Saturday, April 7, 2018

Rehat jap...Pangsun Hulu Langat...

Sabtu, 7 April 2018, kami sekeluarga pi tidoq kat luar. Rasanya itulah bahasa yang agak
sesuai kut. Kami tidoq di Pangson kat Langat. Berhampiran Sungai Congkak
dan Sungai Tekala, rasanya la. Hal ini telah dirancang awal.
Ia bermula bila anak pempuan aku ajak abang sulung
nya untuk pi sewa mana2 chalet
untuk berehat.
Dia cuti pertengahan semester sekarang ni.....


pangsun hulu langat...
villa 450rm semalam...
sesi bbq
enak...tapi ayam aku tak makan...
keluarga mertua anak aku...
berkabus awal pagi...
sejuk...bawah tu lembah...jauh ke bawah......


Mulanya anak sulung
aku cadang pi lawat Melaka, namun akhirnya
sewa sebuah villa di Pangson kat Langat untuk bermalam dan mandi manda
di sungai yang ada kat sana tu. Rancangan yang ini bukanlah dirancang lama pun.
Maksudnya sewa kat pangsun ni. Anak sulung aku je yang tau urusan
berkenaan, kami ikut je rancangan dia tu. Dia yang 
sewa villa tu, kami cuma tumpang
ikut je. 

ruang tamu...
nampak luas...memang luas pun...
halaman...
depan rumah...


Anak sulung kami jugak pelawa sekali keluarga mertua dia. 
Mereka tak jauh pun dari rumah kami...Bila tiba masa dijanjikan...kami pun pi lah ke sana
dalam jam 6.00 petang lebih. Aku gerak dengan isteri  dan anak pompuan aku. Anak bungsu aku tumpang anak sulung kami tu....Anak lelaki kedua aku pi lewat sikit. 
Perjalanan makan masa lebih kurang sejam kut....kut....

melawat kebun...
madu kelulut...
pokok kantan...
duduk tepi kolam tengok ikan....baju merah besan aku...pemilik villa yg disebelahnya...
kolam ni banyak ikan...
penghuni kolam, ikan talapia dan patin
tinjau limau...seronok dia tunjukkan kebun kepada kami...sangat humble orangnya...


Kami melalui semenyih, sungai tekala dan tiba di villa pangsun tu. Hampir jam lapan malam
kami tiba di situ. Setelah peroleh kunci daripada penjaga villa tersebut maka
kami pun masuk rumah berkenaan. Agak luas jugak villa tu....
yang punyai dua tingkat tidak termasuk ground
floor yang diduduki oleh penjaganya. Maknanya tiga tingkat la ni...

pi tempat mandi...di sungai pangsun
sejuk gamaknya...
siap ada pondok yg disewa...
besan dan anaknya...


Lepas selesai solat dan sebagainya
maka kami mula bakar bbq di sebuah teduhan yang memang 
disediakan untuk ruang bbq dan sebagainya. Ketupat dan sebagainya juga kami
bawa. Tak berapa lama kemudian keluarga besan kami sampai dan sama2 menikmati makanan
yang ada. Tapi malam ni besan kami tak turut serta, anak2 dan menantu je yang datang...Aku tak lama pun di situ sebab ngantuk sesangat....ermmm....
tu lah jika usia da banyak ni, tak mampu lagi untuk bertahan
mata lelama. Aku terus masuk tidor dan jam
6.00 pagi esok baru tersedar....huhuhu...

jamu selera...
ramai yang mandi...
bbq
saje je amik gambo..
foto lagi...
lagi berfoto...


Pepagi lepas mandi dan selesaikan tanggung jawab
kepada pencipta, terus je isteri aku pi masak sarapan pagi...huhu...sarapan
memang waktu pagi. Aku bantu isteri masak sebab aku takde keje lain. Kalau di rumah
cuti cuti ni mesti aku hadap komputer dan layari internet. Di sini aku takde
keje lain...jadi bantu je la isteri di dapur....huhuhu...Bantu dia goreng
mihun dan goreng samosa serta karipap....Bab kat dapur ni
sebenarnya aku da biasa masa kat rumah bujang dan
masa belajar kat poli dulu....aku salah seorang
ahli dapur....banyak resepi
aku belajar dari almarhumah emak aku...termasuk masak rendang...
sering jugak gunakan resepi tu masa duk bujang ngan kenkawan...
....tapi la ni 
semua resepi tu dah terbang dibawa angin hingga masak
nasi pun sering lembik...huhuhu....






Kami sarapan sesama pagi tu.
Jam 8.00 lebih adik ipar anak lelaki aku keluar pi keje
selepas selesai sarapan. Masuk keje jam semilan katanya....Kemudian anak lelaki 
sulung dan lelaki kedua aku pi survey sungai untuk mandi. Aku pulak pi layan 
tuan rumah sembang di bangsal berhampiran
rumah...macam macam yang disembangkan. Dari sembang dengan
 dia aku dapat tau dia seorang kontraktor....villa tersebut dia bina sendiri, maksudnya syarikat dia sendiri yang bina.....villa tersebut adik dia bergelar datuk yang 
uruskan tempahan penginapan. Dia kata adiknya ada syarikat 
tourist guide...Tiap hujung minggu dia datang ke villa tersebut 
untuk tengok2 dan bersihkan kebunnya...
Tak lama kemudian besan aku tiba.
Kami bersalam dan sama sama sembang dengan pemilik villa
berkenaan.



dua keluarga....
Tak lama kemudian pemilik villa tersebut secara ramah
mahu bawa aku dan besan aku meninjau kebunnya di bawah bukit serta
hampir dengan bukit. Lupa nak cite. Villa tersebut terletak di atas bukit berhampiran sebuah
lembah. Luas betul kawasan villa berkenaan. Siap dengan kebun buahan dan kolam
ikan. Dia bawa kami meninjau kebun dia. Dikebun tu banyak gak
pokok buahan. Nampaknya rambutan dan durian sedang
berbunga.
Kami di bawa meninjau kolam ikan.
Whaaa.....banyak ikan di dalamnya. Ikan talapia hitam dan merah
Dia kata ikan patin pun ada. Dia kata kalau nak mancing boleh mancing...tapi
dalam masa yang singkat tu tak mungkin kami nak mancing sebab anak anak pun tujuan ke sini untuk pi mandi...masa pun tak lama kat sini.
Aku respek pemilik villa ni.....masa pi lawat sekitar kebunnya 
yang berbukit bukau tu, aku rasa macam tercungap2 je ...tapi dia dengan saden je
tak tercungap pun...kalau bandingkan usia aku dengan dia, dia lagi
banyak usianya...dia kata usianya hampir 70 tahun......penangan madu kelulut 
ke gamaknya....huhuhu...




Dia jugak bawa kami tinjau satu syarikat...rasanya syarikat...
Syarikat tu yang gunakan sebahagian ruang tanahnya untuk buat pusat latihan
ternak madu kelulut.. Masa kami lawat tu ada sekumpulan yang sedang berkursus untuk menghasilakan
madu kelulut. Sempat la kami diberi rasa sebotol madu kelulut...madu kelulut
takpa la...jangan madu lain...huhuhu...
Masa tinjau kebun tersebut, anak pompuan aku call
dia orang semua nak gerak dulu ke sungai untuk mandi. Tinggallah aku dan 
besan lelaki
aku layan pemilik villa tersebut bersembang bawah bangsal berhampiran rumah. Macam
macam yang disembangkan.
Besan aku cuba panggil pemilik villa tu
dengan panggilan datuk tapi dia kata dia orang biasa je. Namun 
sebelum tu dia da bawa anak kedua aku rayau kat kebun dia, jumpa dengan
orang orang kat situ. Orang orang tu panggil dia datuk dan siap dengan berbual
dalam bahasa inggeris lagi...itu anak aku yang kata...Nampak sangat
orangnya merendah diri...aku suka dengan orang macam
ini....tak meninggi diri 'down to earth'....sukar nak bersua
manusia macam ni sekarang ni...atau aku je yang jarang jumpa kut....
Pada aku apa lah yg nak banggakan dengan dunia ni kan...semua
tu ujian untuk kita sebelum ditendang ke akhirat....opst!
Jadi tak perlulah bangga sangat dengan apa yang
kita miliki...ajal boleh datang bila2 masa
je....huhuhu....

hijau...
hijau lagi...
aku suka hijau...


 Tak lama kemudian tiba pula adik pemilik
villa berkenaan ke villa tersebut. Dia seorang datuk. Dia yang uruskan villa berkenaan
 untuk tempahan pelanggan pelanggan yang datang untuk
menginap...Dapat maklumat dari pemilik tersebut,
dia kata setiap hujung minggu ada je yang
datang menginap di sini.......
Kami minta diri untuk pi turut
serta bersama anak2 kami di sungai dan tinggalkan
keluarga pemilik villa berkenaan melayani hal mereka sendiri. Tiba di sungai
terus kami turut serta dengan anak anak kami yang sedang menikmati kejernihan dan kesejukan air sungai pangsun tersebut.





Mereka mandi sambil menikmati makanan di tepi sungai
berkenaan. Boleh tahan jugak ramainya orang yang mandi di situ. Aku tak mandi pun sebab
aku memang jarang mandi di sungai...melalainkan di sungai orang asli
pos gob gua musang...huhuhu...sampai badan pun naik 
gatal gatal...hahaha..........
Lama jugak dia orang mandi di sana.
Jam 3.00 petang barulah selesai....puas jugak dia orang mandi. 
Selesai je, terus kami kami balik ke villa....lebih kurang jam 3.00 setengah petang.
Tiba villa terus kami mandi dan solat. Kami kena check out sebelum jam 5.00 petang waktu
tempatan. Setelah selesai semuanya kami pun meninggalkan vill tersebut
tapi sebelum tu pemilik villa berkenaan memberi kami
dua biji kelapa muda untuk dinikmati
airnya. Hermmmm...jarang jumpa kelapa muda...sedapnya....




Bagi aku baik sesangat pemilik villa tersebut.
Kalau ada markah 10.00 aku boleh bagi 9.9999...huhuhu...
Siap dia pelawa untuk menginap lagi di villa berkenaan masa musim buah. Dia akan
bagi free untuk menikmati buahan jika menginap di situ...hermmm...satu tawaran yang amat baik, aku rasa la.
Kami tinggalkan villa tersebut lebih kurang jam 5.00 petang dan tiba di rumah hampir
 jam 6.30 petang.....
Apa yang aku harapkan dan doakan sesangat ialah semoga ikatan ukhwah keluarga kami dan besan kami terus berkekalan hingga ke syurga...tiada yang lebih baik melainkan
dapat dalam berkumpul di syurga ALLAH AZZA WAJALLA denga SEMUA 
mereka yang kita sayangi....tak gitu.....aamiiinnnnnnnn...........




ok.....nak balik dah....
Apa apa pun semoga semua dosa kita diampunkan oleh ALLAH SWT sentiasa hingga
ke akhir hayat kita sebab kita bukan manusia maksum.....aamiinnnnn...

*aku amat berharap perhimpunan keluarga macam ni akan ada lagi
masa akan datang hingga hayat da takde....

SEKIAN

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...