Hari ni, Ahad 4 Februari 2018, jadual agak padat hari ni...Lebih kurang jam
8.40 pg aku pi hantar isteri pi kursus haji di masjid seri putera.
Aku hantar dia bersama rakan baiknya.
Biasanya hari Ahad dia
pi dengan rakan baiknya yang sorang
lagi tu...disebabkan rakan baik yang sorang lagi tu
ada hal maka aku kena hantar dia ke masjid berkenaan. Perlu jugak isteri aku
pi kursus tu....sebab bila dah cukup wang untuk pi
takde la masalah untuk dipilih kerana
Aku pun akan pi
jugak kursus tu....mungkin tahun depan
kut. Cadangan nak pi haji tu memang ada kalau wang
dah cukup. Kalau ikut giliran pendaftaran....aku dan isteri aku akan pi haji
tahun 2080 lebih....maknanya mungkin aku mati sepuluh kali kut
baru sampai giliran tu....tapi....yang penting ada niat nak
pi haji....kalau ada rezeki tentu akan
dapat gak.................
Lepas hantar isteri...
aku hantar pula anak bungsu aku tu latihan
silat kat masjid pulak pada jam 11.00 pagi. Aku bukan nak dia jadi
pendekar pun...tapi sekurang kurangnya semangat dia boleh menjadi kuat sikit
dan aku tak mau dia menjadi orang yang lemah semangat dan
lembik...tapi...ada ketikanya jumpa lipas dalam bilik air pon
melompat lompat tak tentu pasal...huhuhu..
Tiba
pendekar pun...tapi sekurang kurangnya semangat dia boleh menjadi kuat sikit
dan aku tak mau dia menjadi orang yang lemah semangat dan
lembik...tapi...ada ketikanya jumpa lipas dalam bilik air pon
melompat lompat tak tentu pasal...huhuhu..
Tiba
je masjid, anak aku terus menuju masjid dan masuk....aku pastikan
dari jauh dia da masuk ke dalam, baru aku gerak balik.
Hampir jam 11.30 pagi aku
gerak ke masjid seri putra untuk amik isteri
aku dan rakannya setelah kursus tamat. Aku tunggu dalam perkarangan
masjid lebih kurang sepuluh minit sebelum mereka
berdua masuk kete aku. Terus gerak balik
ke taman perumahan kami...
Hantar rakan baik isteri aku...
kemudian balik ke rumah......lepas tu
bawak isteri dan anak pompuan ke klinik seri putra pulak. Tiba klinik
terus masuk dan daftar nama. Kami tunggu sebentar sebelum dipanggil masuk.
Aku tunggu kat luar je hingga mereka berdua keluar. Agak
lama jugak dia orang kat dalam tu......Hari ni
pelanggan kat klinik tu tak ramai
punnnnnnnnnn....mudah la sikit......................
Selesai di klinik aku ajak
isteri pi ke farmasi pulak sebab aku nak
beli minyak ikan. Kolestrol aku macam da naik... jadi aku nak cuba
makan minyak ikan. Pelik aku...dulu kolestrol maintain je...dan tak tinggi....
la ni dah tiba border. Aku tak faham pun kolestrol ni.
Aku bukan makan banyak minyak pun....
daging pun jarang aku makan...
Pernah aku ajukan soalan
kat sorang doktor tempat aku sering terima
rawatan di tempat kerja.....doktor tu cuma cakap mungkin genetik. opst!
kolestrol pun ada kaitan dengan genetik....haihhh....macam macam bila kita da tua
niiii....Aku pernah terbaca yang mana hati pun boleh hasilkan kolestrol
.....eaa ke....? Hermmm... entahlah.....manusia ni
macam enjin kete....bila kete da
buruk dan tua macam2 la ragamnya...huhuhu......................
anak aku di latihan silat kat masjid tu. Dia jangka keluar jam
satu....sampai situ jam satu tapi masih belum keluar....da hampir jam satu setengah
baru anak aku kuar dari perkarangan masjid. Memandangkan
isteri aku ada kursus tentu nak masak pun takde
masa jadi aku ajak mereka pi makan
tengah hari di CS....makan apa apa je asalkan boleh isi
perut sebab da hampir jam dua petang....Masuk CS terus pi makan di food
court. Kami makan simple je....tak berat berat pun.......
Selesai makan terus pi masuk CS tuk
beli ikan untuk gantikan stok ikan yang da abiss dalam peti ais tuuu....
untuk pi keje pulak.....malam ni aku ada keje di stadium
ukm kerana ada perasmian sukan SUKIPT 2018..
maknanya tengah malam baru balik kut....
Di bawah ni beberapa foto yang baru aku upload ke blog pada jam 12.12 tengah
malam. Foto perasmian sukan SUKIPT 2018 si stadium ukm. Majlis perasmian oleh
Menteri Kementerian Pengajian Tinggi..........jam 8.00 malam hingga
11.30 malam........
Moga semua yang kami lakukan hari ini mendatangkan pahala
dan moga semua dosa kami juga diampunkan oleh ALLAH SWT... termasuk
semua dosa seluruh keluarga aku, sedara mara aku dan sedara mara isteri, jiran2 aku,
rakan2 aku dan rakan rakan isteri aku serta kaum muslimin dan muslimat
seluruhnya...aamiiiiinnnn............
SEKIAN
No comments:
Post a Comment