Tuesday, March 13, 2018

Cite hari ini dan semalam...

Hari ini Selasa dan semalam Isnin...kedua2nya bertarikh 12 & 13 mac 2018.
Semalam kami pergi ke bangunan canselori ukm untuk
membuat shooting datuk sheikh muzaffar
mempromosikan ijazah baru ukm. Datuk Sheikh Muzaffar
si angkasawan tu laaa......

opis datuk sheikh muzaffar
bincang dengan datuk sheikh...

Tiba di aras 5...aku dengan
sdr. ramli cari bilik datuk sheikh muzaffar tu.
Krew yang lain masih belum sampai. Jadi tanyalah pegawai datuk
sheikh tu. Dia kata apa yang nak dirakam, jadi kami jelaskan kepada dia. Namun
apa2 pun kami kata tunggu krew lain sampai di atas. Tak lama
kemudian krew yang lain bersama pengarah kami
tiba di atas.

meeting krew dgn pengarah...


Semua masuk ke dalam opis
datuk sheikh muzaffar tu. Semua duduk dan berbincang
apa yang nak di shoot. Termasuklah pengarah kami ada dalam perbincangan tu.
Akhirnya keputusan diambil untuk buat rakaman dalam opis
dia tu dan shooting yang lain akan dibuat pada
hari khamis nanti.


....ini bukan marah laaa......
Jadi shooting pun bermulalah
dalam opis dia tu hingga selesai. Selesai je kami
semua pi masuk opis pkk untuk berbincang antara krew dengan pengarah
dengan lebih lanjut lagi. Keputusan diambil untuk buat shooting lagi di lokasi yang
lain pulak iaitu di bangunan citra ukm dan di taman selaka ukm.

pengarah...dr sabariah...
ujian shooting....dan...reccee...

Hari ini, selasa...pula kami buat reccee serta test
shooting di taman selaka dan di bangunan citra ukm. Ujian shooting di
taman selaka disertai oleh pengarah kami, sementara ujian shooting di bangunan
citra cuma kami kami je. Peralatan shooting semua
kami bawa termasuk drone.



Selesai ujian shooting dan reccee lokasi kami
semua pulang ke opis di bangunan penerbit ukm. Aku terus
sambung keje suntingan video aku yang sering aku buat tu.......................
Jadi sesapa yang terbaca blog ni...aku nak gitau ukm sekarang
ni ada menawarkan kursus ijazah baru yang dapat
memenuhi kehendak majikan iaitu ijazah
2 tahun berada dalam universiti dan 2 tahun di industri.
Jadi....apa lagi mohon la cepat ijazah sarjanamuda citra tu eaaa.....


sdr. shah, en. mat, sdr. ridzuan, dr. sabariah dan en. hazrul...

rehat sat...sdr. shah, en. mat dan...aku....bunting tu...ermmm...takde kaitan dgn kami eaaa....huhuhu...
Akhirnya aku amat berharap ALLAH SWT sentiasa ampunkan
semua dosa2 aku, dosa isteri aku, dosa ibubapa aku, dosa ibubapa mertua
aku, dosa anak2 aku, dosa keluarga anak aku, dosa sedara mara aku, sedara  mara isteri aku,
dosa rakan2 aku, dosa jiran2 aku, dosa semua mereka yang aku kenal dan dosa
semua mereka yg aku tak kenal pon...aamiinnn...

SEKIAN

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...