Monday, April 16, 2018

Langkawi .. oh .. Langkawi..( 13 - 16 April 2018 )

13 - 16 April 2018, kami staf PUSAT KOMUNIKASI UKM berada di Langkawi
kerana terlibat dalam program PENGUKUHAN PASUKAN di sana.
Pelbagai acara telah mengisi program berkenaan
sepanjang kami berada di Langkawi.
Semua acara bertujuan
untuk mengujudkan kekuatan mental dan 
fizikal dalam setiap individu khususnya dan staf pusat komunikasi umumnya.

persada canselori ukm 9.00 malam, 13 april 2018
kedah atau perlis tak tau....penuh sawah kiri kanan jalanraya...


Kami bergerak ke Langkawi dengan bas pada pukul 10.30 malam, 13 April 2018.
Ada juga yang bergerak ke sana dengan kapalterbang. Ada juga staf
yang tidak turut serta kerana ada perkara yang lebih
utama untuk diselesaikan.
Aku sampai ke bangunan Canselori
lebih kurang jam 9.30 malam. Kelihatan En. Radzuan telah
mendahului aku. Tak lama kemudian seorang lepas seorang tiba di lokasi tersebut.
Labih kurang jam 10.30 malam kami semua bergerak dari UKM setelah bas tiba.
Perjalanan terlalu panjang dirasakan. Lenguh lenguh badan dibuatnya.
Tidur dalam bas tentu saja tak selesa...ibarat macam tidur2
ayam....tak tau sapa yang ada buat kajian
macam mana ayam tidur......
Sepanjang perjalanan, bila
tiba di kedah dan perlis, kiri kanan jalanraya
penuh dengan sawah yang luas sesangat. Rumah rumah tepi sawah atau 
tengah sawah je....tentu seronok kan ada rumah di tengah atau tepi sawah kan...ermmm..
aku rasa, aku nak buat rumah dekat sawah kut...
kalau panjang umur...ekekeke.....

jeti kuala perlis...
kuala perlis
dengan sdr. izwan dalam feri....


Kami tiba di Jeti Kuala Perlis lebih kurang jam 8.00 pagi....hermmm...makan masa
hampir sepuluh jam gak nak sampai sini. Dari sini kami terus masuk
ke Jeti. Dalam masa menunggu feri ada yang pi sarapan
di sekitar jeti....ada terdengar rungutan, 
kata sarapan pagi di sini
pun mahal jugak....itu belum lagi tiba di Langkawi...apa boleh buat laaaa......
Lebih kurang jam sembilan setengah kami masuk ke perut feri dan mula bergerak perlahan ke Pulau Langkawi. Kali ni kami tidak bernasib baik macam taun lalu,  kerana 
lokasi tempat duduk kami di tingkat bawah...
maknanya betul betul dalam perut feri yang takde tingkap...selama lebih 
kurang sejam tengok dinding je laaa...tengok dinding pun
lenguh beb........

banyak bendera kat langkawi...
pusat penyelidikan langkawi....ukm...


Lebih kurang sejam kami tiba di Jeti Kuah Langkawi. Terus keluar feri dan menuju bas yang telah ditempah oleh urus setia program kami. Kami naik bas dan  bergerak ke Pusat 
Penyelidikan UKM di Langkawi.
Dalam perjalanan tinjau keadaan keliling
...la ni penuh dengan bendera PRU....huhuhu....maklumlah da hampir 
pilihanraya...Lebih kurang jam 12.00 tengahari kami tiba di Pusat Penyelidikan Langkawi
dan terus pi makan tengah hari di tempat khas di PPL tersebut.

telaga tujuh....
telaga tujuh....
buat bot...kumpulan aku niii....
telaga tujuh....


Acara kami yang pertama petang Sabtu 14 April 2018 ialah pi ke 
TELAGA TUJUH Langkawi. Kalau nak tau apa itu TELAGA TUJUH, cubalah google tentu jumpa punya. Di sini kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang
sememangnya telah dibahagikan awal lagi dah...
Acara di sini ialah acara berkumpulan. Nak sampai ke sini dengan
bas pun macam lama je...kalau tak silap lebih setengah jam kut. Kami bergerak dari
PPL lebih kurang jam 2.00 petang.
Acara pertama di sini ialah mendaki hingga ke lokasi Telaga Tujuh yang paling atas.
Tinggi jugak untuk sampai telaga yang paling atas...tahun lepas kami
tiba di telaga yang bawah sikit...tak sampai atas pun...
Lupa pulak aku nak bilang jumlah anak
tangganya......

telaga tujuh....
telaga tujuh....


Sambil mendaki aku rakam video semua kumpulan yang sedang mendaki. Ooopst!..bukan semua tapi kumpulan yang belakang aku je sebab kami yang sedang mendahului 
hingga ke atas. Ketua 
kumpulan kami ialah @hanamichi....Ahli kumpulan kami ialah
 Hanamichi, aku, siti suraya, puan juli dan engku...Kemenangan akan ditentukan dengan
 beberapa kriteria termasuk tolong menolong dalam kumpulan untuk membantu 
satu sama lain dikalangan ahli kumpulan  untuk tiba di atas.
Aku rasa penat sangat ketika mendaki tu...maklumlah aku memang jarang
buat eksesais berkaitan perkara macam ni...nak jogging pun tak pernah...jadi bila involve
je dalam acara macam ni tentu semput seluruh badan. Bagaimana jerih pun aku
berusaha juga untuk ke atas sambil rakam video. Seorang pelajar
sarjana yang turut serta, ENGKU sama2 menemani aku
di belakang daripada kumpulan aku yg da terkehadapan sikit tu....
Memang patut pun aku ketinggalan...sebab...pertama...
jarang eksesais...kedua usia aku da banyak...dekat pencen dah...usia da 
banyak sangat berbanding dengan ahli kumpulan aku...Dalam kumpulan aku...aku dan Puan JULI je yang banyak usia.. yang lain tu muda muda belaka....muda remaja 
pun boleh dikategorikan untuk mereka semua tu.......
Aku bersemangat pun sebab hasil semangat taknak gagal walaupun usia da banyak...ekekeke...Lagi pun lelaki kan ke tinggi ego...tapi bagi aku, ini
 ego yang positif...ekekeke......
Akhirnya kumpulan kami tiba di atas, kumpulan yang mendahului...

telaga tujuh....dgn. sdr. kamarul
di kaki bukit telaga tujuh...rehatkan badan...selesai acara di sini...


Bila selesai, kami rehat sebentar, lepas tu satu game baru pula diadakan....iaitu membina bot kecil daripada apa apa bahan yang dijumpai di sekitar kawasan puncak 
Telaga Tujuh tu. Kriteria yang dicari untuk menang antaranya.. bot 
tersebut mesti seimbang dan
 tidak mudah karam. Acara ini pun boleh mewujudkan rasa
 kerjasama untuk menghasilkannya.
Tanpa kerjasama tentu sukar...dengan nak cari bahannya
...dengan merekacipta dalam minda sebelum direalisasikan atau
 diterjemahkan ke bentuk yang real...tak gitu....Semuanya perlukan kerjasama. 
Sayanglah mana mana kumpulan yang tak mampu bekerjasama...
Maaf...aku cuma rakam je...ahli kumpulan aku je yang berusaha lebih....ekekeke... Bot kumpulan aku tu bahannya yang aku ingat ialah botol, daun, tali dan lain lain yang
 aku da lupa da punnnn.......Setelah masa cukup...semua kumpulan diminta
 menguji bot memasing dalam sungai kecil yang wujud di situ...........
Apa lagi... masing2 jerit jerit jer bila bot kumpulan lawan di uji. Juri akan menilai
kualiti bot tersebut.........
Selesai je acara berkenaan...timbul pulak acara kuiz, jugak ada markah.
Jika jawapan tak betul ... satu kumpulan kena masuk sungai..
Jadi ....adalah kumpulan yang silap dan kena masuk
sungai... Kumpulan aku pun ada yang silap..
tapi aku cuba elak untuk masuk sungai...tak berjaya gak...jadi aku
kena rela hati masuk sungai...kalau tak nanti kena heret reramai masuk sungai.
Ok jugak la air sungai tu...sejuk je...huhuhu...ini mungkin bilangan
kurang daripada 10 kali aku masuk sungai sejak keje kat ukm
ni.....Walaupun dulu aku rajin masuk utan masa
buat rakaman kat utan, tapi aku
jarang sangat mandi sungai kat hutan tu...jenuh la sungai2 kat
utan gamit aku masuk ke dalamnya...untuk mandi......ekeke....Masa kecik pun aku 
sering je mandi kat sungai perak tu...perkara biasa je pun tanpa pengawasan emak bapak, saden je kami reramai mandi ... takut pun tak.......lebar  sungai tu pun 1 kilometer....
lebar sungai..... bukan panjang.... Kat Gob itu hari pun
aku mandi sungai gak sebab da panas dan melekit badan...tak tahan badan 
panas dan melekit.......terpaksalah.... Namun di telaga tujuh ada gak yang dapat lari
daripada masuk ke sungai tu...setakat rendam kaki je...ekeke...apa boleh buat laaa.....mungkin ada sebab tertentu kut....ekekeke.....opst!

bbq...
Selesai acara di Telaga Tujuh kami pun turun ke bawah ... turun memang ke bawah kannn....nak ke bawah tu pun sukar gak...rasa sakit akan ujud di sendi sendi kaki...
perlu gak guna kekuatan otot di sendi sendi tu...tentu sakit dan lenguh...
Duk rehat sat di bawah bila da sampai...minum kat situ....
Aku suka je tengok kehijauan di TELAGA TUJUH tu...sebab
aku suka dengan hutan rimba yang hijau...sejuk...dingin...nyaman dan sebagainya..
Bila bas tiba kami kemudiannya pulang ke Pusat  Penyelidikan Langkawi. 
Malam tu pulak diadakan BBQ
di Pusat Penyelidikan tu....Takde apa yang boleh aku makan
sebab semuanya AYAM, udang dan lain2 yang alahan untuk aku jamah.......
Aku makan apa yang boleh aku makan je...tapi....
sikit pun aku tak kisah...yang penting mereka happy...aku pun happy jugak....Selesai BBQ terus aku balik bilik walaupun kat tempat BBQ tu masih ada mereka yang mungkin
 suka ataun gemar tidur lewat...

Awal pagi esoknya, bangun subuh subuh lagi...mandi...dan pi surau yang berhampiran.
Masuk surau...da ada sdr. kamarul dan aji izad...mereka da selesai
solat......
Program pagi Ahad ni ialah pi ke lokasi SKYTREX.
 Nak tau apa itu SKYTREX...sila la usya pakcik google. Lepas sarapan
 kami semua tunggu bas yang akan membawa kami ke sana. Tak lama kemudian pun bas tiba. Kami pun masuk ke perut bas....Bas dengan relanya membawa kami 
ke lokasi tersebut....alamak....salah tempat pulak dah...jadi...bas
 tersebut berpatah balik....hermmm...rupanya lokasi
berkenaan sebelah Pusat Penyelidikan je...huhuhu...
sampai situ semuanya turun....masing2 amik peluang bergambar kat signage 
besar tempat tersebut. Kami masuk perkarangan kawasan tersebut menunggu krew pusat berkenaan menyediakan alatan untuk kami pakai.. Aku sebenarnya tak bercadang 
pun nak panjat memanjat ni...maklumlah da usia macam ni tentu 
menggigil lutut jika memanjat....huhuhu...

terbangkan drone...
Kali terakhir aku memanjat pokok ni dalam usia aku 20-an.... sebelum 
usia tu aku ada panjat pokok langsat, manggis dan sebagainya sebab bapak aku ada kebun...tapi aku tak pernah pulak panjat pokok durian walaupun kat kebun bapak aku banyak pokok durian. Kalau aku panjat pokok durian bukan orang je yang pelik...
tupai yang nak makan  durian kat pokok pun boleh tercengang dibuatnya....
huhuhu.....bagi aku la...malu sangat kalau budak kampung 
macam aku ni tak pandai panjat pokok......itu
lebih kurang 30 tahun yang lalu.....la ni...haihhhh....panjat tangga pun seksa...


skytrex
tah mana satu kamera yang nak tengok...
aksi di skytrex...


Apabila aku kata aku taknak panjat..ada yang bersuara rugi tak panjat
sebab sudah dibayar...maknanya aku nak taknak kena pi panjat jugak. Jadi aku
pun pakai la jugak alat2 untuk memanjat tu...Dalam acara tersebut ada meniti titian tali
je...meniti tempat pijakan yang bergoyang goyang dan sebagainya. Mulanya aku buat rakaman je untuk
mereka yang involve dalam acara tersebut....Penat jugak la aku rakam. Akhirnya bila da puas rakam semua peserta...opst! hampir semua peserta maka...tiba la pulak
giliran aku untuk beraksi....ekekeke...mustahil aku boleh rakam masa beraksi...
jadi mintak sdr. shah tolong pegang kamera......Dalam keadaan
terpaksa ... dalam keadaan berat hati...dalam keadaan berat jiwa...ekekeke...
aku pun mulalah memanjat... Walau pun ia tak ekstreme mana pun...
 tapi...faham faham la ....aku da lebih 30 tahun tak panjat 
panjat ni...maksudnya panjat
pokok la.......
Tiba di atas..... aku pun mulalah
melakukan teknik2 yang diajar oleh instructor macam mana
nak menyelesaikan tugas panjat, meniti dan sebagainya tu...sdr. IKHWAN HASHIM
banyak mengajar aku masa kat atas tu kerana dia ikut di belakang aku.
Jadi sampai selesai la aku dapat tunjuk ajar dia dan setrusnya 
sempurnakan semua perkara tersebut.
Lepas aktiviti tu...aku rasa semua tenaga aku da
abis terhakis atau digunakan sepenuhnya...lenguh anggota...lenguh sendi....
letih...lesu tubuh dan sebagainya....
sukar nak dijelaskan dengan bahasa kat blog ni...sukar gak nak
dijelaskan dengan kata kata...huhuhu......

skytrex...baru tiba niiii....
skytrex...baru tiba niiii....
sat ... amik gambar sat....ini foto ANNE gak...kut..

inilah aku....lupa sapa yg rakam ni...sapa punya
foto ni....aku guna foto ni lelama eaaa.....TERIMA KASIH ANNE...
baru tau foto hang....
keadaan di skytrex yang bukan ekstreme ni...ini amature je....untuk beginner..


Selesai je program tu...walaupun letih sesangat...aku rasa bangga jugak untuk
diri aku sendiri...sebab dapat mencabar diri aku sendiri...mencabar kemampuan diri aku
sendiri...mencabar kelaziman diri aku sendiri...ekekeke...Tapi....
yang paling utama aku dapat pecah rekod diri aku
sendiri kerana sebelum ni aku tak pernah pun
join benda macam ni walaupun umoq aku da banyak sangat.....ekekeke...
Selesai je acara tu....kami terus rehat dan minum minum
sambil menghilangkan keletihan memasing....aku takde lain la...sambung
kembali keje rakaman aku.....apa lagi kalau bukan merakam. 
Akhirnya kami ada sesi grup foto dan sebagainya. 
Masa nak balik ke Pusat Penyelidikan....aku dengan beberapa yang lain berjalan
kaki ... berjalan memang dengan kaki kan...ekeke.......ke pusat tersebut yang tak jauh je...mungkin dalam satu kilometer lebih sikit kut....yang lain lain terus 
menunggu bas di lokasi berkenaan......
Walaupun skytrex tuk kami ni tak eksterme tapi
kalau jatuh mungkin boleh terseliuh gak....kalau yang ekstreme...
jika kemalangan atau jatuh mungkin boleh duk lama makan tidur kad wad kut... Tapi 
macam mustahil je boleh jatuh sebab kat badan peserta ada tiga jenis tali yang 
mengikat  tubuh peserta......kalau boleh jatuh pun mungkin dalam mimpi 
skytrex.......................kut....

Lepas makan tengah hari ...kami ada acara atau program lain
pulak iaitu tagging pokok yang ada di belakang Pusat Penyelidikan UKM Langkawi tu. Kawasan tersebut merupakan kaki Bukit Machinchang. Ada beberapa pokok tertentu yang telah dikenal pasti oleh penyelidik untuk dibubuh tag di pokok berkenaan....
Pokok tongkat ali pun ada, besar gak batangnya...aku pernah jumpa
batang yang kecik je. Kalau jenis direbus batangnya
sikit sikit tentu berpuluh tahun pun tak abis
kalau sorang guna...kut....hahaha...
Aku memang tak perlu pun pokok tongkat ali tu kut...buat masa ni la...huhuhu..

kaki bukit machinchang...tagging....
Jam 1.50 ptg kami berkumpul dilokasi yang telah dinyatakan.
Lebih kurang jam dua petang instructor tiba. Mereka yang akan menjadi
jurutunjuk kami nanti. Ada 4 orang jurutunjuk semuanya. Mereka membawa kami masuk ke rimba melalui jalan yang telah dirintis. Kami dibahagikan kepada lima kumpulan. Masing masing kumpulan di beri beberapa batang pohon untuk di tag atau dibubuh tag pada batangnya. Kumpulan aku yang sama dengan kumpulan masa 'game' kat
Telaga Tujuh tu gak............Sebelum kumpulan mulakan tag kepada pokok, 
seorang instructor mengajar kami cara membuat tagging tersebut.....
Semua urutan cara buat tagging tu aku rakam sepenuhnya ... mungkin tanpa sebarang keciciran kut.......hahaha...

kaki bukit machinchang...tagging....
kaki bukit machinchang...tagging....
kaki bukit machinchang...tagging....tiang langit...


Selesai jer sesi tunjuk ajar maka kumpulan kami di bawa ke lokasi
yang paling tinggi. Jenuh jugak mendaki...tapi...biasalah aku memang suka
dengan kehijauan hutan ni...cuma...letih la sikit...disamping mendaki, aku jugak kena membuat rakaman segala yang kami buat. Sepanjang kumpulan aku yang terdiri daripada
hanamichi, engku, puan juli dan siti suraya membuat proses tagging tu...aku tak
 henti henti merakam.....kumpulan aku je la yang banyak aku rakam...huhuhu...
mintak maaf la kepada kumpulan lain eaaaa................
Aku pun lupa berapa batang pokok yang kumpulan aku kena tag....maklumla aku merakam je... Selesai tagging pokok ...aku rakam kumpulan aku memberikan kata kata 
mereka... Apa apa hal pun tunggu la aku siapkan video tu nanti...
tonton je laaa...
Keje keje tangging ni berakhir dalam masa lebih sejam kut.....aku
pun lupa nak tengok jam....huhuhu.....Balik bilik dan mandi la, maklumla lepas ni
nak keluar pulak.........

Lebih kurang jam 5.00 petang kami ke Pekan Kuah dengan bas.
Perjalanan dengan bas ke pekan Kuah jugak makan masa ...mungkin
dalam empat puluh lima minit kut.....aku pun tak tau dari mana aku dapat lima
minit tu...ekekeke....Bas singgahkan kami di bangunan Haji Ismail Group. kami terus masuk dan mulalah sesi beli cokelat...huhuhu....Aku tak lama dalam tu, beli sedikit 
cokolat yang takde kat tanah besar. Tak lama pun dalam tu.
Aku beli dan terus keluar....di situ jugak aku beli
satu cap....kenangan je......
Kemudian aku dengan sdr. Ikhwan pi minum
di bangunan yang menempatkan gerai gerai jualan makanan dan
minuman di situ. Kami duk semeja dengan en. ridzuan. Aku tak makan sebab masih
kenyang lagi...aku minum air tembikai je. Rasanya macam harga
makanan kat bangi je.....rasanya la....atau
aku je yang rasa kut.....


Tak lama kemudian sdr. Ikhwan join grup dia setelah terima
panggilan. Tinggal aku dengan en. ridzuan je. En. radzuan pun tinggalkan aku kerana
join grup staf pkk yang duk meja lain. Kemudian datang sdr. kamarul makan dan duk dengan aku...rasanya inilah agaknya teman yang sesuai untuk aku kut...sama 
sama veteran dan sama sama banyak usia...sama sama nak pencen...
apa boleh buat laaa...huhuhu........................................
Di bawah bumbung tersebut terdapat beberapa
staf pkk yang turut menjamu selera di sana sini......Kemudian aku
sempat rakam ucapan puan yati, sebagai presiden kelab kebajikan kami
yang menganjurkan program ini. Selesai je....maka kami pun terus pi tunggu bas yang membawa kami ke sini...opst! bukan bas yang rosak aircond tadi tu tapi bas 
yang lain kut......................
Jadi..............................tamatlah program kami di sini untuk tahun ni.....2018.

Esok paginya kami mula untuk keluar daripada Pusat Penyelidikan
tersebut. Tunggu bas.....bila bas tiba kami pun naik dan menuju pekan Kuah. Sepanjang jalan dan dalam pekan Kuah masih penuh dengan bendera ...tak lama lagi kita 
semua mengundi....jangan lupa mengundi tawww...........




Tiba di pekan Kuah...terus masuk jeti. Tunggu pengumuman untuk
masuk feri. Bila pengumuman dibuat kami pun pi lokasi yang ditetapkan.
Bila puan Juli tiba dengan tiket2...maka....kami pun menapak menuju feri di jeti. Kami masuk dan letak beg besar memasing di belakang dek. Kemudian kami masuk dan duduk di seat yang telah ditetapkan. Aku duduk sebelah sdr. kamarul......nampaknya
kami memang sering je tak sengaja berdua.....tak tau la aku
sama ada citarasa kami sesuai ke gamaknya...ekeke..........agaknya orang nak
pencen memang sesuai duk sesama nak pencen kut.......hahaha....


pandangan dari dalam jeti ke laut


Dalam jam 9.30 pagi feri mula keluar perlahan dari jeti menuju ke Kuala Perlis...
maksud aku jeti Kuala Perlis. Mungkin dalam sejam kami akan sampai di jeti kuala perlis tu..
Aku rasa macam lama je duk kat dalam perut feri tu. Tak tau nak buat apa...pandang je ke luar feri..tengok ke laut....tapi lebih baik daripada masa datang dulu tu....duk dalam
perut feri...tengok dinding feri je selama sejam lebih kurang....macam cicak 
pandang siling....huhuhu....


maaf, simbol kete tu eaa...


sebelah sdr. kamarul...
pandang ke luar je...

staf PKK UKM....masing2 da ada yang punya...jangan cuba2...
Bila tiba di jeti Kuala Perlis terus je kuar...nak kuar dari feri pun payah.
Macam berebut je....tiba tempat nak amik barang pun berebut nak amik beg besar
memasing. Masa nak meniti titian ke jeti pun berebut jugak. Terpaksa berhimpit himpit di
titian yang macam muat sorang je tu. Aku nak kuar...ada yang nak masuk
melalui titian sama yang kecik tu...beg besar aku sangkut kat badan dia orang yang 
nak masuk melalui titian tu........Aku rasa orang Malaysia ni masih
perlu belajar adab walaupun majoritinya Muslim...oopst!
Kalau kita tengok artikel artikel yang ditulis di merata rata tu...orang Jepun yang 
majoriti bukan ISLAM tu perlu dijadikan contoh yang baik....huhuhu...opst!


jeti kuala perlis...
susun barang...
dalam bas ke ukm...


Tiba di luar jeti terus je pi ke bas yang sedang tunggu kami.
Aku muatkan barang dalam tempat barang dan terus naik bas. Sebelum
bas bergerak aku pi beli buahan yang telah siap dihiris untuk dikunyah dalam bas nanti.
Aku da lupa bas bergerak pukul berapa...... tapi lama la jugak dalam bas tu....
rasa lemau duk dalam bas lebih sepuluh jam beb......
DUA BELAS JAM ( 8 PAGI - HAMPIR 8.00 MALAM) baru kami
tiba di UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. Apa apa pun ALHAMDULILLAH
...selamat tiba di UKM Bangi.......

Video Langkawi di SINI

Sekian......

...moga ALLAH SWT MENGAMPUNKAN SEMUA dosa kita SEMUA, tak kira sape pun.... hingga ke akhir hayat kita.... sebab tiada siapa pun yang terlepas daripada 
dosa....sebab kita bukan NABI...aamiinnn....


daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...