Wednesday, December 12, 2018

Senaman untuk pencen..haha..

Hari ni hari Rabu, 12 Disember 2018...dah dekat seminggu duk rumah sebab cuti rehat. Langsung takde pergerakan badan pun, jadi hari ni ajak isteri pi joging atau 
jalan2 di tepi tasik kejuruteraan ukm dengan niat
untuk gerak gerakan anggota badan.
Bimbang kalau tak
gerakkan anggota badan akan jadi mudharat pulak...tak gitu...
Aku perlu beraktiviti macam ni sebab masa pencen nanti aku tentu tak seaktif masa
keje..jadi perlu ada aktiviti untuk keluar peluh sekurang kurangnya 2 jam
seminggu tak gitu....ekeke...

tasek kejuruteraan ukm
tepi tasek...
aliran air tasek ke sungai...
 Jadi lebih kurang 8.00 pagi aku gerak ke ukm dengan isteri dan
anak bungsu aku
Lebih kurang jam 8.30 pagi kami tiba
 di tasik ukm tu. Kemudian kami mulalah berjalan dan adakala
berlari anak di tepi tasik tu. Aku cuma boleh berjalan separuh tasik aja, sebab ada sebahagian tasik tu laluannya berair dan aku malas untuk melalui laluan
berair tu. Isteri dan anak bungsu aku buat sekali laluan aje dan yang
lainnya tiru macam aku hanya buat separuh laluan aje
secara ulang alik......

laluan
isteri aku yang snap...
banyak laluan yg becak macam ni, musim ujan kan...
Aku buat aktiviti berjalan ulang alik tu selama lebih kurang sejam lebih tanpa henti. Jarak sekali berjalan tu lebih kurang 500 meter. Aku berjalan tanpa henti sementara
isteri dan anak aku behenti dan ada ketikanya dia orang bersenam
aja kat lapangan untuk senaman serta pijak batu2
untuk senaman kaki. 
Aku lebih banyak berjalan daripada berlari
sebab umur da banyak ni tak boleh sangat berlari bimbang terseliuh
dan sebagainya, maklumlah umur da banyak bukan da tua tau...ekekeke...Rasa ok jugak berlari atau berjalan kat sana tu sebab laluan banyak yang di bawah teduh
pohonan yang ada kat tepi tasik tu.

posing
selfie sat...
posing lepas aktiviti...
Cuma yang spoil nya sebab ada laluan yang digenangi air maklumlah sekarang ni musim hujan tentu banyak mata air yang mengalir atas laluan tu...rasa macam tak
puas hati pulak sebab tak dapat berjalan seluruh keliling tasik tu..
Masa kami beraktiviti kat situ tak ramai orang pun
hanya kami aje dan staf yang cuci 
sampah keliling tasik tu aje...Lagi pun
hari ni hari bekerja tentu takde sape yang beraktiviti 
kat situ walaupun pelajar ukm sendiri. Aku memang la sedang bercuti
lebih kurang seminggu dan esok serta lusa keje balik
dan kemudian terus cuti hingga hujung tahun.
Tahun depan aku akan cuti selama dua bulan sebelum aku PENCEN atau BERSARA
MULA DARIPADA 1 MAC 2019...sampai mati...ekeke...

wefie sebelum balik...
Setelah selesai berjalan selama sejam lebih maka lepas rehat seketika kami pun balik ke Bangi. Sebelum balik rumah kami singgah di KUIS, Kolej Universiti Islam
Selangor sekejap. Tiba di KUIS isteri aku pi tanya pengawal
di pondok pengawal. Kami bercadang untuk
joging keliling tasik KUIS tu masa akan datang jadi terlebih
dulu kami tanya pengawal tu sama ada kami boleh masuk ke kampus KUIS
tu untuk jogging di masa akan datang. Tasik KUIS lebih besar daripada tasik UKM.
Pengawal tu kata boleh, cuma gitau aje masuk tu
nak jogging, tak perlu pas masuk pun cuma gitau aje kat pengawal. Dia kata
hari cuti ramai aje orang luar masuk untuk jogging kat situ...
Sebenarnya apa yang aku cite ni aku dapat tau
daripada isteri aku masa dalam kete lepas dia jumpa pengawal tu.. Dia yang pi tanya pengawal kat pos pengawal tu, aku tunggu aje dalam kete aje...
ekekeke...oopst!.....Apa boleh buat laaa..................

Akhirnya, moga kita semua (tak kira sape, sama ada aku kenal atau tak) sentiasa diampunkan ALLAH SWT atas semua dosa kita hingga ke akhir hayat sebab
 tiada nikmat yang lebih besar melainkan mendapat
keampunan ALLAH SWT diatas SEMUA DOSA2 kita...aamiinnn..


~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...