Sunday, March 4, 2018

Sabtu...Ahad..ada tugas....

Hari Sabtu, 3 Feb. 2018, tentu lah hari cuti kan...namun aku ada tugas harian
...awal pagi seawal jam 7.30 pagi...aku dan isteri aku pi hantaq
anak bungsu aku pi kelas tambahan di sekolah...
maklumlah hujung tahun nanti dia
akan duduki upsr....moga dia berjaya dengan cemerlang
begitu juga dengan semua rakan2nya serta semua mereka yang akan menduduki
pepereksaan tersebut di seluruh negra..aamiinnn..


sungai buluh...
Selesai hantar kami iaitu aku dan isteri aku pun pi
balik dan dalam perjalanan balik kami
singgah untuk beli sarapan serta beli kueh untuk dibawa
ke surau kerana isteri aku ada program di surau. Sementara aku pun bergerak
ke ukm kerana aku ada tugas yang perlu dilaksanakan di SEMANGGUL
PERAK. Tiba di opis terus masuk opis....seram sejuk rasanya
maklumlah aircond macam semalaman tak tutup
kut...naik berair cermin tingkap....Seram gak kalau2 cucu cicit mak limah
datang bergurau...huhuhu....




Masuk dalam terus log ini.
Amik peralatan kamera dan sebagainya
untuk dibawa keluar. Belum pun sempat selesai kunci pintu
rakan sekerja sdr. jasril tiba. Kemudian kami terus pi ke bangunan canselori
untuk naik bas di sana.




Tiba di bangunan canselori
terus cari parking. Jumpa je terus je parking. Kemudian terus daki tangga untuk 
tunggu bas di wakaf di situ. Di sana jumpa en. wan. Tak lama kemudian
 bas pun tiba. Kami naik bas ukm menuju ke semanggul bersama
beberapa orang wartawan akhbar. Waktu masa tu lebih
kurang jam 10 pagi lebih sikit kut.....




Lebih kurang jam 11.30 pagi kami tiba
di rnr sungai buluh. Kami singgah dan ambil keputusan
makan tengah hari sebab memang da nak sampai waktu tengah hari pun.
Lama jugak kami kat rnr tu.... Selesai makan terus masuk coaster kembali dan teruskan
perjalanan. Tiba di rnr tapah kami singgah lagi tapi kali ini tak lama pun
...cuma sekadar pi bilik air je. Kemudian teruskan perjalanan.


sdr. jasril


Akhirnya setelah beberapa lama menatap lebuhraya
...memerhati wajah tebing batu kiri kanan lebuhraya...memerhati hutan belukar
...serta melihat titisan hujan di cermin coaster...maka akhirnya lebih kurang jam 4.00 petang
kami tiba di LAKETOWN RESORT BUKIT MERAH. 





Tiba je kami terus cek in untuk masuk ke bilik
penginapan memasing. Kami juga diberitau oleh urusetia bahawa jam 5.00 petang
 akan diadakan lawatan ke tapak majlis. Opst! aku belum cerita lagi kan. Sebenarnya kami
 akan membuat liputan majlis sidang media BERAS PUTIH UKMRC 2 dan 
UKMRC 8 di sebuah rumah penduduk kampung yang telah
mengusahakan penanaman padi spesis
berkenaan.



aku dan sdr. ikhwan
Aku dengan sdr. jasril menginap di bilik yang sama
...ermmm...agak ok bilik tersebut....selesa je nampaknya....kami mandi dan 
sebagainya dan tepat jam 5.00 petang kami turun untuk naik coaster menuju ke kampung
yang telah diberitau sebelum ini.




Jalan masuk ke kampung penduduk kampung tersebut
agak sempit boleh muat sebuah kenderaan je...kalau ada kenderaan di 
hadapan maka kenderaan satu lagi kena mengalah dan beri laluan kepada kenderaan satu
lagi....hermmm...agaknya bertahun tahun mereka hidup macam ni gamaknya
...harmoni je kan...kan...kan...



semua team pkk
Aku tabik la dengan pemandu coaster ukm tu...jalan sempit
macam tu tapi dia steady je drive...ermmm...itulah harga sebuah pengalaman
yang memang tak boleh nak dikongsi dengan orang lain. Akhirnya kami tiba gak di rumah
penduduk yang berkenaan. Setelah beberapa ketika berehat
maka kami pun pi berjalan ke sawah yang ditanam
dengan spesis padi ukm.




Kami tak dapat untuk buat rakaman kerana
masa tu cuaca mendung dan mustahil untuk peroleh visual yang 
diharapkan. Menjelang jam 7.00 lebih kami kembali semula ke hotel penginapan
dengan harapan ada cahaya harapan untuk membuat rakaman video hari esok.......
Malam tu memang tidoq tak sedaq pon.....jam hampir 6.00 pagi, terbangun
daripada tidoq......




Sebaik selesai bersiap kami menuju tempat sarapan kerana semalam kami
da set da... nak sarapan jam 7.00 pagi. Turun ke bawah...opst! turun 
memang ke bawah kan...jumpa En. matnor dan
terus tujui tempat sarapan. Bersua
cik asmahanim jugak.





Kami sarapan sambil memerhati
tasik yang masih kelam dek pagi yang suram. Harap2 
cuaca hari ini baik sebab program berkenaan hari ni dan kami perlu rakam
dengan sempurna. Kami perlu pi awal untuk rakam footage2 yang perlu serta temubual
prof. wicky. Cik anim da buat temujanji dengan prof. Wicky untuk
temubual dia jam 8.30 pagi...jadi kami perlu pi awal....
terima kasih banyak2 cik anim.......





Selesai sarapan, terus kami masuk bilik dan siap dengan pakaian merah macam 
grup satu lagi yang turut menginap di situ...huhuhu....Kami kena pakai
baju koperat ukm untuk buat
liputan di kampung yang tersebut. Kami kena pakai baju koperat
ukm yang merah menyala tu la. Kebetulan kat resort tu gak ada group
merah yang buat perjumpaan di resort
yang sama. Kami cuma
berbeza dari segi jaluran baju dan juga logo
je...huhuhu......


foto daripada drone kendalian en. matnor



Kami tumpang kereta en. matnor kerana 
kami perlu tiba awal untuk rakaman temubual sebelum
program berlangsung pada jam 10.00 pagi lebih kurang...jadi lepas check out
kami tompang en. matnor setelah kami muatkan beg pakaian kami
ke dalam kereta dia....terima kasih bebanyak en. matnor.




Sebaik tiba di kampung berkenaan, kami pun terus pi ke lokasi
sawah tanaman padi spesis ukm tu. Terus kami buat rakaman footage2 untuk dijadikan
footage insert untuk temubual nanti. En. Matnor tebangkan drone untuk amik aerial
view...kami memang perlu bekerjasama dalam penghasilan video
berkenaan...kan...kan....kan....




Setelah menunggu seketika, maka tibalah prof. wicky. Seterusnya
setelah diberi penjelasan oleh cik anim, maka bermulalah temubual kami
dengan prof. wicky. Tiada sebarang masalah pun dalam rakaman berkenaan walau
pun prof. wicky baru pertama kali berada depan kamera...kata dia.....




Selesai buat shot2 tambahan maka kami bergerak ke khemah
depan rumah penduduk tersebut untuk sesi 'press conference'. Sebelum tu
kami perlu menunggu ketibaan Naib Canselor HEPI iaitu prof. Dr.
Mohd Ekhwan Toriman kerana dia yang akan mengetuai
press conference berkenaan. Payah nak rakam masa
PC kat bawah khemah ni...belakang ada backlight tentu visual tak cantik.
Iris terpaksa guna manual untuk bukak iris supaya visual cerah.
Bila buka iris manual tentu background washout...apa
boleh buat la........itu salah satu masalah....bagaimana pun rakaman perlu
dibuat sebab ini bukan drama yang boleh diulang2 kalau
tersilap....kan...kan...kan.....




Selesai press conference, diadakan pulak MOU...
dan selesai mou di adakan pulak demo menuai padi yang dilakukan
oleh mesin penuai. Panas bukan main masa demo menuai tu...aku kena berteduh
bawah pokok jambu yang lebat berbunga bukan saja sebab panas
meghelit tapi jugak sebab bimbang kamera yang aku pegang 
tu boleh menjadi panas yg melampau...Aku
buat rakaman video mesin yg sedang menuai tu,
sebentar kemudian berteduh bawah pokok jambu, kemudian pi balik rakam
 dan pi balik duk bawah pokok jambu tu untuk fikir shot
apa yang perlu dibuat. Dapat idea keluaq balik dan buat shot lagi. Gitu
je la cara yang aku buat untuk elak panas meghelit tu.....
Akhirnya demo tersebut selesai dan semua kembali
semula ke bawah khemah. Akhirnya semua menikmati makan
tengah hari....






Selesai lunch dan sebelum kami balik ke ukm kami dibekalkan dengan
kueh semperit kut...aku pun da lupa namanya....tah
betul atau tak nama kueh tu.......mana mana la...

Kami balik menumpang kereta en. matnor.
Kami tidak ikut serta dalam coaster.....lupa aku jam berapa kami
bergerak dari semanggol ke ukm. Bersama aku dalam kereta en. matnor tu
ialah sdr. jasril. ikhwan dan cik anim.... Kami berbual dalam perjalanan tu
on and off  sebab dia orang kadang2 tidur dan kadang2
jaga....biasanya aku memang payah nak tidur
dalam kenderaan melainkan kalau
makan ubat tidur...kut.................huhuhu...


menora
jem...
Dalam perjalanan ke KL kami singgah sebentar...rnr tapah, ada yang perlu diselesaikan 
di sini. Rehat sat minum minum dan beli buah untuk amik hati...huhuhu...
...gamaknya.......



Sepanjang dalam perjalanan ini banyak benda yang disembangkan macam2 tajuk..
namun terdapat jugak tajuk yang lebih dominan daripada tajuk
tajuk yang lain....huhuhu.....apa boleh buat laaa...



Sambung kembali perjalanan dan hampir tiba KL hujan mencurah curah lebatnya...
Terdapat beberapa kemalangan termasuk satu kemalangan maut...
Siannya...kalau dia bapa tentu anak dan bininya sedih
tak terkira...dan mungkin hilang tempat bergantung....kalau dia anak
tentu sekali ibubapanya sedih sesangat...tentu luluh hati mereka dan jika dia
merupakan tunjang membantu ibu bapa, tentu ibu bapa dalam kepayahan,
tiada lagi orang yg memasukkan hasil ke akaun mereka...sedih kan...
Ermmm...apa pun kita tak boleh kata apa apa sebab ajal maut jodoh
pertemuan ketentuan PENCIPTA............
Teringat kembali...perkataan TAKDIR, UJIAN TUHAN, REDHA dan JODOH PERTEMUAN...huhuhu



Akhirnya kami tiba di UKM jam 7.00  petang...dan pi opis serta simpan peralatan
dan masing2 terus balik lepas bersalam....apa2 terima kasih banyak2
en. matnor, ikhwan, anim dan jasril.........

Sepanjang aku keje kat  luar anak kedua aku yang uruskan segala hal nak pi sana
sini....alhamdulillah....anak kedua aku yang cuti tu uruskan anak
bungsu aku pi kelas tambahan, latihan silat dan sebagainya
....itu juga takdir yang ALLAH SWT dah tentukan...






ISNIN, 3 MAC 2018

Hari ni ISNIN, 5 Mac 2018, aku masih bercuti....pagi2 hantar anak aku
ke sekolah kerana awal pagi sebelum waktu sekolah dia ada kelas tambahan
sebelum kelas biasa untuk mereka yang akan menduduki upsr.

Jam 9.00 pagi aku gerak ke ukm untuk pemeriksaan tekanan darah
di pusat kesihatan. Tiba di sana aku rehat sebentar di luar dan ada staf
makmal darah yang dah kenal aku tegur masa aku rehat kat situ....bila selesai rehat
sebentar, aku masuk dan serahkan kertas catatan kepada staf di situ.
Sebelum tu jumpa sdr. JIPPA ..lupa aku sama ada
bagi salam atau tak...huhuhu...apa2 pon moga mereka sentiasa
dirahmati dan diberkati ALLAH SWT sentiasa...aamiinnn..





Aku duduk sebentar sebelum petugas datang
dan kenakan alat untuk ukur BP.....alhamdulillah BP aku tak tinggi,
bolehlah dikatakan normal bagi orang yg berusia macam aku ni...........ucap 
terima kasih sebelum aku keluar...lega rasanya....

Kemudian aku singgah opis sat ada sedikit keje berkaitan 
suntingan video. Tiba opis terus je digitise footage yang di rakam
di semanggol semalam tu....selesai je digitise dan buat keje keje tertentu
aku pun gerak balik ke rumah jam lebih kurang 12.30 tenga hari..






Akhir kata moga ALLAH SWT sentiasa ampunkan semua dosa aku,
dosa isteri aku, dosa ibubapa ku, dosa kedua ibubapa mertua ku, dosa sedara 
mara ku, dosa sedara mara isteri ku, dosa semua anak2 aku, dosa semua
keluarga anak2 aku, dosa
semua rakan2 aku, dosa semua jiran2 aku, dosa mereka yang aku kenal
dan yang aku tidak kenal di sekuruh dunia ni.....

SEKIAN

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...