Thursday, March 15, 2018

Shooting video promo...sheikh...oh...sheikh..

Link di bawah adalah video 'behind the scenes' shooting video
promo tersebut......nak tonton sila KLIK...

DI SINI

Video promo yang da siap disunting boleh ditonton....

DI SINI 

pulak eaaa....

Hari ni, RABU, 15 Mac 2018, kami ditugaskan untuk membuat shooting video
promo. Video promo tersebut berkaitan Program Baru Ijazah
Sarjanamuda Sains Citra.

....di taman kecik selaka....


Jam 8.00 lebih kurang aku
dan sdr. shahrul dah pi ke taman selaka iaitu
taman kecik berhampiran bangunan Fakulti Pengajian Islam UKM.
Janji dengan sheikh muszaphar jam 8.30am berada di sana untuk shooting.

...sabar menunggu....


Lupa nak cite...sebenarnya video promo tu akan menampilkan datuk sheikh sebagai
pelakon utama yang akan mempromokan program ijazah baru
tu....Opst! lupa nak cite...sheikh muszaphar tu
ialah angkasawan yang pegi
ke angkasa tu laaa...

tengah2 tu pengarah kami dr. sabariah...
...biasanya orang tak suka candidi candid macam ni kan....


Kami berada di taman
selaka tu jam 8.30 am lebih kurang.
Tak lama kemudian tiba pulak cik anim kesitu. Parking kete
dengan penuh keberanian di sisi jalanraya di bulatan depan fakulti islam tu.....



Kemudian tiba pula en matnoor, cik suraya dan sdr. izwan kat sini dengan
o-bike yang bersepah dalam kampus ukm ni. Mungkin boleh
dijadikan basikal untuk kurus kut....kut.... Tak lama
kemudian tiba pulak sdr. ikhwan....



Kemudian tiba pulak boss kami
dr. sabariah dan sdr ridzuan. Seketika kemudian
tiba en. hazrul dengan dronenya...drone je yang nampak kat taman tu..
tak lama kemudian dia menampakkan diri..... Seketika kemudian tiba pegawai
datuk sheikh muszaphar iaitu sdr. rushdy ke taman berkenaan.

datuk sheikh dengan pengarah pusat citra....


Agak lama jugak la kami di taman tu sebelum DATO' SHEIKH
MUSZAPHAR tiba di lokasi penggambaran berkenaan. Lepas beberapa ketika
berbincang...krew foto terlebih dulu buat photoshoot datuk sheikh
di taman tersebut. Selesai je tugas mereka, video
pulak amik alih..................

datuk sheikh layan kerenah pensyarah dan pelajar....
grup foto....


Sdr. shahrul brief datuk sheikh sebelum rakaman
dibuat...nampaknya datuk sheikh dalam keadaan mood yang baik
...dia amat memberikan kerjasama yang amat baik serta memudahkan keje
kami... walaupun bilangan 'take' dua atau tiga kali dibuat...Rasanya lebih kurang 3 shot yang dilakukan di lokasi ini sebelum kami semua bergerak ke bangunan
pusat citra untuk shooting scene yang
selanjutnya.......

grup foto lagiii....


Di bangunan pusat citra pula ada
3 scene yang perlu dirakam. Pertama ketika bersalam
dengan pengarah pusat citra, prof khaizir....scene kedua di depan
pejabat am hingga ke kaunter dan scene ke 3 ialah dengan menggunakan drone.
Semua babak babak ini dapat di rakam dengan baik dan datuk sheikh amat
memberikan kerjasama semasa shooting babak babak berkenaan.
Dengan kerjasama yang amat baik tersebut
kami sebagai krew tidak rasa 
tertekan sangat....


sdr. shahrul bersama datuk sheikh...
Akhir sekali kami semua ber 'group photo' ...huhuhu..........
KREW yang terlibat ialah sdr. SHAHRUL, en. HAZRUL, en. MATNOR, cik ANIM,
cik SURAYA, sdr. IKHWAN, sdr. IZWAN dan aku sendiri buat shooting
'behind the scene'..............

Apa apa pun akhir sekali tak lupa aku doakan moga kita semua...
sesapa saja...sentiasa mendapat keampunan daripada
ALLAH SWT sehingga ke saat
akhir hidup kita....aamiinnnnnnnnnnn........

SEKIAN

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...