Tuesday, November 12, 2019

Tasik Ujana Nilai

Diari Daud - Hari ni Rabu, 13 Nov. 2019...macam biasa la pepagi dah pi tasik ujana nilai impian untuk peluhkan badan. Memang tiga hari setiap minggu pi sini iaitu
Isnin, Rabu dan Jumaat. Aku peluhkan badan kat sini lebih
kurang sejam aje...Berjalan aje pun, joging
dah tak larat dah...Hari ni
agak lewat pi
sini...sepatutnya jam sebelum
7.00 pagi aku gerak ke sini tapi hari ni jam 7.00
pagi baru mula gerak ke tasik ni...Apa apa pun tak kisah la asalkan
dapat peluhkan badan kat sini sekejap.

tasik ujana nilai impian
tasik ujana nilai impian
tasik ujana nilai impian
Isnin yang lalu aku tak pi sini tapi aku peluhkan badan dengan mendaki bukit melati nilai. Disana kalau daki bukit tu mesti peluh banyak akan keluar, lebih banyak
daripada aku berjalan kat trek tasik ujana nilai impian ni..
Memang puashati la kalau ke sana. Jadi
sapa sapa yang nak berpeluh
banyak boleh la pi ke melati Hill kat Nilai tu...tak jauh pun. Tulisan aku berkaitan mendaki Melti Hill tu boleh dibaca



Di Tasik Ujana pagi ni agak ramai jugak orang yang datang...Orang yang aku perhatiakan selalu datang ke sini pun aku masih boleh nampak. Ada yang datang ke sini
macam setiap hari aje sebab setiap kali aku pi sini ada nampak dia
orang berjalan dan joging kat sini.....

nak balik dah
nak balik dah..
Aku tak bercadang untuk menulis panjang hari ni...
Macam biasa aku berjalan kat sini sebanyak 5 kali pusingan dan
jarak perjalanan aku lebih kurang 6 kilometer...rasanya ok la tu dan kalori yang
dibakar lebih kurang 300 kalori..Aku tak tau la kalori yang selebihnya tentu kena simpan la kan...
Hari ni jugak kulit aku terdedah kepada cahaya matahari lebih kurang 30 minit kut...Jadi kalau dapat terdedah antara 5 - 30 minit dalam seminggu, itu sudah mencukupi
untuk menjana vitamin D yang penting untuk gigi dan tulang...

sejam lebih, 6 Km lebih, pembakaran kalori 300 kalori lebih



Dibawah ni aku paparkan jadual kalori dan sebagainya untuk
semakan kita bersama...
keperluan kalori ikut usia
makanan dan jumlah kalori
pengambilan kalori dan pembakaran
pengambilan kalori dan cara pembakaran
Rasanya kalau ada sesape yang rasanya dah mampu nak amik bahagian dalam melati hill run ni boleh la pi register...Aku memang tak mampu...mempu tengok aje la...
daftar la cepat, tak lama lagi tu...


Rasanya itu aje yang aku nak tulis, moga kita semua, tak kira sapa la akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga serta
dihindarkan daripada siksaan NERAKA oleh ALLAH SWT
hendaknya...aamiinnnnn....
Jangan lupa terus istiqamah dengan #bmf



~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...