Hari ni AHAD, 11 Mac 2018, pepagi lagi da hantar anak bungsu pi tution kat sekolah
untuk peperiksaan upsr nanti. Aku pi dengan isteri aku. Waktu
tu lebih kurang jam 7.45 pagi. Tiba di sekolah
turunkan dia di depan pintu
sekolah.
Kemudian aku dengan isteri
terus pi cari lokasi sarapan pagi. Aku ajak
isteri aku pi sarapan roti canai di stesen komuter bangi lama. Parking
kat luar agak tiada ruang jadi terus parking di stesen komuter. Cuba amik card
parking tapi takde. Staf ktm tu suruh bayar kat wanita baju biru
di stesen komuter. Jadi lepas parking terus pi
jumpa wanita berbaju biru tu.
Dia kata tak perlu bayar
jika tak naik train. Kami ucap terima kasih.
Wanita tersebut merupakan staf ktm. Dia amik bayaran jika kita
parking untuk naik train je pada hari cuti ni. Jadi kami terus je pi ke tempat
jualan sarapan. Ramai juga kat situ. Kami pi duduk di satu sudut
yang takde orang. Bila datang pelayan kami order
la sarapan yang kami nak makan tu.
Kami jugak order yang
bungkus untuk bawak balik.
Kami sarapan
roti telor memasing. Minuman ialah milo.
Maka sarapanlah kami hingga selesai. Selesai sarapan, kami
pun gerak ke kereta untuk balik. Sempat ucapkan terima kasih sekali lagi kepada staf ktm
berbaju biru yang jaga parking kereta tu. Bersama kami bawak balik
roti telor, roti takde telor dan ermmm....
roti bom...semuanya 9 keping.....
Tiba rumah anak aku yang tua bersama
isterinya telah pon berada di rumah. Pagi tadi dia kata
nak datang ke rumah. Kami terus jamu mereka dengan roti2 yang di bawa tu.
Lepas selesai sarapan aku dan isteri bersihkan halaman rumah
sebab da semak sangat...maklumlah isteri aku sibuk
memanjang. Biasanya aku dan isteri
sering bersihkan halaman
bersama sama....
Hampir tengah hari
kami bercadang untuk makan kat luar
bersama semua sekeluarga. Sebelum tu kami pi jemput
anak bungsu kami daripada tution di sekolah. Kami pergi dengan kereta anak yang tua.
Tiba sekolah terus amik anak bungsu dan gerak ke bandar puteri untuk
makan tengah hari. Tiba di restoran bigwok kami pun
masuk kedai dan cari lokasi meja yang
kosong. Ramai jugak orang
yang berkunjung
ke situ.
Tak lama kemudian anak
kedua aku tiba dengan kereta dia. Kemudian isteri aku, menantu
serta anak2 aku pi amik makanan untuk makan tengah hari. Rupanya di sini
makanan kena amik sendiri. Isteri, anak dan menantu aku pi ke lokasi untuk amik makanan
tu. Selesai amik makanan, mereka pun kembali ke tempat duduk di meja.
Ermmm...kepala aku da rasa pening pulak da ...mungkin
kekurangan gula yang melampau dalam
badan gamaknya.
Jadi kami pun mula makan
...ermmm...macam banyak je aku rasa nasi yang kami makan
tu...macam rasa tak habis je. Kami pelan2 makan dan akhirnya habis jugak
nasi yang aku makan tu....berlauk ikan keli...ada yang
makan nasi kerabu dan sebagainya. Selesai
makan aku minta isteri aku
pi bayar...tapi wangnya aku la yang bagi...huhuhuhu...
Rasanya makanan kat sini takde la mahal sangat rasanya...rasanya ok la tuuuu....
Tiba di rumah aku terus masuk bilik dan tak sedar
je terus berdengkur...mungkin sebab pening tadi kut...walaupun da kurang.
Anak tua aku dan isterinya balik pun aku tak sedar daa...
Isteri aku kejutkan aku untuk zohor jam hampir
4 petang, kalau tak tentu aku tak sedar. Anak tua aku pun dah balik masa tu..
Anak kedua aku dan isteri serta anak bungsu aku pi ke rumah
kakak ipar aku petang tu. Anak kedua aku nak berurut
di sana dengan tukang urut elektronik...huhuhu....badan dia lenguh2 katanya...
Aku tak turut serta kerana badan rasa masih letih sangat.....
Malam nanti aku kena hantar anak bungsu aku
pi tution. Cikgu tution suh datang tution malam ni walaupun
malam ni memang bukan dalam jadual tution.
Dia buat tution ni semata mata untuk bantu anak anak untuk duduki
pepereksaan esok......
Akhir catatan, apa apa pun aku mohon agar
ALLAH SWT sentiasa mengampunkan semua dosa aku, dosa isteri aku,
dosa semua ahli keluarga aku, dosa semua ahli keluarga anak aku, semua dosa
sedara mara aku, sedara mara isteri aku, semua dosa jiran2 aku,
serta semua dosa orang2 yang aku kenal dan semua
dosa orang2 yang tidak aku kenal pun...
kerana keampunan ALLAH SWT sentiasa, memang diperlukan
oleh kita semua untuk kehidupan kekal di SYURGA....aamiiinnnnn.....
*google picts
SEKIAN
No comments:
Post a Comment