Hari ni Sabtu, 3 Februari 2018, ada program hari ni...awal pagi..tak la awal
sangat...aku dengan isteri pi ke sekolah anak kami untuk
program yang telah diberitau kepada kami
melalui surat sekolah yang
dibawa oleh anak...
Tiba di sekolah terus masuk ke perkarangan sekolah...kete di parking kat luar je...
Isteri aku terus pi daftar nama dan amik sebotol air mineral je..
Kemudian kami terus masuk dewan tunggu
program bermula.......
Sebelum program bermula doa dibaca. Lepas doa dibaca satu syarahan motivasi
disampaikan oleh cikgu hisham...rasanya la...aku bukan kenal
pun cikgu cikgu kat sini sebab jarang berurusan
...yang rajin berurusan dengan cikgu
cikgu ni isteri aku je....aku
memang jarang sangat...huhuhu...
Aku bab bab ceramah ni ....aku malas nak dengar... bukan sebab dah pandai...tak
pamdai mana pun.....tapi aku bila duk lama lama ni aku tak berapa gemar..
mungkin sebab da tua kut ...tu yang malas duk lama
tuk dengar ceramah....aku
lebih suka duk buat keje...kalau duk dengar
ceramah lama lama aku akan rasa mengantuk dan duduk pun akan resah....
Apa yang dapat aku faham...seramah ni lebih kepada motivasi untuk ibubapa. Banyak
gak konsep agama dalam ceramah ni. Terdapat motivasi untuk melahirkan
anak2 yang soleh dan solehah. Perlu jadi ibu bapa yang terbaik.
Ayah perlu bercakap untuk mengingatkan anak2
setiap masa kerana cakap ayah yang akan
diingati oleh anak sampai bila bila hatta bila ayah da
takde kat dunia ni lagi....Jadi ayah perlu bercakap kat anak2....
Ibu bapa perlu segera bertindak cepat untuk menjadi terbaik. Anak anak memang
dengar cakap guru tetapi mereka lebih meniru sikap ibu bapa.
Jadi sentiasa jaga sikap kerana itu akan
menjadi ikutan anak anak......
sampai bila2.....
Lepas ceramah motivasi berakhir, penyampaian hadiah pula dijalankan untuk
anak anak yang mencapai keputusan terbaik masa UPSR
tahun 2017.
Kemudian ucapan guru besar
pulak. Banyak yang diperkatakan oleh guru besar tapi
banyak yang aku lupa...maklumlah aku dah tua...otak tak boleh
ingat dah....Tapi aku dapat ingat sikit je antaranya pencapaian exam 2017
memberansangkan....peratus kelulusan meningkat...kecemerlangan perlu komitmen
semua guru2, ibu bapa dan pibg.....
Sampai ke tahap ucapan guru besar ni, aku da rasa mengantuk sangat setelah duduk selama lebih dua jam.....Selepas ucapan guru besar, terdapat juga pembentangan headcount..kemudian pembentangan subjek sains , matematik, inggeris,
bahasa melayu dan....lupa da...........masing2 cikgu yang
bertanggung jawab telah
membuat pembentangan.......Ada banyak
perkara penting yang telah dibentang oleh mereka tapi
banyak yang aku tak ingat sebab waktu tu da tengah hari...fikiran da tah ke mana
dah masa tu...Akhir sekali ucapan YDP PIBG.
Akhirnya bersurai........
Waktu petang lepas zohor aku ajak isteri dan dua orang anak aku pi CS tuk
makan kat sana. Tiba CS yang kat depan rumah tu ....terus
kami pi ke food court dan order makanan...
makanan yang ada dalam gambor tu laaa.................
Moga semua yang kami lakukan hari ini ALLAH SWT akan masukkan ke
dalam perkara yang mendatangkan pahala dan segala dosa
kami ini ALLAH SWT ampunkan semuanya.....begitu
juga dosa semua ahli keluarga aku, sedara mara
aku, sedara mara isteri aku, jiran2 aku (makna jiran ialah 40 rumah
di depan, di belakang, kiri dan kanan serta Islam dan non muslim - moga semua
yang non muslim diberi HIDAYAH semuanya), rakan2 aku, rakan2 isteri aku,
dan semua kaum muslimin dan muslimat seluruhnya.....moga
ALLAH SWT ampunkan semuanya.....apakan nikmat yang lebih baik
daripada keampunan ALLAH SWT...?
aku, sedara mara isteri aku, jiran2 aku (makna jiran ialah 40 rumah
di depan, di belakang, kiri dan kanan serta Islam dan non muslim - moga semua
yang non muslim diberi HIDAYAH semuanya), rakan2 aku, rakan2 isteri aku,
dan semua kaum muslimin dan muslimat seluruhnya.....moga
ALLAH SWT ampunkan semuanya.....apakan nikmat yang lebih baik
daripada keampunan ALLAH SWT...?
SEKIAN...
No comments:
Post a Comment