Saturday, December 29, 2018

Peluhkan badan hari ni..

Hari ni Ahad, 30 Dec. 2018...aku pi buat aktiviti untuk peluhkan badan. Cadang nak buat sejam hari ni. Jadi lebih kurang 8.15 pagi aku gerak ke Tasek Kejuruteraan
UKM bersama anak bungsu aku. Isteri aku tak turut serta
sebab dia ada kursus haji di masjid
bandar seri putra.





Tiba ukm aku masuk melalui pintu utama
sebab masa cuti hujung minggu pintu kat tasek kejuruteraan
ukm tu biasanya tak bukak pun. Bila tiba aje di tasek tu kelihatan beberapa orang
sedang jogging dan jugak berjalan kaki di trek kat tasek tu. Ada jugak yang aku tengok bawak keluarga sama.





Jadi tanpa berlengah aku terus aje mulakan
berjalan kaki keliling tasek tu. Anak bungsu aku tu tak ikut serta
pun...dia cuma teman aku aje...Dia duk aje dalam kete. Satu pusingan aku tengok jam
lebih kurang hampir sepuluh minit. Kali ni aku terus  berjalan keliling tasek tu tanpa henti. Aku buat selama sejam tanpa henti. Memang itu aje yang aku buat sebab
aku tetapkan selama 2 jam untuk peluhkan badan setiap minggu.
Rasanya satu kali pusing trek keliling tasek tu mungkin
jauhnya 1.5 kilometer kut...gamaknya...




   Pagi pagi ni banyak jugak burung bangau dan burung antarabangsa duk kat tengah tasek           tu mengintai rezeki kat dalam tasek tu. Tekun nampaknya burung bangau dan
burung antarabangsa mengintai rezeki mereka..tekun aje
berdidi kat dalam air tu tanpa bergerak.........

Trek yang aku lalui tu banyak tempat
sudah kurang sikit air bertakung kat atas trek tu, mungkin sebab
semalam tak hujan kut. Jadi ada sikit aje air yang terdapat atas trek tu. Kalau trek tu
kering tentu lebih selesa untuk beraktiviti di situ. Ramai jugak orang yang berjalan dan berjoging. mungkin sebab hari ni cuti hujung minggu kut....


selesai dan nak balek ni...
Selesai aje sejam berjalan tanpa henti maka aku terus snap foto keliling tasek tu dan seterusnya masuk kete dan balik. Kali ni takde pape yang boleh aku jadikan topik membawang kat blog aku ni...ekekek...semua macam biasa aje......

Ok ...sebelum aku tutup kalam aku ni aku berdoa moga kita semua tak kira sape la, akan diampunkan oleh ALLAH SWT semua dosa kita hingga ke akhir hayat dan jangan
 lupa doakan kedua ibu bapa dan ibu bapa mertua kita diluaskan oleh
ALLAH SWT kubur mereka dan dihindarkan mereka
daripada siksaan kubur, siksaan mahsyar
dan juga siksaan neraka serta dimasukkan mereka ke dalam syurga dan kekal di dalamnya...

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...