Thursday, December 27, 2018

Anak bungsu naik tingkatan SATU.

Hari ni, JUMAAT 28 - DEC - 2018...aku masih cuti..memang cuti pun sampai pencen 1 MAC 2019. Jadi hari ni aku uruskan pendaftaran anak ke sekolah menengah bandar seri putra
untuk anak bungsu aku. Awal pagi jam 7.40 pagi gerak ke sekolah
berkenaan. pendaftaran mula jam 8.00 pagi.
Tiba di sekolah tu lebih kurang 
jam 8.00 pagi yang jaraknya lebih kurang 3 kilometer
melalui jalanraya tapi kalau terus rentas melalui udara mungkin dalam
 1.5 kilometer aje...gamaknya la....tak pernah pulak akau ikut jalan rentas tu atau melalui udara...hahaha....

bangunan pentadbiran...
taklimat...
penuh dewan mungkindalam seribu kut...
Tiba kat sekolah terus kami daftar nama...isteri aku aje yang tulis...hahaha....Kami dipisahkan iaitu anak di tempatkan di dewan lain sementara kami di dewan utama untuk program yang lain pulak. Lepas kami hantar anak ke dewan untuk kumpulan
pelajar kami pulak masuk ke dewan untuk golongan ibu
bapa aje....Kami ada program untuk
ibu bapak pulak...
Dalam dewan berkenaan kami ada program bersama guru guru. Taklimat diadakan di sini. Mula mula ucapan pengetua. Dia kata dia baru jadi pengetuan di sini sejak
julai lalu. Dia kata dia ada MASTER dalam pendidikan Khas.
Aku taklah sampai master tu tapi ijazah pertama tu
kira ok lah bila da tua tua ni...taklah
aku buta dengan kehidupan pelajar pendidikan tinggi
ni...Aku rasa pengetua ni ok jugak....banyak kata kata dia yang boleh dipakai
...bukan sekadar retorik kedai kopi....Tapi tu lah jika berpandukan ucapan dia tu...sukar jugak nak didik bebudak ni tambah pulak zaman sekarang ni.....
zaman budak budak yang payah dengar kata...

tamat taklimat...
menuju kelas anak2...
jumpa anak2...
Daripada ucapan pengetua dan penolong kanan...kedua dua pompuan...manalah pinya kaum lelaki ni...aku dapat banyak jugak maklumat namun banyak jugak maklumat
yang aku lupa maklumlah...da banyak umur ...bukan tua...tapi
banyak umur.....ekekekeke......
Sekarang ni tingkatan satu ada 17 kelas...
dalam satu kelas ada 60 orang murid. Padat betul sekolah
seri putra sekarang ni. Semua pelajar berjumlah 900 orang untuk tingkatan
satu sahaja tahun ni...Semua murid berjumlah lebih tiga ribu orang. Jumlah murid bertambah setiap tahun. Pengetua kata tak berapa lama lagi sebuah sekolah menengah akan dibina di bandar bukit mahkota bersebelahan bandar seri putra.
Ini akan dapat mengurangkan jumlah pelajar di
sekolah seri putra ni. Tak tau bila sekolah baru tu akan dibina. Sekolah seri putra
ni memang untuk beberapa buah sekolah rendah di sekitar bangi lama
ni...mungkin dalam jumlah 4 atau 5 sekolah rendah di sekitar sini...
Sekarang ni semua murid campur aje dalam kelas kelas
dan takde istilah kelas akhir sebab itu
kehendak kementerian...

kelas...masa anak pompuan aku mula sekolah dulu...bangunan ni cantik dan baru...
kedai koperasi
kedai koperasi...
Disiplin sekolah macam biasalah banyak jugak undang undang yang perlu untuk anak anak patuhi di sini. Kes berkaitan langgar peraturan sekolah ni tak ramai lebih
kurang 5% aja keseluruhannya. Merokok adalah dilarang
dalam kawasan sekolah...jadi ada pelajar yang
merokok luar kawasan sekolah, guru tak boleh buat pape..
itu tanggung jawab emak bapak tapi tu lah...anak anak kalau da bergaul dengan
macam orang akan terpengaruh jugak kalau tak kuat iman...takkan bapak nak sekali ikut
masuk bas sekolah tu untuk pantau anak2 jangan merokok...anak2 lah kena
benteng sendiri diri supaya tak merokok...fatwa kat
selangor, merokok tu haram fatwanya...
Ustaz don pun kata haram...samalah macam ustaz2 lain...
Hukuman merokok ialah kali pertama, rotan sekali sampailah kali ketiga
rotan 3 kali...kali 4 gantung sekolah...kali kelima, buang sekolah....Jadi anak2 kena fikirkanlah...
Banyak lagi sebenarnya yang disampaikan oleh cikgu tu tapi banyak yang aku lupa...aku tulis apa yang aku ingat aje....
Pengetua jugak ada kata ada juga ibu bapa yang mengecam dan datang sekolah untuk mengecam guru...Aku rasa lah ini sikap emak bapak yg keji sangat...Tambahan
pulak sini ramai ibu bapa yg bukan calang2 orang...yg banyak duit,
yang ada gelaran, yang jawatan tinggi...itulah sikap
orang melayu yang buruk pada aku...
Padahal kita mati nanti hanya bawak sehelai kain putih aje...kalau kain tu takde tentu kita telanjang bulat aje dalam kubur tu....apa boleh buat laaa...

selesai dan nak balik dah pun...
selesai dan nak balik...
Sebenarnya dua orang anak aku yang sekolah di sini. Anak pompuan aku merupakan pelajar pertama tingkatan satu yang mula sekolah di sini ketika sekolah ini mula
 dibuka kepada pelajar. Sekarang ni anak aku yang pompuan tu kat UNIMAP
Perlis. Ramai jugak anak anak daripada sekolah ni
telah berjaya, itu yang diberitau oleh
pengetua.
Tamat aje dengar taklimat
kami dibenarkan jumpa anak kami kat kelas.
Di kelas aku jumpa jugak kenalan yang hantar anak ke sekolah
ni. Kami ambik anak kami setelah dia dapatkan buku teks. Lepas tu kami pi ke
koperasi untuk beli t shirt yang perlu untuk aktiviti di sekolah
ni...Agak banyak jugak belanja untuk anak anak sekolah la ni...Kalau sorang pun perlu
beratus ringgit macam mana kalau anak ramai...? Letih aku nak fikir
dalam keadaan 95% orang melayu masih miskin dan
dalam keadaan harga komoditi
merudum sekarang niii....tentu lebih teruk kannnn.....
Apa apa pun kita doa aje lah orang melayu islam masih di kasihani oleh ALLAH SWT di negara ini...walaupun ada dikalangan orang melayu islam masih tak sedar
diri yang mereka akan terlepas segala galanya satu masa
nanti...atau sama2 kita berdoa moga
orang islam di negara kita sentiasa selamat daripada musibah...apa2 musibah pun
hingga ke hari KIAMAT...tu aje yg kita boleh buat....

Sebelum aku tutup kalam ini moga kita semua tak kira sape pun akan sentiasa mendapat keampunan drpd ALLAH SWT atas segala dosa kita hingga ke akhir
hayat kita...Harap kita tak lupa untuk doakan kedua
ibu bapa kita dan ibubapa mertua kita, diluaskan oleh ALLAH SWT kubur mereka dan
dihindarkan drpd siksaan kubur, akhirat dan siksaan neraka...serta dimasukkan mereka ke dalam syurga serta kekal di dalamnya.....


~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...