Hari ni Jumaat, 16 Feb. 2018...aku cuti hari ni....cuti tahun baru cina. Pagi
takde pape pun tapi lepas zohor, aku kena pi desa
seroja kerana hantar anak
bungsu latihan silat untuk pertunjukan esok di Kajang. Aku pi
dengan isteri aku la.....tak seronok jenjalan sensorang...
Kami gerak ke desa seroja, teras jernang
tu lebih kurang jam 4.30 petang. Tiba di sana belum ada sesape pun. Tak lama
kemudian azan asar berkumandang dari surau di situ. Kami
sama sama solat asar di surau berkenaan.
Selesai solat anak aku
pi ke dewan berhampiran. Selesai doa aku
pula turut serta ke dewan di mana mereka mengadakan latihan
silat. Aku pi ke dewan...salam dengan guru silat tu...dia kata tunggu lagi peserta
lain yang belum sampai lagi. Tak lama kemudian semuanya tiba
dan latihan diadakan lebih kurang jam 5 lebih.
Agak lama jugak la dia orang buat latihan.
Lebih kurang hampir jam 6.30 petang barulah latihan tersebut
tamat dan kami terus balik.
Esok pagi kami akan hantar
anak pula ke stadium kajang kerana demontrasi
silat akan diadakan di sana nanti. Pertunjukan dikatakan jam 10.00 pagi
Aku suka pi lebih awal ke kajang...faham faham la...
kajang kan....tak boleh nak jangka
sama ada jem atau tak esok.....
Moga semua dosa kami hari ni
diampunkan oleh ALLAH SWT semuanya. Begitu juga
semua dosa mereka yang kami kenal dan tak kenal serta dosa semua kaum muslimin
dan muslimat seluruh dunia...apakah yang lebih baik
selain daripada keampunan daripada
ALLAH SWT.....?
SEKIAN...
No comments:
Post a Comment