Wednesday, April 4, 2018

Layan Ibu dan Anak..

Sebenarnya lepas balik dari Pos Gob Gua Musang Kelantan, aku dah apply cuti
dua hari iaitu hari Selasa dan Rabu. Melalui pengalaman lalu
lepas balik dari Gob mesti letih punya....jadi
awal awal lagi aku da apply
cuti....semalam dan hari ni la....hahaha...


Macam mana pun aku tetap gak pi keje
separuh hari. Hari Selasa aku datang petang untuk muatkan
video ke dalam komputer editing. Hari ni, Rabu aku datang sebelah pagi untuk
render video dalam komputer. Render pun makan masa lama beb. Tadi
hampir 3 jam tuk render 4 jam video. Itu pun tak
selesai lagi. Esok hari keje, aku akan
sambung proses render
tu untuk hampir dua jam lagi.......Kalau ditanya nape aku
keje walaupun aku masih cuti...mudah saje 
aku jawab...sebab aku minat dengan
keje aku....tapi kalau da pencen, aku akan terus
pencen secara total.........huhuhu...


Jadi hari ni RABU, 4 April 2018,
aku pi keje sekejap waktu pagi. Sebelah petang aku
berada di rumah sebab memang niat aku cuti hari ni nak datang keje
sebelah pagi je. Jam 1.00 petang aku balik rumah. Lepas Zohor isteri aku ajak
pi beli barang basah di CS. Banyak yg dah habis kat rumah.
Kami jugak ajak anak pompuan aku sama. Dia
cuti pertengahan semester la ni...



Tiba di CS terus masuk dan
beli barangan basah. Tak beli banyak pun...
sekadar cukup untuk seminggu lebih je. Beli mana yang
perlu je zaman sukar la ni. Beli pun kena rancang awal....apa yang nak dibeli...
mesti plan dari awal.....sekarang bukan zaman membazir...



Selesai je beli barang basah, terus ajak isteri dan anak minum kat kedai makan
dalam CS tu. Mereka order makanan dan minuman....aku cuma order
minum je sebab kat rumah tadi da makan tengah hari.
Aku belanja mereka tu...berpahala besar
belanja anak bini makan...kan...kan...kan.....



Selesai je terus balik....esok aku mula keje dan buat keje macam biasa.
Apa apa pun semoga ALLAH SWT ampunkan semua dosa
aku sehingga ke akhir hayat. Begitu juga dosa
semua manusia yang aku kenal
dan yang langsung tidak aku
kenal pun........termasuk anda semua......

SEKIAN

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...