Monday, December 31, 2018

Pi opis sat dan petang pi nilai, bukan plan pun..

Hari ni Isnin, 31 Disember 2018...pagi pagi aku pi opis sat. Takde plan apa2 pun pi opis tu cuma aku tinggalkan kunci bilik aku untuk puan alia. Dia nak kunci pendua tu untuk simpanan jika ada apa apa kecemasan yang perlukan kunci tu...Memang kunci 
mana mana bilik kat opis tu dia pegang. Dia memang antara tugasnya
ialah pegang kunci semua bilik bilik kat opis tu...
Selesai aje letak kunci untuk diambil alia, aku lepak kejap sembang dengan sdr. ramli. Sebenarnya ujung taun ni ramai staf yang bercuti ujung taun.
Aku aje yang cuti panjang lebih dua bulan
sebelum pencen...hahaha...


Petang pulak, tiba tiba isteri ajak pi  ke marry brown nilai tiga..jadi lepas zohor kami gerak ke nilai 3 tu...tak jauh pun lebih kurang 7 kilometer aje. Sampai aje kat
sana terus masuk dan isteri aku dan anak bungsu
aku pi order kat kaunter tu...aku kuar
duit aje...hahaha....

Aku tak order apa apa pun
sebab kota pengambilan karbohidrad untuk
aku tengah hari ni dah penuh, dah tak boleh amik makanan lagi waktu ni. 
Malam nanti atau petang sikit nanti baru boleh amik makanan balik. Aku minum white coffee dan makan kentang aje. Isteri aku makan bubur ayam aje...bukan bubur untuk
 makan ayam tapi
bubur yang ada daging ayam dalamnya...hahaha...Anak aku makan
burger aje...biasanya dia makan ayam goreng...kali
ni burger pulak...jarang dia makan burger
...biasanya ayam aje kalau pi
ke marrybrown ni...


Setelah lama kat situ...aku tengok isteri aku tak habiskan bubur dia. Bila tanya...dia kata tak sesedap seperti sebelumnya. Dia kata agak tak sedap dan tawar. Aku tengok
pon staf di sini semua staf baru...semua melayu...adakah
bubur tu tak sedap sebab staf baru. Sebelum ni
hampir semua staf bangsa bangla...

Akhirnya aku komen la kat facebook marrybrown nilai 3 tu bahawa bubur ayam dia orang tak sedap macam biasa...tak tau la sama ada dia orang baca tau tak....


Akhir kalam aku doakan kita semua mendapat keampunan daripada ALLAH SWT hingga ke akhir hayat kita semua...atas segala dosa kita...Dan jangan lupa doakan kedua ibu bapa kita dan ibu bapa
mertua kita akan diluaskan kubur mereka oleh ALLAH SWT serta
dihindarkan mereka semua drpd siksaan kubur,
mahsyar dan siksaan neraka
serta dimasukkan semua mereka ke dalam syurga serta kekal di dalamnya......

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

Saturday, December 29, 2018

Peluhkan badan hari ni..

Hari ni Ahad, 30 Dec. 2018...aku pi buat aktiviti untuk peluhkan badan. Cadang nak buat sejam hari ni. Jadi lebih kurang 8.15 pagi aku gerak ke Tasek Kejuruteraan
UKM bersama anak bungsu aku. Isteri aku tak turut serta
sebab dia ada kursus haji di masjid
bandar seri putra.





Tiba ukm aku masuk melalui pintu utama
sebab masa cuti hujung minggu pintu kat tasek kejuruteraan
ukm tu biasanya tak bukak pun. Bila tiba aje di tasek tu kelihatan beberapa orang
sedang jogging dan jugak berjalan kaki di trek kat tasek tu. Ada jugak yang aku tengok bawak keluarga sama.





Jadi tanpa berlengah aku terus aje mulakan
berjalan kaki keliling tasek tu. Anak bungsu aku tu tak ikut serta
pun...dia cuma teman aku aje...Dia duk aje dalam kete. Satu pusingan aku tengok jam
lebih kurang hampir sepuluh minit. Kali ni aku terus  berjalan keliling tasek tu tanpa henti. Aku buat selama sejam tanpa henti. Memang itu aje yang aku buat sebab
aku tetapkan selama 2 jam untuk peluhkan badan setiap minggu.
Rasanya satu kali pusing trek keliling tasek tu mungkin
jauhnya 1.5 kilometer kut...gamaknya...




   Pagi pagi ni banyak jugak burung bangau dan burung antarabangsa duk kat tengah tasek           tu mengintai rezeki kat dalam tasek tu. Tekun nampaknya burung bangau dan
burung antarabangsa mengintai rezeki mereka..tekun aje
berdidi kat dalam air tu tanpa bergerak.........

Trek yang aku lalui tu banyak tempat
sudah kurang sikit air bertakung kat atas trek tu, mungkin sebab
semalam tak hujan kut. Jadi ada sikit aje air yang terdapat atas trek tu. Kalau trek tu
kering tentu lebih selesa untuk beraktiviti di situ. Ramai jugak orang yang berjalan dan berjoging. mungkin sebab hari ni cuti hujung minggu kut....


selesai dan nak balek ni...
Selesai aje sejam berjalan tanpa henti maka aku terus snap foto keliling tasek tu dan seterusnya masuk kete dan balik. Kali ni takde pape yang boleh aku jadikan topik membawang kat blog aku ni...ekekek...semua macam biasa aje......

Ok ...sebelum aku tutup kalam aku ni aku berdoa moga kita semua tak kira sape la, akan diampunkan oleh ALLAH SWT semua dosa kita hingga ke akhir hayat dan jangan
 lupa doakan kedua ibu bapa dan ibu bapa mertua kita diluaskan oleh
ALLAH SWT kubur mereka dan dihindarkan mereka
daripada siksaan kubur, siksaan mahsyar
dan juga siksaan neraka serta dimasukkan mereka ke dalam syurga dan kekal di dalamnya...

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

Thursday, December 27, 2018

Anak bungsu naik tingkatan SATU.

Hari ni, JUMAAT 28 - DEC - 2018...aku masih cuti..memang cuti pun sampai pencen 1 MAC 2019. Jadi hari ni aku uruskan pendaftaran anak ke sekolah menengah bandar seri putra
untuk anak bungsu aku. Awal pagi jam 7.40 pagi gerak ke sekolah
berkenaan. pendaftaran mula jam 8.00 pagi.
Tiba di sekolah tu lebih kurang 
jam 8.00 pagi yang jaraknya lebih kurang 3 kilometer
melalui jalanraya tapi kalau terus rentas melalui udara mungkin dalam
 1.5 kilometer aje...gamaknya la....tak pernah pulak akau ikut jalan rentas tu atau melalui udara...hahaha....

bangunan pentadbiran...
taklimat...
penuh dewan mungkindalam seribu kut...
Tiba kat sekolah terus kami daftar nama...isteri aku aje yang tulis...hahaha....Kami dipisahkan iaitu anak di tempatkan di dewan lain sementara kami di dewan utama untuk program yang lain pulak. Lepas kami hantar anak ke dewan untuk kumpulan
pelajar kami pulak masuk ke dewan untuk golongan ibu
bapa aje....Kami ada program untuk
ibu bapak pulak...
Dalam dewan berkenaan kami ada program bersama guru guru. Taklimat diadakan di sini. Mula mula ucapan pengetua. Dia kata dia baru jadi pengetuan di sini sejak
julai lalu. Dia kata dia ada MASTER dalam pendidikan Khas.
Aku taklah sampai master tu tapi ijazah pertama tu
kira ok lah bila da tua tua ni...taklah
aku buta dengan kehidupan pelajar pendidikan tinggi
ni...Aku rasa pengetua ni ok jugak....banyak kata kata dia yang boleh dipakai
...bukan sekadar retorik kedai kopi....Tapi tu lah jika berpandukan ucapan dia tu...sukar jugak nak didik bebudak ni tambah pulak zaman sekarang ni.....
zaman budak budak yang payah dengar kata...

tamat taklimat...
menuju kelas anak2...
jumpa anak2...
Daripada ucapan pengetua dan penolong kanan...kedua dua pompuan...manalah pinya kaum lelaki ni...aku dapat banyak jugak maklumat namun banyak jugak maklumat
yang aku lupa maklumlah...da banyak umur ...bukan tua...tapi
banyak umur.....ekekekeke......
Sekarang ni tingkatan satu ada 17 kelas...
dalam satu kelas ada 60 orang murid. Padat betul sekolah
seri putra sekarang ni. Semua pelajar berjumlah 900 orang untuk tingkatan
satu sahaja tahun ni...Semua murid berjumlah lebih tiga ribu orang. Jumlah murid bertambah setiap tahun. Pengetua kata tak berapa lama lagi sebuah sekolah menengah akan dibina di bandar bukit mahkota bersebelahan bandar seri putra.
Ini akan dapat mengurangkan jumlah pelajar di
sekolah seri putra ni. Tak tau bila sekolah baru tu akan dibina. Sekolah seri putra
ni memang untuk beberapa buah sekolah rendah di sekitar bangi lama
ni...mungkin dalam jumlah 4 atau 5 sekolah rendah di sekitar sini...
Sekarang ni semua murid campur aje dalam kelas kelas
dan takde istilah kelas akhir sebab itu
kehendak kementerian...

kelas...masa anak pompuan aku mula sekolah dulu...bangunan ni cantik dan baru...
kedai koperasi
kedai koperasi...
Disiplin sekolah macam biasalah banyak jugak undang undang yang perlu untuk anak anak patuhi di sini. Kes berkaitan langgar peraturan sekolah ni tak ramai lebih
kurang 5% aja keseluruhannya. Merokok adalah dilarang
dalam kawasan sekolah...jadi ada pelajar yang
merokok luar kawasan sekolah, guru tak boleh buat pape..
itu tanggung jawab emak bapak tapi tu lah...anak anak kalau da bergaul dengan
macam orang akan terpengaruh jugak kalau tak kuat iman...takkan bapak nak sekali ikut
masuk bas sekolah tu untuk pantau anak2 jangan merokok...anak2 lah kena
benteng sendiri diri supaya tak merokok...fatwa kat
selangor, merokok tu haram fatwanya...
Ustaz don pun kata haram...samalah macam ustaz2 lain...
Hukuman merokok ialah kali pertama, rotan sekali sampailah kali ketiga
rotan 3 kali...kali 4 gantung sekolah...kali kelima, buang sekolah....Jadi anak2 kena fikirkanlah...
Banyak lagi sebenarnya yang disampaikan oleh cikgu tu tapi banyak yang aku lupa...aku tulis apa yang aku ingat aje....
Pengetua jugak ada kata ada juga ibu bapa yang mengecam dan datang sekolah untuk mengecam guru...Aku rasa lah ini sikap emak bapak yg keji sangat...Tambahan
pulak sini ramai ibu bapa yg bukan calang2 orang...yg banyak duit,
yang ada gelaran, yang jawatan tinggi...itulah sikap
orang melayu yang buruk pada aku...
Padahal kita mati nanti hanya bawak sehelai kain putih aje...kalau kain tu takde tentu kita telanjang bulat aje dalam kubur tu....apa boleh buat laaa...

selesai dan nak balik dah pun...
selesai dan nak balik...
Sebenarnya dua orang anak aku yang sekolah di sini. Anak pompuan aku merupakan pelajar pertama tingkatan satu yang mula sekolah di sini ketika sekolah ini mula
 dibuka kepada pelajar. Sekarang ni anak aku yang pompuan tu kat UNIMAP
Perlis. Ramai jugak anak anak daripada sekolah ni
telah berjaya, itu yang diberitau oleh
pengetua.
Tamat aje dengar taklimat
kami dibenarkan jumpa anak kami kat kelas.
Di kelas aku jumpa jugak kenalan yang hantar anak ke sekolah
ni. Kami ambik anak kami setelah dia dapatkan buku teks. Lepas tu kami pi ke
koperasi untuk beli t shirt yang perlu untuk aktiviti di sekolah
ni...Agak banyak jugak belanja untuk anak anak sekolah la ni...Kalau sorang pun perlu
beratus ringgit macam mana kalau anak ramai...? Letih aku nak fikir
dalam keadaan 95% orang melayu masih miskin dan
dalam keadaan harga komoditi
merudum sekarang niii....tentu lebih teruk kannnn.....
Apa apa pun kita doa aje lah orang melayu islam masih di kasihani oleh ALLAH SWT di negara ini...walaupun ada dikalangan orang melayu islam masih tak sedar
diri yang mereka akan terlepas segala galanya satu masa
nanti...atau sama2 kita berdoa moga
orang islam di negara kita sentiasa selamat daripada musibah...apa2 musibah pun
hingga ke hari KIAMAT...tu aje yg kita boleh buat....

Sebelum aku tutup kalam ini moga kita semua tak kira sape pun akan sentiasa mendapat keampunan drpd ALLAH SWT atas segala dosa kita hingga ke akhir
hayat kita...Harap kita tak lupa untuk doakan kedua
ibu bapa kita dan ibubapa mertua kita, diluaskan oleh ALLAH SWT kubur mereka dan
dihindarkan drpd siksaan kubur, akhirat dan siksaan neraka...serta dimasukkan mereka ke dalam syurga serta kekal di dalamnya.....


~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

Tuesday, December 25, 2018

Hujan renyai pi jugak..

Hari ni Rabu, 26 Disember 2018. Pepagi lagi da hujan da. Niat memang nak pi Tasek UKM untuk peluhkan badan sejam lagi untuk minggu ni. Lebih kurang jam 8.30 pagi
siap siap dan masuk kete gerak ke ukm. Aku berharap kat ukm
takde hujan atau tak lebat sangat. Tapi kadang2
ada jugak berlaku di Bangi ujan
sedangkan di ukm takde setitis air ujan pun. Harap
gitu la. Tiba di ukm hujan masih renyai renyai. Duk sebentar dalam kete.



Disebabkan hampir jam 9.00 pagi masih tak hilang hujan renyai tu maka
aku pun kuar kete dan mulalah berjalan untuk memulakan sesi peluhkan badan aku untuk selama sejam untuk minggu ni. Terdapat beberapa orang pekerja sedangkan bersihkan
sampah kat sekitar tasek tu dan dua orang yang sedang
potong rumput di situ. Jadi aku mulalah berjalan
ulang alik separuh tasek tu yang
jaraknya mungkin 300 atau 500 meter sekali berjalan. Renyai renyai titisan hujan masih jugak gugur ke bumi.



Terdapat beberapa ekor burung bangau dan burung antarabangsa di tasik tersebut sedang mengintai rezeki untuk sarapan pagi mereka kut. Banyak pulak daripada biasa
pagi ni. Terdapat jugak seorang di bawah wakaf sedang duduk
memantau pekerja buat keje kut.

Aku terus aje berjalan ulang alik.
Beberapa kali ulang alik pekerja yang menjadi pemantau
pekerja yang sedang bekerja tu dah tak kelihatan meninggalkan bungkusan
plastik kat atas meja tu...plastik bekas makanan kut..Rasanya dia la yang punya sebab dia yang duduk kat situ...gamaknya...



Aku terus berjalan ulang alik untuk cukupkan sejam masa aku berjalan tu. Kalau cukup sejam maka cukuplah dua jam aku peluhkan badan aku untuk minggu ni..
minggu depan lain la pulak..kena buat dua jam setiap minggu.
Sedang aku berjalan ulang alik tu...tiba pulak
pasangan lelaki pompuan datang duk
kat wakaf tu...mungkin pelajar kut sebab dalam bakul
motornya ada beberapa buku teks tebal tebal aje...yang kalau dibaling anjing
boleh jadikan anjing tu 3/4 atau tiga suku mati kut...andaian aku aje tu...hahaha...Tak lama lepas aku jalan ulang alik tu aku tengok pelajar tu mula nak makan kut
...dia orang keluarkan bekal dan aku tengok pelajar pompuan
tu kemaskan plastik atas meja yang ditinggalkan oleh staf sebelumnya dan masukkan dalam bakul sampah. Kemudian mereka duduk menghadap arah yang bertentangan dengan trek aku berjalan tu...mungkin dia orang segan sebab aku sedang 
gunakan trek tu...mungkin dia orang da kawen kut...sape tau kan....
sekarang ni student pun boleh kawen masa belajar kan...gamak la....kita jangan buruk sangka tak gitu......hahaha...

burung bangau dan antarabangsa...entah2 burung antarabangsa tu da tamat tempon visanya dan duk secara haram
kat tasek situ...hahaha..
belakang aku tu staf sedang selenggara panel solar kat tepi tasek tu..
 Aku nak mengajak korang fikir di luar kotak sikit walaupun mungkin tak ilmiah sangat la..Korang tau tak mungkin sikap malas yang korang ada tu contoh malas buang 
sampah tu mungkin akan mempengaruhi sperma korang yang korang usung
 ke hulu ke hilir tu...mungkin sperma tu membentuk genetik sikap 
malas korang tu...Sperma ini akan membentuk baka
yang tak rajin  di masa akan datang...Jadi tolong lah jangan malas sangat...contoh
buang la sampah yang korang dah buat tu...tak susah pun, tong sampah pun
 ada di mana mana....Fikir di luar kotak ni tak lah ilmiah sangat...tapi
 manalah tau kan...bukan ada orang lagi buat kajian benda ni kan...Jadi belajarlah jangan jadi malas ....mungkin ia akan mempengaruhi baka korang nanti......pandangan
 aku aje ye....hahahaha...opst!



 Selesai aje berpeluh selama sejam maka aku pun masuk kete...masukkan kunci, hidupkan enjin...masuk gear..tekan minyak dan terus gerak balik ke bangi....Kelihatan dari
dalam kete pekerja pekerja yang buat keje tadi sedang menikmati
makanan masing2 berhampiran bangsal kayak
di tepi tasek kejuruteraan tu....sarapan pagi dia orang...da lebih jam 10.00 pagi..

Sebelum aku tutup kalam ni...aku doakan kita semua tak kira sape la akan sentiasa mendapat keampunan daripada ALLAH SWT hingga akhir hayat kita semua. Dan jangan
sekali kali tinggalkan doa kepada ALLAH SWT untuk kedua ibu bapa kita dan ibu bapa
mertua kita supaya kubur mereka diluaskan dan dihindarkan
daripada siksaan kubur, akhirat dan neraka serta dimasukkan ke dalam syurga serta kekal di dalamnya....aamiiinnnnn....

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

Monday, December 24, 2018

Memenuhi pelawaan untuk makan malam...

Malam ni, Isnin malam, 24 Disember 2018, esok pulak cuti...Keluarga aku dapat jemputan untuk makan malam. Petang tadi isteri aku terima call daripada anak sulung aku yang
mengatakan keluarga mertua dia jemput untuk makan malam di
putrajaya jam 8.00 malam.

menuju ke alamanda foodcourt
food court
menikmati makanan...
 Isteri aku tanya aku nak pi atau tak
...dalam keadaan hati yang berbelah bagi aku jawab ok aje...
Aku ni kalau memalam agak sukar nak kuar sebab lama da tak kuar malam
 sejak aku dah takde keje memalam da sekian lama...Lebih setaun aku tak kuar malam jejauh sebab opis aku dah takde keje malam sejak studio ukm ditutup untuk
 keje mcp tu...hahaha....

menantu dan besan kpd besan aku...
menikmati menu malam...
menikmati menu malam...
 Jadi selesai aje solat maghrib maka aku sekeluarga iaitu isteri, anak kedua aku dan anak bungsu aku pun gerak la ke putrajaya. Rasanya jam waktu tu lebih kurang
pukul 7.30 malam. Aku yang drive...Bila berada atas jalanraya
bila kerete depan agak gerak macam itik
serati tentu rasa geram...
biasala beb...sebab masa sebelum tu kete
lain macam tak saba saba tapi bila da ada di depan kita dia orang
transform jadi itik pulang petang....hahaha...apa boleh buat laaa....Kita kat belakang rasa macam nak potong aje...hahaha...

menikmati menu malam...
isteri dan anak bungsu aku...
menantu aku dan keluarga besan aku...
 Kami ikut jalan sungai buah...masuk ke kolej vokasional...masuk kampung limau manis dan akhirnya masuk ke daerah putrajaya. Bila da sampai situ mudah sikit sebab
jalan ada tiga lane...boleh la laju sikit....hahaha....

Tiba kat alamanda jam lebih kurang pukul 8.05 malam kut...gamaknya la...
Kami terus pi food court alamanda tu...Kami tinjau tempat untuk makan malam tu..Masih tak nampak, jadi isteri aku call menantu dia...menantu dia, menantu aku gak
...hahaha...Selesai call kami terus cari dan akhirnya
jumpa jugak lokasi tersebut.........

anak bungsu dan anak kedua aku...
cucu dan anak kedua aku...
masa memasing nak pulang...
Kami jumpa anak sulung dan menantu kami
aje...keluarga besan kami masih belum sampai...Seketika kemudian
keluarga besan kami pun sampai. Bila bersua tentu masing masing bersalaman dan berpelukan antara satu sama lain bagi yang pompuan la. Bila semua telah hadir
 dan makanan tersedia maka kami semuanya menjamu selera sambil sembang 
sembang bagi yang nak sembang la...Aku memang tak pandai 
sembang pun...jadi layan je la menu kat depan mata tu...

saat memang nak pulang sangat ni....
Ada ketikanya pertemuan reramai macam ni sekali sekala memang boleh
 mengeratkan hubungan silatur rahim antara sedara mara dan sebagainya. Doa aku moga hubungan kami antara dua keluarga atau dua besan atau dengan besan besan akan penuh dengan rahmat  ALLAH SWT dunia hingga ke syurga. Moga ALLAH SWT kekalkan hubungan baik dan penuh rahmah dari dunia hingga ke syurga. Nikmat bila kita
 sama2 bahgia di dunia dan bahgia di syurga. Sebenarnya pertemuan pada
 malam tu merupakan pertemuan keluarga tiga besan sebenarnya..
Anak besan aku sorang yang tak dapat hadir kerana punyai tanggung jawab
lain yang lebih perlu kepada kehadiran diri mereka. Dia tidak dapat hadir
 bersama suami dia....
Selesai aje program berkenaan maka kami semua bersurai.....
Terima kasih bebanyak kepada besan aku sebab menjemput kami untuk sertai sama makan malam tu...moga ALLAH SWT memberikan balasan yang terbaik di dunia hingga
ke syurga......kepada seluruh keluarga besan aku tu...aamiinnnn...

Apa apa pun sebelum aku tamatkan coretan ini...aku berdoa moga kita semua tak kira sape pun akan mendapatkan keampunan daripada ALLAH SWT hingga ke akhir hayat..
dan jangan lupa doa kita untuk kedua ibu bapa kita serta kedua ibu bapa
mertua kita semua.....

~ SEKIAN ~


daud.montak.zakaria

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...