Saturday, September 23, 2017

Ziarah anak buah isteri yang baru menerima anugerah ALLAH SWT.

Hari ini, Sabtu, 23 September 2017. Kami pi melawat menantu akak ipar aku yang baru melahirkan anak. Kami tu bermakna aku dengan isteri aku la. Kami pi berdua je 
sebab anak lelaki kami yang bungsu pi program perkhemahan di Hulu 
Langat sementara anak pompuan kami dah ada 
di KANGAR tu haaa.....Rumah kakak ipar aku tu di
KAMPUNG DATO' ABU BAKAR BAGINDA, PUTRAJAYA...

KAMPUNG DATO' ABU BAKAR BAGINDA
Sebelum kami tiba rumah kak ipar tu, kami beli sedikit kueh sebagai buah tangan. Itulah 
murninya adat Melayu, yang telah menjadi adat tradisi turun temurun....
emmm...segala tradisi turun temurun yang 
baik dan tidak menyanggah hukum agama, tidak ditegah oleh 
agama untuk diteruskan dan diamalkan...tak gitu...?. Tiba di rumah akak ipar, kami 
jumpa pula keluarga anak buah isteri aku yang dah awal2 ada kat umah tu. 
Anak Kak Awa dan suaminya. Isteri aku terus masuk bilik  tengok 
cucu sedaranya....Aku duk je di luar tengok tv. 

baby
Kemudian kami dipelawa untuk minum petang. Kemudian Nini iaitu
 menantu akak ipar aku bawak baby dia keluar. Ada aku snap foto baby berkenaan
 tapi tak perlulah aku paparkan dgn jelas wajahnya kat blog ni kan......Lama selepas 
minum petang kami pun mula nak bergerak untuk balik...itu pun da hampir masuk 
waktu Maghrib. Sempat jugak aku snap satu foto sebelum balik...tapi blur 
pulak dah...aku lebih suka snap foto secara candid...rakaman
candid tu lebih 'real' bukan pura2...hahaha......
huhuhuhuh.....tapi tu lah ...blur pulak...
...apa boleh buat daaa...

keluarga akak ipar aku dan keluarga kak awa....
Apa2 pun.. doa aku untuk keluarga MAEL dan NINI, moga sentiasa DIRAHMATI serta 
DIBERKATI oleh ALLAH SWT dunia hingga SYURGA. Begitulah JUGA doa
 aku untuk keluarga kakak ipar aku KAK NAB dan biras aku
 ABANG KAMAL.........
Hahahaha...blog aku ni da macam DIARY...ermmm....rasanya
memang aku nak jadikan macam diary...mana tau akan datang berguna untuk
anak2 tatap kembali bila aku da TAKDE...kan....kan...

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...