Monday, December 31, 2018

Pi opis sat dan petang pi nilai, bukan plan pun..

Hari ni Isnin, 31 Disember 2018...pagi pagi aku pi opis sat. Takde plan apa2 pun pi opis tu cuma aku tinggalkan kunci bilik aku untuk puan alia. Dia nak kunci pendua tu untuk simpanan jika ada apa apa kecemasan yang perlukan kunci tu...Memang kunci 
mana mana bilik kat opis tu dia pegang. Dia memang antara tugasnya
ialah pegang kunci semua bilik bilik kat opis tu...
Selesai aje letak kunci untuk diambil alia, aku lepak kejap sembang dengan sdr. ramli. Sebenarnya ujung taun ni ramai staf yang bercuti ujung taun.
Aku aje yang cuti panjang lebih dua bulan
sebelum pencen...hahaha...


Petang pulak, tiba tiba isteri ajak pi  ke marry brown nilai tiga..jadi lepas zohor kami gerak ke nilai 3 tu...tak jauh pun lebih kurang 7 kilometer aje. Sampai aje kat
sana terus masuk dan isteri aku dan anak bungsu
aku pi order kat kaunter tu...aku kuar
duit aje...hahaha....

Aku tak order apa apa pun
sebab kota pengambilan karbohidrad untuk
aku tengah hari ni dah penuh, dah tak boleh amik makanan lagi waktu ni. 
Malam nanti atau petang sikit nanti baru boleh amik makanan balik. Aku minum white coffee dan makan kentang aje. Isteri aku makan bubur ayam aje...bukan bubur untuk
 makan ayam tapi
bubur yang ada daging ayam dalamnya...hahaha...Anak aku makan
burger aje...biasanya dia makan ayam goreng...kali
ni burger pulak...jarang dia makan burger
...biasanya ayam aje kalau pi
ke marrybrown ni...


Setelah lama kat situ...aku tengok isteri aku tak habiskan bubur dia. Bila tanya...dia kata tak sesedap seperti sebelumnya. Dia kata agak tak sedap dan tawar. Aku tengok
pon staf di sini semua staf baru...semua melayu...adakah
bubur tu tak sedap sebab staf baru. Sebelum ni
hampir semua staf bangsa bangla...

Akhirnya aku komen la kat facebook marrybrown nilai 3 tu bahawa bubur ayam dia orang tak sedap macam biasa...tak tau la sama ada dia orang baca tau tak....


Akhir kalam aku doakan kita semua mendapat keampunan daripada ALLAH SWT hingga ke akhir hayat kita semua...atas segala dosa kita...Dan jangan lupa doakan kedua ibu bapa kita dan ibu bapa
mertua kita akan diluaskan kubur mereka oleh ALLAH SWT serta
dihindarkan mereka semua drpd siksaan kubur,
mahsyar dan siksaan neraka
serta dimasukkan semua mereka ke dalam syurga serta kekal di dalamnya......

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...