Saturday, April 28, 2018

Sabtu...macam biasa la..

Hari ni, Sabtu, cuti...macam biasalah...pepagi hantar anak ke sekolah untuk kelas tambahan upsr......
Pi dengan isteri. Singgahkan anak di sekolah...kemudian pi singgah gerai
beli sarapan. Selesai beli sarapan, isteri ada urusan beli
air miniral untuk tadika...sukan tadika surau esok.....



Balik rumah, aku, biasalah hadap komputer untuk layari internet. Isteri pi surau kerana
ada pengajian fardhu ain kat sana. Aku duk rumah sensorang.
Puas layari internet...terus tertidur sebab ngantuk
sangat...semalam balik keje pukul
1.00 pagi kannnn...inilah kesannya.....



Jam lebih kurang 11.00 pagi isteri balik dari surau. Bawak isteri ke klinik sebab batuk
tak abis abis. Klinik yang biasa tu tutup, jadi bawak ke klinik
lain di seri putra. Masuk klinik daftar
dan tak lama kemudian dipanggil.
Akhirnya doktor tu bagi ubat batuk sebotol  je...huhuhu.....



Kemudian pi tunggu anak bungsu keluar jam 12.30 tengah hari. Tiba sekolah sebelum jam 12.30...tunggu sat. Tak lama dia kuar dan masuk kete dengan isteri. Dan dan 
ajak pi makan kat food court di CS...layan je la... Ingat, belanja anak isteri makan
berpahala...tabung untuk akhirat kita...kan gitu.....Tiba cs terus pi 
food court. Dia tak lain la, terus pi order yong tau foo....
aku pun tak tau apa makna yong tau foo ni.....
Aku order mee claypot sebab da tengah hari...makan mee je laaa....


Selesai je makan...kami pi speedmart sebab isteri nak beli barang untuk sukan
tadika surau esok. Selesai je beli barang terus balik. Lepas zohor isteri
dan anak bungsu aku pi tadika sebab nak buat persiapan
di tadika untuk sukan tadika esok pagi.
Aku kat rumah depan komputer je...tak sedar aku tertidur
...hampir jam tujuh baru tersedar....sib baik tak terlajak ke maghrib..kalau tak
terlepas waktu asar....huhuhu...inilah kesan balik keje jam 1.00 pagi semalam tu....huhuhu...
Lepas isyak isteri ajak pi speedmart ada barang tadika untuk sukan esok
masih ada yang tak cukup. Jadi pi la speedmart beli barang tu..
Selesai beli terus hantar dia ke tadika untuk persiapan.
Aku singgahkan dia dengan anak bungsu aku.
Sementara aku terus balik ke rumah....dia orang tak tau
pukul berapa baru balik.
Kat taman aku malam ni ada ceramah PAS,
aku tak pegi pun...dan aku tak akan pegi walau ceramah
parti mana sekali pun. Masa ngundi nanti akau akan terus ngundi je...tak kisah
aku dengan ceramah ni...tapi masa umur masih muda dulu mmemang
ada jugak aku pi dengar ceramah parti ni...aku suka pi
sensorang...aku lebih selesa macam tu...
Da tua tua ni aku da malas nak dengar ceramah ceramah ni....Satu yang paling
aku pegang, kita boleh BERBEZA PANDANGAN TAPI...jangan bergaduh..
melainkan kalau ISLAM suruh kita BERGADUH.....huhuhu..

Apa apa pun aku doakan kita semua (tak kira siapa pun...) akan sentiasa mendapat keampunan ALLAH SWT hingga ke akhir hayat kita....sebab kita semua punyai dosa...sebab kita
bukan maksum... Bila kita sentiasa mendapat keampunan ALLAH SWT 
sentiasa, tentu kita akan mati dalam keadaan tiada berdosa.
Apakah yang lebih baik selain daripada kematian
tanpa sebarang DOSA....?

...sekian....

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

LAMA SANGAT tak buat catatan

Diari DAUD : july 2024 Dah agak lama aku tak buat catatan kat blog ni. Tarikh akhir aku tulis pada 29 April 2024 yang lalu. Jadi hari ni aku...