Tuesday, December 18, 2018

Selesai untuk JAM kedua minggu ni..

Hari ni Rabu, 19 Disember 2018..aku pi peluhkan badan di tasek ukm. Aku ajak isteri aku dan anak bungsu kami. Kami gerak jam lebih kurang 8.10 pagi. Kami tiba di ukm lebih kurang jam 8.30 pagi. Aku terus mulakan berjalan kat tasek tu. Tak berlari
pun...tak mampu berlari...Aku berjalan terus tak henti henti
 selama lebih kurang sejam saja.






Aku berjalan sekadar lebih kurang
separuh tasek aje sebab malas aku nak pusing
satu tasek sebab ada bahagian trek yang berair maksud aku ada
trek yang bahagian tertentu sudah rosak dan digenangi air. Malas aku nak redah air tu jadi aku berjalan ulang alik separuh tasik aje. Separuh tasek aje dalam lebih
kurang 500 meter jugak. Jadi kalau sekali ulang alik da
lebih kurang 1 kilometer jugak tu...






Isteri aku dan anak bungsu aku buat dua kali pusing tasek tu dan yang lainnya dia orang peluhkan badan di lapangan untuk aktiviti senaman yang lain pulak...Aku kena
buat sejam jugak sebab aku kena penuhkan kuota 2 jam seminggu
aku untuk aktiviti panaskan badan ni......Harap aku
boleh disiplinkan diri aku...rasanya
orang yang lahir bulan januari memang boleh disiplinkan diri sendiri....hahaha....





Hari ni aku rasa kaki aku lenguh pulak masa berjalan tu, sedangkan yang lepas lepas takde pulak lenguh lenguh kaki ni...hari ni pulak buat hal...Jadi aku berjalan jugak cuma perlahankan kelajuan berjalan tu je...Selama sejam tu memang aku
 tak berenti pun walau seketika.....
Tapi tu lah aku cuma dapat berjalan separuh tasek aje secara
ulang alik sebab malas nak melalui trek yang berair dan berlopak tu...Aku rasa
trek ni perlu diselenggara dengan baik sebab trek ni bagus utuk aktiviti joging dan sebagainya..Selesa berjoging dan berjalan di sini sebab sebahagian besar trek di bawah rimbunan tumbuhan hijau dan takde terkena sangat dengan cahaya matahari....
memang terbaik rasanya.....Tasek tu pun tepi hutan simpan ukm
tentu kaya dengan oksijen, tak gitu......

bahagian trek yg bermasalah..
bahagian trek yg bermasalah.. 
bahagian trek yg bermasalah.. 
bahagian trek yg bermasalah..
 Laluan berair dan berlopak tu terdapat pada tiga atau empat tempat dan agak mengganggu jugak aktiviti di tepi tasek ni. Eloklah jugak dibaiki... tak gitu...Rasanya kalau
keseluruhan tepi tasek tu ada longkang tentu air tidak
bertakung dan merosakkan trek kat situ..
Hari ini jugak kelihatan beberapa ekor anjing
liar masuk kawasan tepi tasek tu tapi hanya sekejap aja dan mereka
kemudian keluar ke jalanraya tu. Anjing anjing tu masuk melalui pagar yang 
rosak di beberapa bahagian di tepi jalanraya bangi kajang tu.....
Mungkin anjing anjing liar ni boleh mendatangkan
gangguan kepada sesiapa yang beraktivi
di situ pada masa masa tertentu...kan...kan...kan.....

selfie sat...
bahagian trek yg bermasalah..
bahagian trek yg bermasalah..
  Setelah cukup sejam beraktiviti di tasek tu maka selesailah untuk hari ini dan minggu ni, minggu depan datang lagi. Aktiviti aku cuma berjalan aje...berlari memang
tak larat rasanya...maklum la..umur da banyak...ekekeke....

Kami kemudian amik sikit foto wefie dan masuk kete
serta terus gerak. Aku bawak isteri dan anak aku singgah kejap di kedai
gunting rambut untuk gunting rambut anak aku...dia hebuh rambutnya panjang. Singgah kami disebuah kedai gunting di bandar seri putra tu...Masuk kedai dan anak aku terus gunting rambut...Dia sorang aje pelanggan masa tu. Bila da siap aku bayar
6rm...Tukang gunting tu kata aku tak gunting ke sebab dia
tengok rambut rambut aku panjang.....
Mestilah aku jawab ...aku tak perlu gunting rambut...macam itu la lebih kurang jawapannya...ekekeke......Kami terus kuar kedai dan pi buat urusan
lain pulak sebelum balik ke rumah........
Sabtu dan ahad minggu ni tak dapat turun sekitar tasek ukm ni sebab kami ada urusan lain, ahad pula isteri aku ada urusan kursus haji...aku nak pi sensorang
aktiviti ni, macam malas aje.....

gunting rambut...
bahagian trek yg bermasalah..
Apa apa pun moga kita semua tak kira sape la...memdapat keampunan daripada ALLAH SWT atas segala dosa kita semua hingga ke akhir hayat......

~ SEKIAN ~

daud.monta.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...