Thursday, October 3, 2019

Bila dah pencen...

Diari Daud - Hari ni Jumaat, 4 Oktober 2019...macam biasa la bila dah pencen ni....tentulah kena buat aktiviti supaya badan ada masa untuk berpeluh...Da tua2 ni kena
jugak la jaga kesihatan...opst! ye ke da tua...hahaha.....Da pencen
ni memang kena peluhkan jugak badan sikit2 supaya
tak mudah dihinggapi penyakit...kalau
dah ada penyakit pun...aktiviti
peluhkan badan pun 
mungkin
mampu untuk elakkan penyakit yang kita ada
dalam badan menjadi lebih teruk lagi kan...kan...Bukan sebab takut
mati...mati tu ALLAH SWT dah pun tentukan masa yang tepat untuk kita mati...takkan
lebih atau kurang walaupun 0.000000000001 saat pun....tak gitu...


redup je tasik ujana ni...
masa dah habis berjalan...berjalan aje pun...
Jadi hari ni pepagi lagi aku dah gerak ke tasik nilai tu...itu pun aku dah lewat
...sepatutnya aku gerak ke tasik tu lebih kurang 25 minit sebelum jam 7.00 pagi. Pagi ni aku gerak 15 minit sebelum jam 7.00 pagi. Kat tempat aku agak mendung tapi tak
hujan. Tiba di wilayah nilai ada titisan hujan di cermin kete aku
...alamak...hujan ke....dah memang niat nak balik
dah...tapi paksa jugak diri untuk
sampai di tasik tu...

Hampir tiba di tasik tu
titisan hujan tu dah reda...rupanya
kat sini memang dah lepas hujan lebat dah pun.
Lopak lopak air nampak jelas di sekitar kawasan tasek tu...Aku lihat
di permukaan air tasik tu tidak kelihatan titisan air hujan pun...memang hujan dah
pun reda kat sini..Masa aku tiba di tasik tu 5 minit sebelum jam 7.00 pagi...kelihatan ada dua buah kete parking kat tepi jalanraya di situ. Kat trek tu aku nampak ada 2 orang rasanya sedang joging dan berjalan. Jadi aku pun mulalah mengatur
langkah kat trek tepi tasek tu...


matahari muncul cahaya je...
veteran etnik cina ni rajin berjalan kat sini...asal aku datang dia ada je..pesara kerajaan dengar citenya...
Hari memang mendung sangat...
langsung tiada kelihatan matahari pun masa aku berjalan kat trek tu...
Makin lama makin banyak pulak kete yang parking kat situ dan makin ramai pulak orang datang ke tasek tu untuk menjalankan aktiviti memasing...ada yang joging dan
ada yang cuma berjalan aje macam aku ni dan ada yang cuma datang
untuk lepak aje kat tasek tu dan amik foto kat situ..
Ada nampaknya yang sedang
mancing kat situ
walau pun signboard dilarang memancing
terdapat sekeliling tasik tu lebih kurang 100 langkah tiap2 satu.
Rasanya kita kena berbaik sangka la kot...mungkin dia orang tak mampu membaca
atau mungkin mata dia orang menjadi kabur bila terpandang signboard tu...kut la...kan...kan...hahaha....apa boleh buat la....


dingin je...
jerebu macam takde...baru jelas banjaran bukit kat sana tu...
Masa aku berjalan kat tepi trek tu kelihatan
sorang ibu dan anak anak sedang perhatikan ikan pemakan lumut atau sering dikata ikan bandaraya, terdampar berhampiran alat untuk beraktiviti di tepi trek tu...Aku
dengar jugak ibu tu cakap '...kesiannyaaaa....' Mungkin ia cakap kat
anak anak dia kut...Bila aku tiba kembali ke tempat ikan2
tu, masa pusingan berikutnya, ikan
tu dah tak kelihatan
...mungkin si ibu tu dan anak2nya dah
lepaskan ikan tu kembali ke dalam tasek kut. Bagus
keluarga tu...moga diberkati ALLAH SWT. Ikan tu mungkin hasil
aktiviti mancing waktu malam kat tasek tu kut...mungkin ikan tu makan mata pancing..disebabkan ikan tu tak boleh dimakan maka dia orang tinggalkan ikan tu ditempat berkenaan tanpa dilepaskan kembali ke tasik tersebut....tu lah kan...hidup ni
mesti ikut peraturan....kalau tak ikut peraturan, itulah hasilnya...
Ikan bandaraya yang terdapat dikumpul aje kat situ rasanya dalam 4 atau 5 ekor kut...kalau aku tak silap la...
ni hari sebelum hari ni...
cahaya mentari nk timbul..
Aku tak lama pun kat tasek tu...aku buat 4 pusingan aje, tidak 5 kali pusingan seperti yang biasa aku lakukan sebelum ni...Bukan sebab apa...kaki aku sakit pulak pagi ni
...memang niat nak buat 5 kali pusingan yang mampu mencapai
6 kilometer...tapi apa kan daya...sebab sakit
kaki cuma aku boleh buat 5
kilometer aje dalam masa lebih kurang sejam...ok la tu kut...daripada tak buat langsung...


awal sampai hari sebelum ni...
lampu pun masih menyala
Sebelum hari ni...iaitu hari Rabu dan Isnin lepas, aku ada gak buat aktiviti berjalan kat sini. Memang setiap minggu dan setakat ni tak 'miss' pun, aku akan berada di tasik ni
selama 3 kali berselang hari..Hari hari yang berkenaan aku mampu buat
macam biasa iaitu 5 pusingan yang makan masa sejam 15 minit
lebih kurang dan jaraknya lebih kurang 6 kilometer. 
Aku berharap sangat
untuk terus beristiqamah
dengan aktiviti berjalan ni...Aktiviti berjalan
ni doktor sarankan sekurang kurangnya 3 jam setengah untuk
setiap minggu tapi kalau boleh buat lebih, lagi ok....Aku kena buat sebab aku
dah pencen dan masa pencen ni aku tak boleh duk diam2..nanti timbul pulak masalah menambah terukkan lagi penyakit yang ada....itu aje usaha aku
yang termampu...InsyaALLAH TAALA...
Bila dah bersara ni tentu kita jarang bergerak dan dah tentu akan kumpulkan banyak kalori dan kita ambil saban hari...dan tentu akan memudaratkan tubuh badan
dalam jangka masa panjang....
Macam yang aku tulis sebelum ni, bukan takut mati tapi tak mampu nak menanggung sakit. Penyakit mesti ada sebab dan musabab...mungkin antaranya...banyak makan dan
tak pernah peluhkan badan....mungkin itu salah satu faktor..
Jadi usahalah, cari masa untuk peluhkan badan
sekurang kurangnya gerakkan
tubuh badan....
dan...kalau sesapa yang ada kebun tu peluhkanlah badan tu kat kebun...kan...kan...kan....


foto hari ni...nak balik dah...
nak balik dah..
Rasanya itu aje yang nak aku tuliskan hari ni...moga kita semua sihat hingga ke akhir hayat..Hal mati tu janganlah risau, ALLAH SWT mampu mematikan kita tanpa
sebarang sakit pun...hatta dikala bersujud...Moga2 kita dipilih untuk mati
dikala bersujud dan yang seumpamanya...dalam husnul khatimah
..InsyaALLAH...Selain tu moga kita semua mampu
hilangkan segala keburukan
dalam diri kita seperti sombong, bongkak, meninggi
diri, riyak, takabbur..oopst! macam sama je...hahaha...Jangan sakiti sesiape aje 
rohani dan jasmani...kerana dosa sesama manusia yang menyebabkab kita "TAK SIHAT SANGAT' di "SANA' nanti, dan pelbagai lagi sikap buruk2 rohani dan jasmani
kerana ini akan menentukan kita "LEBIH SIHAT" di AKHIRAT
nanti....AKHIRAT tu KEKAL...dan itu
lebih penting lagi...


5 kilometer...ok la ni...
ok la ni...

Petang ni aku nak balik kampung sat.....




~~~~~     SEKIAN     ~~~~~

daud.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...