Wednesday, March 21, 2018

Video promo lagi...

Hari ni, Rabu, 21 Mac 2018. Kami dari Unit Video PKK ditugaskan untuk membuat
shooting video promo untuk pusat citra ukm. Seawal 9.00 pagi
kami da siapkan semua peralatan. Kami iaitu sdr. JASRIL,
RAMLI dan AKU kumpulkan semua alat yang
perlu untuk penggambaram.



Kamera, bateri, mikrofon,
lampu dan sebagainya amat perlu untuk shooting.
Lebih kurang jam 9.00 pagi gerak ke bangunan canselori dengan
kete aku. Opst! hari ni rupanya hari tanpa kenderaan di zon canselori. Hermm......
terpaksa kami parking di DECTAR. Jauh tu...kene menapak
beratus meter gak la untuk sampai ke bangunan
canselori tu. Shooting tu di cafe baru
di dataran canselori.


kiri tu pengarah kami...kot kelabu tu ustaz dato' izhar arifff....
Tiba kat cafe tu
dalam jam lebih 9.00 pagi setelah
kami menapak dari dectar dengan membawa dua kamera
lampu, beg mikrofon dan sebagainya. Tiba di lokasi kami tunggu ketibaan
pengarah kami serta krew yang lain. 
Tak lama kemudian...lebih kurang
jam hampir 10.00 pagi pengarah pkk kami tiba bersama
pelajarnya yang akan berlakon sebagai pelajar. Pelakon utama ialah dato' dr
izhar ariff selebriti agama kat tv yang merupakan pensyarah
fakulti pengajian islam ukm. Jadi kami
pun mula seting alat dalam
cafe tersebut.


Tak lama kemudian ustaz
dato' izhar tiba dan dia dilayan oleh pengarah pkk kami
dr. sabariah. Kemudian tiba pula pelakon wanita yang merupakan pelajar
pengarah kami gak...agaknya la...aku pun tak tanya dia....malas nak tanya pun......
Bila seting siap semua, maka mulalah penggambaran kami. Aku buat rakaman untuk 'behind the scenes' je selain membantu dari segi shooting bila diperlukan. Sebenarnya
kami tiada panduan apa2 pun, skrip pun kami tiada. Idea skrip
semua ada pada pengarah pkk kami dr. sabariah.
Video yang kami shooting ini ialah video
promo ijazah baru di PUSAT CITRA UKM.........


Mencabar jugak keje shooting kami ni
tanpa panduan skrip ditangan...nak plan shot pun sukar. Masa
aku belajar broadcasting dulu setiap shooting atau penerbitan video mesti ada skrip.
Satu semester belajar buat rakaman penerbitan filem dan video.
Memang mencabar tugas kami hari ini. Semua kena
jaga dalam penerbitan video atau filem.
Mesti tau rules penerbitan.


Kalau tak tau rules penerbitan
sama la macam rakaman kanak kanak dengan handphone
emak bapak dia orang ..opst!. Kontiniti kena jaga...jangan langgar rule 180 darjah
dalam drama melainkan jika kita buat video clips. Otak kena
sentiasa berjalan bukan rigid. Sentiasa cari
jalan untuk keluar dari masalah
ketika shooting.....


Hasil penerbitan kita akan
diperhatikan oleh orang luar...kalau silap tentu malu
sebab kita memang dalam bidang ini.....tambahan kalau dah lama dalam bidang
ini...rules dalam penerbitan tidak akan berubah sampai bila2...
cuma penerbitan2 tertentu je yang boleh langgar
rules seperti video clips dan video eksperimental...tapi nak langgar rules
dalam video eksperimental kena gak ada ilmu, tak boleh langgar sembarangan 
......yang lain kena ikut rules...
kalau taknak ikut rules lebih baik pilih bidang lain...tukang baiki kasut
ke dan sebagainya...opst!

da tamat...
Setelah kami jalankan shooting lebih kurang satu jam,
maka siaplah keje keje shooting tu. Semua alat dikemaskan. Sebelum
 tinggalkan lokasi tu aku ucap terima kasih kat staf pompuan yang keje kat cafe yang eksklusif tu.... Aku pun da siapkan video 'behind the scenes' yang menjadi 
tanggung jawab aku... Nak tonton sila pi


Semua krew produksi ada di roll title di akhir video berkenaan....selamat
menonton........

Apa apa pon...moga kita semua tak kiralah sesapa
pon, akan sentiasa diampunkan oleh ALLAH SWT semua dosa kita sehingga
 ke akhir hayat...aamiiinnnnnn..........

SEKIAN...

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...