Thursday, October 17, 2019

Gerimis Campur Keringat di Tasik Ujana Nilai...

Diari Daud - Hari ni Jumaat, 18 Oktober 2019...pepagi lagi dah pi Tasik Ujana Nilai untuk peluhkan badan untuk kali ketiga minggu ni. Gerak dari Bangi jam sebelum
7.00 pagi. Kat Bangi memang hujan renyai renyai sebab hujan
turun waktu sebelum subuh tadi. Tapi aku fikir
kat Nilai mungkin tiada gerimis
sebab sebelum ni
ada berlaku kat Bangi gerimis
tapi di Tasik Ujana takde pulak gerimis..itu
satu masa dulu...Hari ni atau pagi ni aku harap di Tasik Ujana tu tak ada gerimis la harap harapnya...

sebelum 7.00 pagi masih gerimis
berjalan dalam gerimis
langit mendung sangat
 Tapi bila tiba di Tasik ujana tu
memang masih gerimis...Aku tengok ada dua orang yang sedang berjalan kat trek tu walaupun gerimis masih berlaku. Akhirnya aku kuar jugak dari kete dan
mula berjalan di trek...memang gerimis la masa tu...Aku
berjalan jugak dalam gerimis tu...Kelihatan
jugak sorang pompuan
sedang joging..
Beberapa lopak air terdapat
kat atas trek tu dan ini agak sukar kerana aku
terpaksa masuk atas rumput dan memang atas rumput pun
ada air yang tersembunyi...habis basah kasut aku...hahaha...dah mula rasa malas
nak teruskan berjalan kat trek tu...Di beberapa bahagian trek jugak ada air yang bertakung...

lopak air merata rata
tak ramai orang pun..
Dalam gerimis tu jugak aku tengok ada sorang sedang
mancing di pinggir tasik tu sambil duduk atas tempat duduk yang dia bawak
bersama, siap dengan bertopi dan berseluar pendek...Aku rasa ramai jugak yang duk kat negara ni yang tak faham dengan bahasa malaysia kut. Pada hal terdapat signboard
yang tertulis dilarang mancing setiap 150 langkah lebih kurang, disekeliling
tasek tu....Rasanya, mungkin mata tak nampak atau tak pandai baca...
Rasanya perlu dibubuh papantanda 'dilarang mancing, denda 1000rm' gamak la...Kalau ada gak yang mancing jugak...payah nak cakap la....maleh nak cakap...

masih gerimis lagi...
Atau kalau memang tak dilarang memancing tukar aje
signboard kepada pemancing dikenakan bayaran untuk memancing..
Jadi orang masih boleh terus memancing kat situ dan dikenakan bayaran tertentu.
Tapi dari masa ke semasa yang punya tasek tu masukkan benih anak ikan ke dalam tasik tu supaya ikan akan sentiasa ada kat dalam tasek tu untuk dipancing...takde la
dia orang pancing ikan bandaraya aje...asyik asyik ikan bandaraya
aje yang kena pancing...kan..kan..kan...

Berbalik kepada cerita aktiviti aku..
akhirnya aku amik keputusan tak mahu teruskan aktiviti berjalan tu...jadi 
apabila cukup satu pusingan aku pun berhenti...Snap beberapa foto. Aku tengok lelaki yang sedang berjalan jugak berhenti daripada berjalan. Dia memang selalu
aku lihat kat trek tu setiap kali aku datang ke
tasik ni...rajin dia...usianya
mungkin dalam lima puluhan kut...tak pasti...sebab aku tak pernah tengok IC dia...ekekeke....

pemancing
selesai satu pusingan
nak balik masih gerimis
Masa aku masuk kete tu aku lihat ada dua orang pompuan tu...sorang cina dan sorang lagi bertudung masih teruskan aktiviti joging dia orang...rajin betul dia
orang...disiplin dia orang ni memang takleh lawan.
Pompuan cina tu memang sering aku
jumpa masa aku datang
ke tasik ni setiap
tiga kali seminggu tu...Aku rasa dia mesti setiap hari datang joging di tasik ni tiap pagi....

Akhirnya aku masuk kete...Hari ni aku cuma dapat buat sekali pusingan aje bukan 5 kali pusingan seperti selalu...ok la kut sebab aku dah peluhkan badan pada Rabu
lepas di MELATI HILL lebih kurang 2 jam...Ok la tu sekurang2
nya dah pun cover 3 jam lebih sekurang2nya
untuk seminggu minggu ni....
Tulisan aku berkaitan peluhkan badan di MELATI HILL tu ada
DI SINI....
baca la kalau nak...tak paksa pun......

nak balik dah
satu pusinga aje...ok la tu...
untuk seminggu...
Rasanya itu aje yang aku nak tulis...moga kita semua, tak kira sape la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga syurga serta dihindarkan
daripada siksa NERAKA...aamiinnnn......


~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...