Wednesday, October 30, 2019

Tasik Ujana dan tengkujuh..

Diari Daud - Hari ni Khamis, 31 Okt. 2019...sebelum jam 7.00 pagi aku dah gerak ke Tasik Ujana, Nilai untuk berjalan serta peluhkan badan. Sepatutnya semalam, Rabu,
merupakan jadual mingguan aku untuk pi panaskan badan kat
tasik tu tapi disebabkan hujan waktu pagi, jadi pagi
ni la aku pi ke tasik tu untuk peluhkan
badan sebagai ganti...
Hari hari kita banyak amik kalori, oleh itu lebihan hasil kalori yang diambil
tu patut kita hakiskan dari dalam tubuh kita tu...kan..kan...
Memang jadual aku setiap minggu
iaitu Isnin, Rabu dan Jumaat, aku akan berada di tasik tu
untuk peluhkan badan selama sejam lebih setiap minggu. Sekarang ni waktu
tengkujuh, hujan turun tak menentu, jadi bila hujan aku terpaksa pospon la ke hari lain. Macam hari ni la, Khamis, aku pi ke tasik tu untuk panaskan badan...
berjalan aje pon, nak joging tak larat dah...Mungkin aku
takkan kurus kalau berjalan
kat sini tapi sekurang kurangkan aku tak
tambah la lemak lemak lagi kut...ekekeke...Tapi kalau nak kurangkan
perut yang sado mungkin kita boleh pi gym kut...di sana tentu ada cara nak rendahkan
sikit puncak perut tu...kan...tak gitu...hahahaha....


mungkin boleh kempis perut kalau pi gym kut...
tasik ujana nilai impian
tasik ujana nilai impian - mula
Hari ni aku turun lewat sikit, kalau ikutkan jadual aku
turun jam sebelum 6.30 pagi bergerak ke tasik tu. Pagi ni lewat sikit dan tiba di pinggir tasik tu hampir jam tujuh...hari pun dah cerah aje...Sampai aje kat sana terus aku
mula berjalan. Ramai jugak yang datang ke situ pagi ni...rasanya
memang tiap pagi kut ramai orang datang beraktiviti
kat pinggir tasik ni. Ramai jugak yang
aku selalu jumpa setiap kali aku datang ke sini...
Rasanya dia orang memang setiap pagi datang untuk beraktiviti kat trek tasek ni kut...Sedangkan aku cuma 3 kali seminggu aje...

Hari ni merupakan hari kedua minggu ni aku berjalan untuk peluhkan
badan di trek tasek ujana ni. Yang lepas aku datang hari Selasa, sebab hari Isnin hujan turun. Ini bermakna ada sehari lagi minggu ni aku kena peluhkan badan.
Tapi aku tak taulah...kalau ikutkan hari Jumaat, tapi kalau
tak datang hari Jumaat mungkin aku
bercadang untuk panjat MELATI HILL pada hari Sabtu ni..kat Nilai jugak tu...
Jadi cukuplah aktiviti peluhkan badan aku untuk minggu ni...


tasik ujana nilai impian 
tasik ujana nilai impian
tasik ujana nilai impian - ramai
Tak pasti aku akan pi ke Melati Hill hari Sabtu...tapi rasanya aku pi kut..Tak pasti jugak aku pi sendiri atau pi dengan keluarga. Kalau isteri aku ada masa, mungkin dia akan
turut serta tapi kalau dia takde masa aku akan pi sensorang aje..
Bukan bermakna aku tak beratkan keluarga tapi
mungkin dia orang takde masa,
maka aku kena pi
jugak...
Pada aku keluarga
adalah hal yang utama...Memang kita patut
utamakan keluarga kita sendiri. Tak kiralah sama ada sebuah
keluarga atau keluarga yang lebih daripada satu...ekeke...opst! Memang keluarga lebih diutamakan lebih daripada yang lain2 sama ada rakan rakan atau yang lain lain..Keluarga ni yang akan kekal dengan kita dunia hingga akhirat. Tu sebab dalam ugama pun
disebut hindarkan diri kita dan keluarga daripada siksaan neraka.


tasik ujana nilai impian
tasik ujana nilai impian
tasik ujana nilai impian - pesara gomen kaum cina ni sering aku jumpa..
Ahli keluargalah yang akan sentiasa mendoakan kita setelah kita
berpindah ke alam barzah nanti...Rakan2 dan sedara mara cuma ingat kita masa
baru baru mati aje...bila dah lama dia orang pun tak ingat lagi dah...Yang sentiasa ingat dan mendoakan kita ialah keluarga kita iaitu isteri dan anak anak. Jadi untuk isteri dan
anak anak, jadilah isteri yang solehah serta anak2, jadilah anak yang soleh
dan solehah, sebab si mati akan dapat faedah daripada doa
anak anak yang soleh..Jadi untuk anak anak,
jadikanlah diri tu anak anak yang soleh sebab anak anak yang soleh aje yang ALLAH
terima doanya untuk kedua ibu bapa...Jadi, usahakanlah diri tu menjadi
anak anak yang soleh supaya dapat mendoakan kedua
ibu bapa kita...Untuk jadi anak yang soleh mestilah patuh kepada ALLAH...
taat kepada perintahNYA dan jauhilah segala laranganNYA..tak gitu...Jadi usahalah jadi
anak yang soleh, buangkan semua amalan tak baik dan banyakkan amalan yang baik.....kerana kedua ibu bapa amat perlu kepada doa anak anak
yang soleh...mereka di alam barzah amat perlu kepada
doa anak anak.....


tasik ujana nilai impian
tasik ujana nilai impian
tasik ujana nilai impian
tasik ujana nilai impian
Jadi hari SABTU ni mungkin aku akan panjat MELATI HILL bersama keluarga atau aku sensorang aje...itu bergantung kepada keadaan. Namun keadaan cuaca pun
main peranan. Kalau hari hujan mungkin aku tak pi sebab
pendakian di bukit tu tentu licin..malas lah nak
mendaki licin licin macam tu...
Hari Jumaat lepas aku
bersama isteri dan anak serta anak jiran
dan keluarga rakan baik isteri aku dah pun pi daki bukit tu..Kami
daki centipede hill, monkey hill dan cobra hill...Kali ni mungkin kami akan pilih bukit
lain pulak kat MELATI HILL tu...mungkin kami akan pi ke ROPE HILL atau MOSQUITO HILL, tengoklah keadaan macam mana...
Tulisan aku berkaitan pi daki MELATI HILL Jumaat lepas boleh di baca
Aku dah pi ke MELATI HILL t sebanyak tiga kali...


tasik ujana nilai impian
tasik ujana nilai impian
tasik ujana nilai impian - selesai
Sepanjang aku berjalan kat tasik ujana tu, cuaca mendung aje, cahaya matahari pun tak keluar hinggalah aku selesai berjalan kat tasik tu...Jadi hari ni tak dapatlah
menjana vitamin D yang free hasil pancaran cahaya matahari ke kulit
aku tu...Vitamin D  dan calcium amat penting untuk
tulang dan gigi...Dua kali seminggu terdedah kepada cahaya matahari selama
5 - 30 minit, sudah memadai....
Setelah aku berjalan kat Tasik Ujana sebanyak 5 pusingan maka aku pun berhentilah sebab masa pun dah sampai lebih kurang sejam. Snap beberapa foto kemudian terus
masuk kete dan gerak balik...ok la tu...

Itu aje la yang aku nak nukilkan di sini...moga kita semua, tak kira sape la, akan sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga serta dihindarkan
daripada siksaan neraka...aamiinnnn....


tasik ujana nilai impian - da selesai
tasik ujana nilai impian - nak balik da
tasik ujana nilai impian 6 Kilometer
tasik ujana nilai impian - sejam lebih
Terus istiqamah dengan #BMF ye...



~~~~~      SEKIAN    ~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...