Sunday, December 23, 2018

Penuhi kehendak jasmani..

Hari ni, Isnin, 24 Disember 2018, aku pi ke tasek kejuruteraan ukm untuk peluhkan badan untuk jam pertama dalam minggu ni. Jadi aku gerak ke ukm jam 8.15 pagi.
Isteri aku tak turut serta sebab dia tak sihat. Anak aku bila
ibunya tak pegi, dia pun tentu taknak
pi la, anak ibu la tu....

hijau kan...aku memang suka hijau dari dulu...
selfie..
tumbuhan hijau...air yang keruh..oopst!
Jalanraya menuju ukm macam ok aje...mungkin dia orang sambung cuti sampai krismas kut. Agak lega la jalanraya...lagi pun cuti sekolah tentu memasing takde kat atas
 jalanraya kut. Aku tiba di tasek kejuruteraan ukm tu dalam jam 8.30 pagi.
Sebaik sampai aje aku terus mulakan berjalan untuk peluhkan
badan. Masa aku ada kat situ, kelihatan beberapa
pekerja sedang bersihkan sampah
kat sekitar tepi tasek 
berkenaan....

dingin aje kat sini...banyak pokok2...
dingin aje kat sini...banyak pokok2...
dingin aje kat sini...banyak pokok2...
Aku berjalan ulang alik aje pun. Seperti biasa malas aku nak merentasi trek yang digenangi air di beberapa tempat tu. Jadi aku berjalan ulang alik aje la. Separuh tasik berjalan tu
mungkin lebih kurang 500 meter kut. Ok la tu kalau berjalan selama sejam.
rasanya cukup la tu. Dapat buat dua kali seminggu ok la.
Maknanya seminggu dapat buat 2 jam....
2 jam tu da cukup kut untuk
kekalkan badan dalam keadaan yang selesa
daripada langsung tak keluarkan peluh .. tak gitu....boleh la kan....

dingin aje kat sini...banyak pokok2...
selfie lagi...
dingin aje kat sini...banyak pokok2...
Setelah beberapa ketika aku jalan ulang alik tu...muncul sorang lelaki yang sado. Aku tengok dia cuma buat aktiviti panaskan badan di lokasi untuk aktiviti gayut dan 
sebagainya. Dia tak jogging pun...berjalan pun tak...Dia beraktiviti di lokasi
 tu aje. Sado badannya...rasanya dia memang kaki gym ni kalau
tak mana boleh dapat badan kembang di
atas dan lengan yang sado
tu...takkan dapat punya, melainkan dia superman dari planet lain...ekeke...
lupa pulak nak snap foto dia atau selfie ngan dia....

dingin aje kat sini...banyak pokok2...
dingin aje kat sini...banyak pokok2...
bangau...
Aku da pasang niat nak bersembang dengan dia dan juga sorang lagi lelaki yang sedang pantau pekerja yang bersihkan sekitar tasek tu. Memang aku da pasang niat selepas
 aku selesaikan peluhkan badan aku ni...Aku memang jalan ulang alik
tanpa henti pun hingga satu jam...itu memang biasa
aku buat supaya aku terus berpeluh
dan jantung terus berdegup....

selfie
dingin aje kat sini...banyak pokok2...
dingin aje kat sini...banyak pokok2...
Setelah hampir sejam aku beraktiviti kat situ aku tengok staf yang pantau pekerja tu da blah da dan tak sempat aku nak berbual dengan dia...mungkin akan datang aku akan berpeluang bersembang dengan dia. Sementara lelaki sado tu masih
 lagi buat aktiviti dia kat situ...Dia pun macam aku jugak kut...
beraktiviti selama
sejam. Setelah aku hampir cukup sejam berjalan
...aku tengok lelaki muda yang sado tu da mula berjalan menuju
ke motosikal dia...aku pun da hampir dengan motor dia dan jam aktiviti aku pun
dah cukup...Sampai aje kat motor dia aku bagi salam....sempat jugak aku
jumpa dia untuk niat bersembang sebentar...

dingin aje kat sini...banyak pokok2...
dingin aje kat sini...banyak pokok2...
selfie tak abis2...ekeke...
     Dia baru start moto nak blah. Aku bagi salam dan kami berjabat tangan...dia matikan
            enjin moto dia. Aku tanya datang dari mana. Dia kata dia dari rumah sedara
dia. Aku tanyastaf atau student ukm...dia kata
dia student tahun tiga universiti
pertahanan nasional malaysia. Dia saja singgah
sini untuk exercise kat tasek ni. Sebelum ni dia pernah singgah sini...

lokasi beraktiviti...
jalinan antara tumbuhan air dan bangunan...
selfie lagi...
Kami sembang agak beberapa minit jugak...daripada hasil sembangan..opst! betul ke sembangan...hahaha...apa apa la...hasil sembangan itu aku dapat tau dia student
 upnm tahun tiga. Dia masuk upnm tu dari asasi lagi. Dia bidang kejuruteraan.
Dia masuk bidang tentera udara. Dia kata tamat nanti dia akan
masuk tentera terus. Sekarang nipun dia memang
dalam tentera dan IC pun IC tentera
Dia belajar dengan bergaji tentera. Dia bercadang untuk
jadi juruterbang. Dia kata dalam upnm ada du kategori pelajar satu 
kategori tentera yang bergaji satu lagi pelajar awam macam pelajar ukm jugak. Yang pelajar awam dibiayai oleh pinjaman seperti ptptn, yang tentera bergaji penuh.
Yang awam pulak boleh aje masuk palapes...di upnm jugak
ada palapes upnm...

trek yang rosak...salah satu daripada beberapa lokasi...
Beberapa lama bersembang kami pun bersalam dan dia start enjin moto dan blah...aku pulak terus snap beberapa foto lagi sebelum aku masuk kete dan start enjin, masuk gear,
tekan minyak dan terus gerak balik.....

Apa apa pun sebelum tutup catatan blog ni aku berdoa moga kita semua
tak kiralah sama ada aku kenal atau tidak...akan memperoleh keampunan daripada ALLAH SWT
atas segala dosa kita hingga ke akhir hayat kita semua...dan jangan lupa kita hari hari
doakan untuk kedua ibubapa kita dan ibubapa mertua kita supaya mereka
diluaskan ALLAH SWT kubur mereka dan dibukakan salah sebuah
pintu syurga ke kubur mereka hingga ke hari kiamat..
dan dihindarkan mereka semua drpd
siksaan kubur, siksaan akhirat dan mahsyar serta siksaaan
api neraka serta dimasukkan mereka semua ke dalam syurga dan kekal di dalamnya
...siapa yang akan mendoakan ibu bapa dan ibubapa mertua kita kalau bukan
 kita sendiri.....jangan kedekut berdoa untuk semua...tak gitu.....

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...