Tuesday, December 25, 2018

Hujan renyai pi jugak..

Hari ni Rabu, 26 Disember 2018. Pepagi lagi da hujan da. Niat memang nak pi Tasek UKM untuk peluhkan badan sejam lagi untuk minggu ni. Lebih kurang jam 8.30 pagi
siap siap dan masuk kete gerak ke ukm. Aku berharap kat ukm
takde hujan atau tak lebat sangat. Tapi kadang2
ada jugak berlaku di Bangi ujan
sedangkan di ukm takde setitis air ujan pun. Harap
gitu la. Tiba di ukm hujan masih renyai renyai. Duk sebentar dalam kete.



Disebabkan hampir jam 9.00 pagi masih tak hilang hujan renyai tu maka
aku pun kuar kete dan mulalah berjalan untuk memulakan sesi peluhkan badan aku untuk selama sejam untuk minggu ni. Terdapat beberapa orang pekerja sedangkan bersihkan
sampah kat sekitar tasek tu dan dua orang yang sedang
potong rumput di situ. Jadi aku mulalah berjalan
ulang alik separuh tasek tu yang
jaraknya mungkin 300 atau 500 meter sekali berjalan. Renyai renyai titisan hujan masih jugak gugur ke bumi.



Terdapat beberapa ekor burung bangau dan burung antarabangsa di tasik tersebut sedang mengintai rezeki untuk sarapan pagi mereka kut. Banyak pulak daripada biasa
pagi ni. Terdapat jugak seorang di bawah wakaf sedang duduk
memantau pekerja buat keje kut.

Aku terus aje berjalan ulang alik.
Beberapa kali ulang alik pekerja yang menjadi pemantau
pekerja yang sedang bekerja tu dah tak kelihatan meninggalkan bungkusan
plastik kat atas meja tu...plastik bekas makanan kut..Rasanya dia la yang punya sebab dia yang duduk kat situ...gamaknya...



Aku terus berjalan ulang alik untuk cukupkan sejam masa aku berjalan tu. Kalau cukup sejam maka cukuplah dua jam aku peluhkan badan aku untuk minggu ni..
minggu depan lain la pulak..kena buat dua jam setiap minggu.
Sedang aku berjalan ulang alik tu...tiba pulak
pasangan lelaki pompuan datang duk
kat wakaf tu...mungkin pelajar kut sebab dalam bakul
motornya ada beberapa buku teks tebal tebal aje...yang kalau dibaling anjing
boleh jadikan anjing tu 3/4 atau tiga suku mati kut...andaian aku aje tu...hahaha...Tak lama lepas aku jalan ulang alik tu aku tengok pelajar tu mula nak makan kut
...dia orang keluarkan bekal dan aku tengok pelajar pompuan
tu kemaskan plastik atas meja yang ditinggalkan oleh staf sebelumnya dan masukkan dalam bakul sampah. Kemudian mereka duduk menghadap arah yang bertentangan dengan trek aku berjalan tu...mungkin dia orang segan sebab aku sedang 
gunakan trek tu...mungkin dia orang da kawen kut...sape tau kan....
sekarang ni student pun boleh kawen masa belajar kan...gamak la....kita jangan buruk sangka tak gitu......hahaha...

burung bangau dan antarabangsa...entah2 burung antarabangsa tu da tamat tempon visanya dan duk secara haram
kat tasek situ...hahaha..
belakang aku tu staf sedang selenggara panel solar kat tepi tasek tu..
 Aku nak mengajak korang fikir di luar kotak sikit walaupun mungkin tak ilmiah sangat la..Korang tau tak mungkin sikap malas yang korang ada tu contoh malas buang 
sampah tu mungkin akan mempengaruhi sperma korang yang korang usung
 ke hulu ke hilir tu...mungkin sperma tu membentuk genetik sikap 
malas korang tu...Sperma ini akan membentuk baka
yang tak rajin  di masa akan datang...Jadi tolong lah jangan malas sangat...contoh
buang la sampah yang korang dah buat tu...tak susah pun, tong sampah pun
 ada di mana mana....Fikir di luar kotak ni tak lah ilmiah sangat...tapi
 manalah tau kan...bukan ada orang lagi buat kajian benda ni kan...Jadi belajarlah jangan jadi malas ....mungkin ia akan mempengaruhi baka korang nanti......pandangan
 aku aje ye....hahahaha...opst!



 Selesai aje berpeluh selama sejam maka aku pun masuk kete...masukkan kunci, hidupkan enjin...masuk gear..tekan minyak dan terus gerak balik ke bangi....Kelihatan dari
dalam kete pekerja pekerja yang buat keje tadi sedang menikmati
makanan masing2 berhampiran bangsal kayak
di tepi tasek kejuruteraan tu....sarapan pagi dia orang...da lebih jam 10.00 pagi..

Sebelum aku tutup kalam ni...aku doakan kita semua tak kira sape la akan sentiasa mendapat keampunan daripada ALLAH SWT hingga akhir hayat kita semua. Dan jangan
sekali kali tinggalkan doa kepada ALLAH SWT untuk kedua ibu bapa kita dan ibu bapa
mertua kita supaya kubur mereka diluaskan dan dihindarkan
daripada siksaan kubur, akhirat dan neraka serta dimasukkan ke dalam syurga serta kekal di dalamnya....aamiiinnnnn....

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...