Friday, September 1, 2017

Besan Beraya Aidil Adha ke rumah & kunjungan kami ke Kg. Abu Bakar Baginda

Hari ini HARI RAYA AIDIL ADHA, 1 September 2017, besan berkunjung ke rumah
kami. Semalam besan pompuan whatsapp isteri aku. Dia orang nak
datang rumah. Isteri aku jugak dapat whatsapp daripada
menantu pompuannya yang mengatakan
ibunya satu famili nak
berkunjung ke rumah kami...

sebelum pi solat HARI RAYA AIDUL ADHA...
Jam sembilan lebih
dapat infor berkenaan. Jadi kami perlu beli sedikit keperluan. Jadi lebih
kurang jam lebih pukul sepuluh malam kami pi cari bahan untuk masak di kedai
di Seri Putra. Sib baik kedai tu masih buka. Yang aku tau kedai runcit
tu buka 24 jam. Malam tu ia hampir tutup kerana untuk
sambut raya. Kami beli mee hoon dan sebagainya.
Siang tadi kami dah beli dua batang
lemang untuk makan.
Oleh kerana besan nak datang kami beli lagi
dua batang di Seri Putra selepas kami keluar dari kedai runcit tadi.


Sampai rumah isteri aku mula masak apa yang
perlu. Namun rendang, ketupat dan beberapa lagi sudah dimasak tadi.
Malam ni cuma masak untuk tambahan sahaja. Bangun pagi
isteri aku masak sup dan meehoon.

anak pompuan yang shoot foto ni...dari tepi jerr...
Lebih kurang jam hampir 11.00 pagi
mereka semua sampai. Penuh rumah aku, maklumlah rumah
kecik...tapi ALHAMDULILLAH masih ada rumah untuk di duduk tidaklah
masuk dalam katogori GELANDANGAN...ALHAMDULILLAH...terima kasih
ALLAH kerana masih ada nikmat yang KAU berikan kepada aku.
Kelihatan mereka kebanyakannya makan hidangan kami
, ada yang tak menjamah kerana da makan
di rumah da kenyang...tapi masih
sudi meneguk air yang kami sediakan...terima kasih......


Aku sebenarnya kurang berbicara... memang resam aku macam tu..
Aku tak pandai bersembang...lebih banyak diam...cuma isteri aku je bersembang
 dengan besan pompuan kami...sementara aku masih banyak membisu. Membisu bukan bermakna aku tidak menghormati tetamu...... atau tidak menyukai tetamu, cuma aku tak pandai mencari topik untuk dibicarakan...Lagipun aku memang banyak keje di belakang tabir je ..bukan di front line.... tentu sukar mengatur kata untuk berbicara...

Setelah hampir sejam berada di rumah kami
mereka minta diri untuk balik....terima kasih kerana sudi datang ke teratak kami 
yang tak sepertinya ini. Moga ukhwah kita terus terjalin
hingga ke syurga...

menantu (kiri) anak pompuan...
...anak lelaki, menantu dan anak pompuan...
moga kehidupan mereka BAHGIA dunia hingga SYURGA...aaminnn....


Moga dimasa akan datang sudi sudilah berkunjung ke teratak kami.
Kami sedia melayan tetamu kerana setiap tetamu membawa
rezeki kepada penghuni rumah...terutamanya
rezeki PAHALA yang penting untuk
hari selepas kita meniggalkan dunia yang tidak kekal ini......

......................................................................................................................

URUT TERAPI..
Sebelah malam isteri aku mengadu sakit belakang. Sebenarnya dah
beberapa hari dah dia mengadu sakit belakang tu. Rasa kasihan
dan tanggungjawab suami (ewah...) menyebabkan aku bersedia untuk membawa 
dia ke rumah akak ipar aku di Kg. Abu Bakar Baginda untuk urut terapi. Itu pun dia yang cadangkan..Walau pun ngantuk kena pi juga. Rasa tanggung jawab mesti ada...sia2 
hidup bersama hampir 30 tahun jika tiada kasih sayang suami isteri...tak gitu...
Kunjungan ke rumah kakak ipar aku bolehlah gak dikatakan kunjungan
HARI RAYA QURBAN jugak kut...kut.....


Kami tiba rumah akak ipar aku hampir jam 9.00 malam. Isteri aku terus buat urutan 
kat mesin urutan tu...eh! betulkah namanya 'mesin'...huhuhu........Fasa pertama
lebih kurang sejam. Masa tu aku ngantuk dan tertidur sat ketika
sedang tengok drama kat tv...macam berdengkur je...
Tak lama kemudian famili anak kakak ipar aku balik...masa kami
sampai mula2 tadi cuma akak ipar aku dengan anaknya yang baru lepas bersalin 
dan cucunya saja yang ada. Sebelum masuk fasa kedua kami minum dulu..
Dalam fasa kedua isteri aku berurut, lebih kurang sejam gak...aku terus 
tengok drama kat tv...tak sedar pulak tertidur...berdengkur
la lagi kut....sedar2 drama kat tv da pun tamat dan isteri aku selesai berurut.
Sebelum balik lebih kurang jam 11.00 malam, aku sempat
snap foto mereka semua...tengok la foto kat atas tuuuu...Sebelum balik
mereka semua bersalaman sebelum kami masuk ke perut kete.
Terima kasih akak ipar aku atas segala layanan...
Sampai di rumah jam lebih kurang 11.30 malam kut....kut......gamaknya..
..........lupa lah...

SEKIAN.

DAUD.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...