Malam ni, KHAMIS, 22 Sept. 2017...pi keluar dengan anak isteri. Malam ni selesaikan
pulak hal anak lelaki aku yang akan sertai perkhemahan. Mereka akan bergerak
dengan peserta yang lain yang merupakan murid2 darjah lima dan enam.
Perkhemahan mereka selama 3 hari kut...aku pun da lupa.
Peserta lebih kurang 60 orang yang
diselia oleh beberapa
orang guru.
Perkhemahan tersebut di daerah hulu selangor...lupa pulak aku nama
tempatnya....
Barang2 yang perlu termasuklah baju t, seluar, dan sebagainya. Kami pi kedai uniform
untuk membeli beberapa baju t dan seluar track. Kami juga pi kedai farmasi
untuk dapatkan beberapa ubat termasuklah ubat demam dan
batuk. Manalah tau kalau kalau terkena demam
dan sebaginya nanti...semua perlu diambil kira....dua tiga hari jauh daripada
emak bapak, tentulah rasa risau......................................
Bila dikira semuanya..boleh tahan jugak perbelanjaan yang perlu dikeluarkan
malam ni...hermmm....apa nak buat dah tanggung jawab kita kan....
Kemudian kami cari pulak keperluan dia yang lain untuk perkhemahan tersebut.
walau pun dia kata akan diberi makan sebanyak lima kali tapi
kami risau jugak maklumlah kat rumah makanan pedas sikit pun taknak makan.
Kalau nanti makanan semua pedas tentu dia perlukan makanan lain. Jadi kami
belikan biskut, roti dan sebagainya.
Setelah semuanya selesai kami pi singgah kat food court untuk makan.
Selepas selesai makan kami pun balik........
Harap anak aku akan rasa seronok semasa perkhemahan tersebut dan sentiasa
di bawah lindungan serta sentiasa dirahmati ALLAH SWT hendaknya.........
aaminnnn......
SEKIAN
No comments:
Post a Comment