Wednesday, August 23, 2017

Kami memang ada je keje...

Hari ini aku ada keje dengan rakan rakan satu unit. Kami membuat rakaman
atau shooting atau penggambaran video untuk bos kami
prof. Datin DR. Norizan. Mula keje jam 10.00 pagi.
Kami shooting berkaitan video
EXPERT. Program ini memaparkan berkaitan
penyelidik UKM yang biasanya pensyarah UKM. Segala
penyelidikan mereka akan didokumentasikan dan begitu juga dengan segala
sumbangan dan penghargaan yang mereka terima...
Aku buat keje shooting tu dengan krew iaitu sdr. RAMLI, SHAHRUL
dan JASRIL........




Mulanya kami buat shooting kat pejabat dia di Pusat Pengajian Bahasa. Kemudian
di bangunan Kepimpinan Wanita dan akhir sekali di pejabat
Pusat Komunikasi Korporat UKM....



Shooting berkenaan dapat dibuat dengan lancar tanpa sebarang masalah punnnn...
Selesai kira2 jam 12.30 tengah hari. Sebelum kami semua
balik ke opis...Aku hantar mereka balik ke opis sementara aku terus balik
ke rumah....bab ini yang nak cite sikit niiiiii................................

............................................................................................................................................

Sebenarnya selepas kami buat shooting di bangunan Pusat Pengajian Bahasa.
Kami berkira untuk bergerak ke bangunan Kepimpinan Wanita
pula yang jaraknya mungkin dalam hampir 2 kilometer
kut. Ketika pi ke kereta dan cuba hidupkan
injin kereta...gagal untuk dihidupkan...ohhh....aku buntu
risau kereta aku tu rosak teruk atau sebagainya. Rakan aku suh hidupkan
lagi. Bila aku cuba hidupkan masih jugak gagal. Rakan aku kata 
mungkin bateri da habis.......



Dia orang suh aku masukkan gear dua sementara mereka tolak dari belakang hingga
sampai ke satu cerun. Di cerun tersebut ketika kereta menurun
mereka suruh lepaskan clutch. Bila aku lepaskan clutch
enjin kereta tu pun hidup...fuhhh...selamat...
Jadi aku bawaklah mereka semua ke bangunan Kepimpinan
Wanita pula untuk shooting. Ketika mereka shooting aku tak matikan enjin
kereta kerana jika aku matikan tentu mustahil untuk hidupkan
kembali. Jadi enjin kereta tu pun hidup je sampai
shooting tamat.................



Kemudian kami bergerak pula ke Bangunan Pentadbiran di mana Datin merupakan
Pengarah Pusat Komunikasi Korporat. Di sana aku hanya tinggal
dalam kete sebab enjin tidak boleh dimatikan.
Hanya mereka bertiga je pi buat shooting dalam bangunan tu.
Aku tunggu dalam keta sehingga mereka selesai. Lama jugak aku tunggu mereka.
Selesai je...aku dan rakan2 balik ke opis. Mereka yang punggah alatan
dan di bawa masuk ke opis....aku terus je bawak kete ke bengkel.
Dibengkel aku tukar bateri kereta tersebut dengan yang
baru.....harganya 195rm...tolak bateri lama dia
yakni peniaga di bengkel tu beri aku harga 180rm sahaja.....ok la tuuu...
Selamat duit aku ...huhuhu....pandai je kete tu...ujung bulan
je bateri kong...huhuhu.......

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...