Monday, August 28, 2017

...pi makan lagiii...

Hari ini, ISNIN, 28 Ogos 2017, kami pasang alat untuk Majlis Ikrar Pelajar Baharu
UKM sesi 2017 / 2018 dan juga beberapa majlis lain di DEWAN CANSELOR 
TUN ABDUL RAZAK, UKM.  Sementara pasang alatan kami melihat 
majlis raptai di situ untuk program berkenaan esok.
Esok kami akan bertugas di dewan berkenaan
dari jam 9.00 pagi sampai jam
11.00 malam.
Maknanya esok tak balik rumah
waktu siang...malam baru ada kat rumah...huhuhu....

raptai....
posing...
raptai sampai petang...


Esok pagi...awal awal pagi mesti tiba di UKM untuk pasang kamera dan uji peralatan
rakaman MCP. Esok tak pasti berapa ramai krew bantuan akan datang
membantu. Harap2 ramai la....tapi macam takde
aje...huhuhu...entahlahhhh....

.............................................................................................................................

Malam ni tadi pi makan kat luar dengan isteri dan anak anak. Sambil isi minyak kete.
Makan kat nilai...saja je makan kat sana. Restoran tu bersebelahan
stesen minyak petronas dan shell.
Ok jugak makanan kat restoran ni...boleh tahan la makanannya.
Sedap tu susah nak cakap la sebab 'sedap' ni bergantung kepada individu.
Kalau rasanya kena dengan selera seseorang maka sedaplah 
katanya....Kalau aku pulak, macam biasalah
kalau tak memudaratkan aku...maka
aku kata sedaplahhh...kan...




Bawa anak isteri pi makan kat luar sekali sekali berpahala tauuu...mungkin dipandang
kecil...tapi besar pahalanya jika ikhlas...Mereka tanggung jawab suami,
jadi tentu apa yang dibelanjakan untuk anak isteri
tu berpahala semuanya...tak sia sia..
Namun tengok pada kemampuan lah....kalau banyak bajetnya
maka bolehlah selalu pi bawa anak bini keluar makan...tapi kalau bajet kurang banyak
.........cukuplah sekadarnya saja...tak gitu......





Kami tak lama pun kat sini...habis je makan terus bayar dan terus lah balik 
ke rumah. Esok hari keje menanti di UKM. Dari pagi sampai
ke malam...tapi takpe lah...aku memang rajin keje
punnnnn.............opst!

SEKIAN...

DAUD.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...