Monday, October 7, 2019

Kisah Panaskan Badan lagi dan balik kampung..

Diari Daud - Hari ni hari ISNIN,  7 OKT. 2019....aku datang lagi ke Tasik Ujana nilai ni untuk panaskan badan di sini. Kali pertama untuk minggu ni daripada jumlah 3 kali untuk
minggu ni. Kali ni agak lewat sikit gerak ke sini...sepatutnya aku gerak
awal sikit tapi hari ni aku gerak jam 7.40 pagi dan tiba 5 minit
lagi sebelum jam 7.00 pagi kat sini. Aku memang suka
pi awal dan balik cepat lepas
panaskan badan.

#tasikujananilai...pepagi dah sampai...
#tasikujananilaiimpian
#tasikujananilaiimpian
Tiba aje kat tasik tu dah
nampak dah 2 atau 3 orang dah
beraktiviti kat situ. Aku pun turun kete dan mula berjalan.
Sebenarnya aku memang takde buat sesi 'tretching' sebelum berjalan...aku
simply terus aje berjalan...tu sebab kekadang masuk pusingan kedua betis aku dah sakit
tapi...tak lama pun...masuk pusingan 4 sakit betis tu akan hilang....hahaha...

#tasikujananilaiimpian
#tasikujananilaiimpian
#tasikujananilaiimpian
Pagi ni pun aku ternampak veteran cina pencen yang jugak berjalan
kat situ...tak sempat nak snap foto dia sebab dia tamatkan berjalan tu lebih awal...Biasanya dia tamatkan berjalan selepas aku selesaikan aktiviti aku...Kali ni nampaknya dia
berhenti lebih awal...Rajin betul dia beraktiviti...Setiap kali aku
datang sini dia mesti dah ada...Aku rasa dia
buat aktiviti berjalan kat tasik
tu setiap pagi rasanya...memang patut pun orang yang
dah pencen buat macam tu supaya lemak dibadan dapat 'maintain' sekurang
kurangnya dan tak bertambah atau tak menjana lemak yang baru...ekekeke....Apa boleh buat laaaa....

dah hampir tamat
#tasikujananilaiimpian
#tasikujananilaiimpian   ...nak balik dah..
Jerebu rasanya dah tamat kut sebab aku tengok banjaran bukit di kejauhan dah memang jelas di mata...cuma hari ni mendung...mungkin memang sekarang ni musim
hujan kut...atau mungkin jugak berkat doa insan yang solat
minta diturunkan hujan sebab masalah jerebu
ni kut...kut la, rasanyaaaa...
Semakin lama
aku kat tasik ujana tu semakin
ramai orang yang tiba di tasik tu untuk beriadah
...aku rasa la mungkin dalam jumlah 30 orang kut...dan bilangan kete
yang parking kat situ pun lebih daripada 10 buah kete...Boleh tahan jugak ramai yang sedar
tentang menjaga kesihatan diri kut...

nak balik dah
ok la ni...5 pusingan dan lebih 6KM...
ok la ni
Setelah sejam lebih kurang maka aku
pun mulalah nak berhenti berjalan kat situ. Aku terus menuju kete dan sebelum masuk kete aku sempat snap beberapa foto. Tiba2 aku terpandang Haji Badris yang dulu aku
pernah ceritan dalam blog ni...yang juga pesara daripada UKM. Dia
berhenti dan tanya aku napa lama tak nampak...Aku
jawab la aku berjalan kat tasik ukm
selama 2 bulan lebih.
Dia pun kata dia dah jarang kat sini
sebab dia sekarang sibuk dengan aktiviti basikal dia
Hari ni tiada rakan untuk aktiviti basikal maka dia datang sini untuk
panaskan badan di tasik ni...Lepas kami habis bersembang sebentar, dia pun sambung
untuk berjalan di trek tu...Dia kata dia baru buat 3 pusingan....
Aku akhirnya masuk kete dan bergerak balik ke rumah....rumah ku, syurga ku...hahahaha...


Hari sebelum tu...JUMAAT, 4 OKT - 6 OKT 2019

Sebenarnya aku baru semalam balik Bangi sebab sebelum tu iaitu hari Jumaat hingga Ahad aku balik kampung....jengah kampung sat...opst! paham ke perkataan
jengah tuuu..Aku balik kampung dengan isteri dan dua orang anak
kami iaitu anak kedua dan bungsu. Aku balik kampung
tu...saje je....Kebetulan anak kedua
aku nak hadir kenduri
kawen rakan sekerja dia di Gopeng
tu jadi kami saing la balik ke kampung aku tu...
Lagi pun dia "SEGAN" nak tidor kat rumah kecik kami yang baru
siap di kampung tu...Maklum lah rumah kecik kami tu selalu tinggal takde penghuni... tentu 'segan' dia nak tidor memalam kat rumah tu sensorang...Belakang rumah tu penuh tumbuhan hijau dan bila memalam tentu gelita kat sekeliling.....kan...kan...
Kami tidor 2 malam je sebelum kembali
ke Bangi ni....

dah ok jugak pekan bota kanan ni...speedmart pun nak buka...tapi sila ingat #BMF ye...
ini adik pompuan aku...dah tak boleh makan pedas...dah macam alahan pulak la ni....dulu tak jadi
masalah dengan pedas ni....
ini sarapan isteri aku....
Masa kat kampung tu sempat la aku pi tengok pekan sabtu kat bota kanan tu...Merasa la berjalan celah2 orang ramai di lorong kat pasar tu untuk cari barang keperluan. 
Aku pi sana dengan isteri dan anak bungsu serta adik pompuan aku
yang kat kampung tu...Kami jugak sempat la sarapan
pagi di kedai makan kat pekan
bota tu.....
Makanan sini masih murah
kalau dibangdingkan dengan kat bangi tu...
Aku makan mee sop aje...harga dibawah 5rm...masih ok la tu....

pasar sabtu bota kanan...aku sempat amik foto tempat tak sesak...tempat sesak tak sempat amik...
pasar sabtu bota kanan...belakang tu adik pompuan aku...
macam2 ada
Kami sempat jugak beli barang keperluan di pasar sabtu tu...macam macam ada, barang basah dan kering...Rasanya harga masih ok kat sini. Sempat jugak beli buah
dokong yang harganya dua ghengget setengah sekilo...haha...murah
la tu...Di sini aku mampu mendengar kembali loghat
bahasa kampung aku yang dah
lama aku tak dengar
dan dah lama aku tak tuturkan..
Apa taknya kat rumah aku berkomunikasi dengan
loghat Selangor dengan keluarga dan tak pernah aku gunakan loghat
perak kat rumah....Masa aku balik kampung la baru aku gunakan loghat perak aku yang
dah berhabuk ni dan berkarat ...tapi pertuturan loghat aku tu masih mengancam...
gamak la.....hahaha.....Ada perkataan tertentu yang aku dah lupa sangat maknanya...hahaha....Apa boleh buat la....
Aku sebenarnya bukan suka sangat pasar pasar ni sebab aku tak suka sesak sesak tapi pasar sabtu bota kanan ni aku pi jugak sebab nak tengok suasana pasar
kat sini...maklumlah, tak lama lagi aku nak jadi warga
sini tapi tak tau bila laaa......

pasar sabtu bota kanan
pasar sabtu bota kanan
ni lah sekolah aku masa sekolah menengah dulu...kat bota kanan...
       Waktu petang di kampung, selalu aje hujan.....gamaknya....jadi aku tak dapat untuk
pi jelajah lebih lebih. Aku jugak sempat la pi pasaraya kat Bandar Seri Iskandar tu....saje je pi sana...pi cari barang dan singgah jugak kat DIY. Aku jugak sempat pi pasar malam
di Pekan Parit Perak tu..Saje je kuar malam nak tengok suasana malam
di kampung...Memang waktu malam sunyi sangat di jalanraya
menuju pekan parit tu...Walaupun sepanjang
jalan terdapat lampu jalan
yang terang
benderang namun sekitar
kampung di situ memang gelap gelita
cuma terdapat cahaya lampu rumah rumah sekitar
yang mencelah di semak semak yang ada di sekitar kampung sepanjang
jalanraya menuju ke Pekan Parit tu...Kat cangkat paghah tu lagi la sunyi sepi dan gelap gelita....tempai jin tu kut....Tiba kat Pekan Parit tu aku parking kete dan berjalan
menuju ke pasar malam yang terdapat sekelompok aje di dataran
berhampiran masjid pekan Parit tu...

dokong dua ghengget lima kupang sekilo....
Sempat la kami beli sedikit barang kat situ...Sempat la jugak aku beli durian
bukit 7rm sekilo kat situ...Aku pun tak pasti apa bezanya durian bukit dengan durian
kampung...Sempat jugak aku beli petai yang harganya lebih
kurang 1rm sepapan...Tempoyak pun ada jual kat
situ...Selain daripada tu barang2 yang dijual
di situ macam2...ikan pekasam
...korang tau ke ikan pekasam...hahaha...ikan rebus,
tau ke korang ikan rebus, tempoyak, jering, ikan basah, dan lain
lain makanan. Keadaan pasar ni macam sama je seperti kat pasar malam di mana mana tu...sama je...cuma harga je yang berbeza kut. Aku beli gak petai tapi 'matanya'
kecik kecik dan muda sangat lagi...Mungkin betul jugak teori yang
mengatakan bahawa petai tu muda2 sebab
yang mencarinya kat hutan tu berebut rebut mengambilnya
untuk mengelakkan grup lain mengambilnya...jadi, yang muda pun akan di
tuai jugak la daripada pokok petai kat hutan tu.....

pasar malam parit perak
pasar malam parit perak
pasar malam parit perak
jam beso pekan parit...
Pasar malam Pekan Parit tu sunyi je...adik pompuan aku kata
waktu siang orang ramai datang, malam orang2 yang dekat situ aje...
Memang waktu malam pekan parit tu sunyi aje macam pekan mati padahal
waktu tu lebih kurang jam 8.30 malam aje...Memang sunyi pekan ni waktu malam..
macam dalam filem pulak...Sempat la jugak aku tengok jam besor kat tengah pekan parit yang berada dalam kelam cahaya malam kat tengah pekan tu....hahaha....
Aku memang dah bertahun tak pi pasar malam ni tapi kat Parit ni
aku pi untuk tinjau keadaan malam di sini...saje je....


AHAD, 6 OKT. 2019

Pagi Ahad sebelum balik bangi sempat la jugak aku
pi ziarah kubur emak dan bapak aku...Masa balik yang lalu tak
sempat melawat kubur emak dan bapak aku...Tanah wakaf tu memang bersih
daripada semak samun...nampaknya macam sentiasa dijaga...Lampu lampu pun dah ada, jadi memalam takde la gelap gelita kat tanah wakaf tu...Andaikata kalau ada
pontianak bersandar kat tiang lampu tu memang jelaslah
nampaknya macam sang model aje...ekeke...
Sempat lah jugak aku titipkan doa..."YA ALLAH, YA TUHAN KU, ENGKAU
AMPUNILAH SEGALA DOSA KEDUA IBU BAPA KU SERTA SEMUA PENGHUNI DI PERKUBURAN INI DAN ENGKAU HINDARKAN MEREKA SEMUA
 DARIPADA SIKSAAN KUBUR SERTA SIKSAAN NERAKA DAN 
MASUKKAN MEREKA SEMUA KE DALAM SYURGA...AAMIINNNNN........"

tanah wakaf kampung senin
moga penghuni di sini diampunkan oleh ALLAH SWT semua dosa mereka serta dihindarkan daripada
seksaan kubur, siksaan neraka dan dimasukkan ke dalam SYURGA....InsyaALLAH kami bakal menyususl...
moga semuanya diampunkan segala dosa, dihindarkan drpd siksaan kubur, siksaan neraka serta dimasukkan
ke dalam syurga...oleh ALLAH SWT....aamiinnn..
Ada ustaz cakap emak bapak kita
tau jika kita datang menjengah kubur mereka...
Bukanlah maknanya wajib pi kubur, kalau tak pi pun
tak mengapa... doa kita untuk emak bapak kita akan sampai gak, walaupun
kita tak ziarah kubur mereka tu...Cuma rasa terkilan la pulak jika kita ada masa untuk untuk ziarah kubur mereka, tapi kita tak pi pun....Sekurangnya untuk kenang kembali jasa
emak bapak kita yang telah membesar dan mendidik kita jadi manusia
macam KITA yang ada sekarang ni...

pusara almarhum bapak aku..
pusara almarhumah emak aku...meninggal dalam tahun 1990han...
semua sedara mara aje kat sini...
anak dan isteri...kami nak balik dah...
Aku jugak sempat pi ke sawah yang berhampiran dan sempat la snap foto foto di situ. Masa balik kampung yang lalu aku tak sempat ziarah perkuburang dan pi ke sawah tu...
Bukan sawah aku pun...sawah orang...aku memang takde sawah
pun....yang ada sikit tanah kelapa sawit yang
bersempadan dengan sawah
berkenaan...

sawah padi atau bendang...
sawah padi
sawah padi menghijau...
 Aku takde sawah pun...jadi cukuplah aku tengok sawah
orang je...Sekarang ni padi baru tanam dan tumbuh menghijau...
Aku pun dah lama tak tau tentang sawah ni...aku tak tau dah... berapa kali setahun
dia orang tanam padi ni....Dedulu masa bawah 20 tahun memang aku pernah keje sawah ni..keje tanam padi, potong padi, banting padi...la ni semua dah guna mesin kan
...kan...maknanya aku sempat la jugak merasa macam mana miangnya
padi bila dah dipotong dan dibanting...tapi...
mungkin tak semiang manusia kut...ekekekekekeke...ooopst!

bendang
posing kat bendang
saliran empangan untuk pengairan padi...
Banyak betul burung bangau kat sawah tu....kalau dapat tangkap
tentu sedap buat gulai kut...tapi aku pun tak pernah makan lauk hasil tangkapan burung bangau ni...hahahaha...cuma cite je la....
Selesai je pi sawah kami semua balik dan petangnya kami gerak ke Bangi.....tu je la...yang aku nak citekan...dah namanya pun diari aku...kan...kan...kan...

Apa apa pun akhirnya aku doakan kita semua tak kira sape la akan dirahmati dan diberkati ALLAH SWT dunia hingga ke syurga...aamiinnnnnn........


~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...