturunan mentua aku Haji Mohamad Nordin...kalau datang semua tentu pentas tu terus penuh
kali ni belum penuh sangat...
 Hampir tengah malam kami pi ke homestay di bandar Segamat tu dengan dipandu oleh       anak biras aku untuk bermalam...bersama kami anak pompuan kakak ipar aku
serta menantunya....anak dan menantu kak awe, kakak ipar aku yang
tinggal di Sauk Kuala Kangsar tu...Menjelang tengah malam anak
pompuan abang ipar aku
dari Jenderam pun tiba dengan suami dan
anak anak...dia orang pun menginap satu homestay dengan
kami..Aku pun tak jumpa dia masa dia masuk homestay tu...aku memerap aje
dalam bilik baring baring...letih beb...maklum la aku kan ke da tua....tubuh memang dah tua ...tapi tu lah roh pulak tak tua2 seperti tubuh badan...Baring baring aje pun tapi tak
mau tido pun, dah jam 3 pagi baru tido...biasanya aku macam tu la, bila
bertukar tempat tidor memang macam tu pada malam pertamanya
...hahaha...Tapi jam hampir 6.00 pagi..macam biasalah,
bangun...

pasangan pengantin anak buah isteri aku tu....
ni saje je aku rakam...background tu abang ipar aku dan biras aku..
Isteri aku cite, masa kat homestay tu... anak anak buahnya cite berkaitan
penggunaan sihir dikalangan mereka yang berniaga..Aku yang
mendengar cite isteri aku pun sedih jugak...Sedih sebab kita sesama beragama
Islam gunakan sihir yang berdosa besar untuk meraih ganjaran duniawi...Macam mana kita sesama Muslim boleh gunakan sihir yang dilarang...sihir dosa besar yang menyebabkan kita boleh duduk lama dalam API NERAKA yang panas tu...mungkin boleh
sebabkan pelakunya jugak kekal dalam NERAKA...Nasihat aku
la jangan sekali kali kita gunakan sihir walau dalam
apa jua hal sekali pun dalam kehidupan dunia yang tak lama ini...
besar sangat dosanya...tolong la....Sihir bukan saja salah digunakan ke atas
orang Islam malah jugak kepada orang bukan Islam...Pengamalan sihir itu sendiri dalam Islam memang berdosa besar sangat...Pelik pulak nape la kita perlu gunakan
perkara yang terlarang tu...Macam manalah kita orang Islam nak
kuasai ekonomi negara,
sedangkan sesama sendiri pun masih dengki mendengki,
dendam mendendam....Rasanya kita orang Islam akan masih macam tu kalau
masih lagi tegar melanggar hukum agama...takkan berubah la keadaan orang 'kita' sampai kiamat kut kalau masih lagi tegar dengan sikap2 negatif ni.......
Padangan peribadi aku kalau manusia yang sempurna solatnya 5 kali sehari setiap hari, dia takkan sekali kali mengamalkan sihir dalam kehidupan dia...Itu adalah kajian Dato'
Fadilah Kamsah yang kata 80% orang Islam tak kerjakan solat cukup 5 kali
setiap hari...jadi, tentu macam macam masalah akan wujud
dalam masyarakat Islam sendiri...

aku candid aje mana yang sempat ... hahahaha...
candidi aje kat pintu utama dewan masa menyambut tetamu..
Hari SABTU, 8 November 2019, kami gerak dari homestay ke rumah biras aku kat Taman Pelangi tu..Isteri dan anak anak aku serta yang lain lain sarapan di situ. Selesai
sarapan kami gerak ke Dewan Serbaguna Bandar Segamat tu...
Kami masuk dewan lebih kurang jam 9.00 pagi
lebih...Majlis pernikahan akan
dijalankan dalam
dewan ni...Kami duduk
disebuah meja dalam dewan tu dengan
sedara mara semua sambil tunggu majlis pernikahan.
Tak lama kemudian majlis pernikahan dimulakan...aku tak pi pun ke 
lokasi meja tempat majlis pernikahan tu...tengok dari jauh aje...segan pulak aku nak pi sana...kalau tak memang cantik kalau untuk snap foto masa ni...suasana macam ni memang menarik untuk dipotretkan...

candid
aku dengan anak2 lelaki aku dan cucu aku...
Selesai majlis pernikahan dan sebagainya maka hadirin yang hadir dijemput menjamu selera...Sesi berfoto dengan sanak sedara dan sebagainya pula diadakan..
Grup keluarga Mohamad Nordin yang ramai ramai tu pun turut
serta...nah kaw!...bila tiba keluarga Haji Mohamad Nordin
 penuh satu pentas dengan anak2, cucu2
dan cicit2 Haji Mohamad Nordin belaka...hahaha...begitulah hebatnya bilangan keturunan Haji Din tu..

Menjelang tengah hari ramai tetamu yang hadir di dewan berkenaan...Ramai tetamu yang hadir yang jugak terdiri daripada sedara mara dan sebagainya. Masa ni lah kita
nak bersua dengan sanak sedara. Ramai jugak sedara mara dan adik
beradik isteri aku yang hadir... Keluarga Kak Siah-Man dan lain2,
...anak Kak Siah yang pompuan tu pun ada...Syima...aku sering lupa nama dia,
aku cuma familiar dengan nama FB dia aje...hahahaha...opst!...Falizah dan suami iaitu Din
dan kelaurga, Sempat sembang dengan Falizah, dia masih ramah macam dedulu...
agak lama jugak tak jumpa dia dan keluarga dia ni...selamat ulangtahun
kelahiran Falizah, moga sentiasa diberkati ALLAH SWT
dunia hingga ke syurga...Jumpa Jefri dan keluarga serta adik2...
dia orang ni anak kak Saba, kak ipar aku yang duk kat Sauk tu jugak..anak
dan menantu hajjah kak Nab, kak ipar aku tu...iaitu Mail dan isteri dia, biras aku bersama isteri dan anak anak iaitu Samad...Keluarga abang ipar aku dari Jenderam,
Nyah Alias...Aku tabik la dengan Nyah ni...masih sihat
...walaupun usia dah lebih 70 tahun, apa2 penyakit
pun takde...alhamdulillah...moga terus sihat...Dia dengan anak2 dan menantunya, Sobri, Yati, ArRashid dan sebagainya...

dalam dewan
anak sedara isteri aku, Falizah, kak siah, anak aku, berdiri tu menantu aku
dan berhampiran kamera isteri aku la...
Bila dah berjumpa reramai ni tentu macam macam cerita kan...masa ni lah kita nak jumpa sedara mara dan cerita macam2 ... bagusnya sesi sebegini untuk 'charge' 
kembali hubungan pertalian persaudaraan dan sebagainya...Banyak kebaikan yang boleh diperoleh melalui sesi berkumpulnya sedara mara yang besar ni...Cuma bergantung
pada diri sendiri la...Kalau kita ramah tamah tentu ramai yang berani
mendekati kita, tapi kalau...macam aku ni, tentu payah
sikit nak mesra dengan sesapa sebab aku takde banyak modal dalam galeri pemikiran aku untuk bersembang panjang....setakat tersenyum...tersengih boleh la...sebab
itu aje kod kod yang wujud dalam kotak pemikiran aku...hahaha..
oopst! apa boleh buat la....

berhampiran pintu masuk dewan
Menjelang zohor aku pi ke masjid dengan anak lelaki aku...Masjid Segamat yang jauhnya lebih kurang 2 Km. Kami solat jamak dan qasar di sana...Kemudian kembali
semula ke dewan majlis tu...Walaupun dah petang masih ramai
tetamu yang hadir dan masih lagi ramai yang ingin
berfoto dengan pengantin....
Hampir jam 5 petang kami ingin
minta diri untuk pulang...kami bersalaman, berfoto foto dan
sebagainya...Kemudian kami terus gerak pergi tinggalkan dewan..
Doa aku untuk kedua mempelai...moga ALLAH SWT berkati dan rahmati kalian berdua setiap saat dan setiap ketika di dunia hingga ke SYURGA....Moga kalian berdua
jadi pasangan yang soleh dan solehah serta melahirkan zuriat yang soleh
dan solehah semuanya dunia hingga ke syurga..aamiinnnnn.....

tengah tengah tu isteri aku dan keliling tu semua sedara mara dia...adik beradik dia, anak2 buah dia,
cucu cucu sedara dan tepi kiri sekali, serina serta kanan sekali menantu kami.......
tengah2 tu biras aku, haji abang kamal, kiri sekali anak dia dan kanan anak biras aku kat segamat tu...
Kami terus gerak ke utara di lebuhraya PLUS.......
Kami singgah kat kat R&R Air Keroh untuk minum sat.....
Tiba di R&R Senawang kami jugak singgah sebentar untuk solat jamak sebab
dah tiba waktu maghrib..Ramai jugak kat surau tu...Macam macam ada...Rajin dia orang singgah untuk solat...macam macam jenis pakaian dan tutup aurat semua....Pandangan aku jika mereka rajin singgah di R&R untuk solat, mereka memang jenis tak tinggal solat
5 waktu la tu setiap hari...aku yakin...
Kalau manusia memang kurang solat...dia akan fikir buang masa aje singgah untuk tunaikan solat...ini mesti insan yang dah biasa dengan hidup bersolat 5 waktu
setiap hari....Aku memang seronok dengan manusia yang taat
macam ni...moga ALLAH SWT rahmati
dan berkati mereka dan aku serta muslimin dan muslimat seluruhnya, dunia
hingga ke SYURGA...Moga ALLAH SWT beri hidayah kepada semua muslimin dan muslimat untuk lengkap solat 5 waktu setiap hari hingga ke akhir
hayat...aamiiinnnnnnn...........

singgah di R&R Senawang...
Rasanya itu aje yang ingin aku coretkan di sini...doa aku moga kita semua, tak kira sape la akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga dan
ALLAH SWT hindarkan semua kita ni daripada siksaan
API NERAKA...aamiinnnn....
Jangan lupa terus istiqamah dengan #BMF ye...



~~~~~     SEKIAN     ~~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...