Hari ini, Khamis, 14 Sept. 2017, aku CUTI....tapi aku pi keje hari ini kerana untuk
siapkan voice over untuk video SANGGAR KEJE PKK di LANGKAWI.
Aku baru selesai tulis skripnya dan hari ini aku minta
sdr. KAMARUL membaca skrip
tersebut. Aku berharap dapat siapkan video tersebut
minggu depan. Rasanya da lama video tersebut terperam dalam komputer tuuu...
Kami rakam voice over tu di STUDIO UKM.
  | 
rakaman vo bersama sdr. RAMLI & KAMARUL 
 
Selepas buat VO aku pi opis sat, buat suntingan video IBADAH KURBAN DAN AKIKAH UKM 2017. Da lama da video ni tak diedit...da lebih seminggu da ibadah tersebut berlangsung...
  <iframe width="560" height="315" src="https://www.youtube.com/embed/VPvYdqZXkWA" frameborder="0" allowfullscreen></iframe> 
 
https://youtu.be/VPvYdqZXkWA 
 
...................................................................................................................................................................... 
 
Hari ini jugak aku membuat persediaan barang barang yang perlu untuk pendaftaran anak aku di UNIMAP Ahad ni. Hermmm....banyak jugak belanja yang perlu untuk  persediaan  tersebut. Apa nak buat da.. itu tanggung jawab emak  bapak  yang perlu dilaksanakan...Apa apa pon perlu diingat 
SEGALA YANG DIBELANJAKAN UNTUK ANAK ISTERI AKAN BERPAHALA 
jika IKHLAS....IKHLAS amat penting... Jadi janganlah kedekut 
untuk bebelanja untuk ANAK ISTERI setakat yang kita MAMPU.......... 
 
 
  
  
 Pendaftaran tersebut ialah pada hari AHAD ini. Oleh itu kami yakni aku dan 
isteri serta anak anak perlu bergerak ke sana pada hari SABTU. 
Kena booking homestay kat sana. Mungkin dua malam 
kut. Sebab hari AHAD tu tak tahu bila 
berakhirnya masa pendaftaran berkenaan. Hari ISNIN baru 
lah bergerak ke sini balik. Tak pasti akan singgah atau tak di PARIT...itu bergantung 
kepada kesempatan yang ada. Kalau takde terus je la ke sana 
atau ke sini..................................... 
 
 
 
 
 Petang tadi pi Nilai Utama untuk mencari pakaian anak untuk dipakai di sana 
nanti. Beli beberapa pasang pakaian di sana. Perlu jugak fikirkan untuk beli 
pakaian yang sesuai untuk kuliah dan sebagainya di sana nanti. 
Anak aku beli jeans...nak beli blouse, takde yang sesuai. 
Dalam menunggu nunggu tu aku sempat la tengok keliling, ternampak KEBAYA 
TRANSPARENT tu...snap foto...aku fikir kalau kebaya tu di pakai 
gitu je tanpa pakaian dalam tentu HARU kannnnnn..... 
Yang dalam gambo tu tak beli ponnnn...huhuhu..... 
Kemudian kami pi pula ke Nilai 3, di sini dapat beli baju yang sesuai untuk 
anak aku....lebih kurang sejam aku tunggu dia orang dalam kete...huhu.. 
biasanya kalau pompuan pi shopping baju atau pape ke...aku 
akan pilih duk dalam kete...tentu dia orang 'amik masa' punya.........huhuhu... 
 
 
 
 
 
Kemudian kami pi pula ke TESCO Bandar Puteri untuk cari barang 
seperti sabun, shampoo dan sebagainya. Sekarang ni nak belanja lebih 
lebih pun tak boleh sebab barang barang ni macam mahal je... beli mana yang 
 diperlukan sahaja. Jika perlu sangat.... masa akan  datang barulah 
dibeli bila dah berada di sana nanti........... 
Bukan semua barang barang dalam gambo tu dibeli ponnn.....Pencukur pompuan tu 
tak beli pon...saje je aku snap foto sebab aku tengok tulisan kat pembalutnya 
yg tertulis...'PISAU PENCUKUR PEREMPUAN'...bila difikir balik sama 
macam 'KEDAI JAHIT WANITA' yang kita penah jumpa di luar 
sana...kan...kan............. 
 
 
 
 
 Semua keperluan yang perlu ada, dibeli di sini. Nanti bila dah pi sana 
nanti tiadalah ada apa apa lagi yang tidak cukup. Kalau tak cukup nanti payah 
pulak bila da sampai ke sana. Kalau dekat boleh la di hantar kemudian. 
Tentu mustahil nak hantar jika jarak pun lebih kurang 600km...huhuhu... 
 
 
 
 
 
Keluar je daripada TESCO terus je masuk kedai FARMASI untuk beli  
ubatan tertentu sebagai bekalan...manalah tau kalau demam ka...batuk ka  
dan sebagainya lagi. Duk jauh jauh daripada keluarga kenalah 
bersedia segala galanya...kita bukan tau bila nak jadi 
pape... kan gituuuu........................ 
Daripada FARMASI terus pula masuk kedai jual pakaian dalam wanita.  
Pelik betul aku, nape la kedai ni betul2 berada di depan TESCO yakni depan 
betul betul ngan kaunter TESCO tu...huhuhu...da la foto sebesar 
manusia wanita pakai pakaian dalam je... tergantung kat 
dinding kedai tu................................ 
Sepatutnya kedai ni letak di sudut sudut sikit.... 
Sementara anak dan isteri berada dalam kedai tu...aku tunggu je kat luar.. 
malu malu jugak nak pandang pakaian dalam yang bersusun je 
kat kedai tu...huhuhu.....Malu nak tengok dan malu 
jugak kalau2 orang lain tengok aku sedang 
tengok2 pakaian dalam tu...huhuhu....bape banyak tengok daaa..... 
 
 
 
 
 
Selesai saja beli pakaian dalam anak dan isteri masuk pula kedai 
kasut untuk beli kasut pulak...Aku kena tunggu lagi kat sini pulak. Belek 
punya belek akhirnya dua pasang kasut dibeli.... Selesai aje kat sini kami terus 
balik...itu pun daH hampir jam 6.00 petang....Mungkin esok pulak 
akan sambung sesi beli membeli ni....kalau ada lagi la... 
barang yang perlu ..atau...kalau duit masih ada...huhuhu........ 
 
SEKIAN... 
 
 
DAUD.montak.zakaria 
 | 
 
 
No comments:
Post a Comment