Tuesday, August 8, 2017

Bila Air Tiada...

Hari ini, SELASA, aku CUTI. Hari ini jugak air tiada hinggA tengah hari esok.
Nak masak isteri aku agak sukar sebab tiada air...Untuk 
atasi masalah pi makan kat Tesco Bukit
Puteri dekat ngan Bukit
Mahkota tu.......



Gerak dari rumah pukul 3.00 petang bersama isteri dan anak pompuan aku.
Tiba di Tesco jam tiga lebih, tak jauh pun dari rumah lebih
kurang 4 atau 5 kilometer aje...........
Terus pi tempat food court dalam Tesco tu......



Isteri dan anak pompuan aku je yang buat order. Kat luar ni aku memang banyak pantang
nya. Tak boleh makan sebarang...termasuklah makanan laut...dan yang paling
pantang makanan ada belacan....kalau belacan tak mainlah..
sejak sekolah menengah lagi aku tak makan 
'mentega' Melayu tuuu....



Isteri aku makan nasi goreng...aku pilih mee sop...anak aku tak
taulah apa yang dimakannya. Pada aku kalau makan
kat luar pilih je yang simple.....yang
penting makanan tu masuk ke perut, bukan kelain.................


Ketika makan datang sorang budak lelaki menjual cupcake....
dia letakkan kad kecik yang tertulis untuk menampung
pelajaran dia. Memang kalau tengok muka pun macam masih belajar kat kolej.
Dia kata dia belajar kat kolej. Ditanya lagi...dia belajar di INTI KOLEJ.
INTI KOLEJ KALAU TAK SILAP AKU kat Nilai tak jauh dari umah aku...
Lebih kurang 10 kilometer kut....
Rasa kesian ....AKU belilah juga cupcake yang bernilai
10rm tu. Walau pun aku tak makan cupcakes ....sebab kesian aku belilah
jugak. Kalau dia tak jual pun kalau minta DERMA..aku akan beri  jugak 
...manusia secara normalnya memang cepat kesian...jadi kalu
perasaan kesian tu takde cubalah selami kembali jiwa memasing..
mungkin ada yang tak kene...huhuhu...........Ooopst! ini bukan untuk riyak tapi
untuk mengajak kita sama2 membantu orang yang susah...
pahalanya akan berpanjangan hingga kita berada di alam selepas mati...
Kalau katakan dia menipu...itu tak penting...pahala
kita tetap ada...... bergantung kepada niat
ikhlas jiwa kita.....
Jadi..............................................................marilah
sama2 kita bantu mereka yang berada
dalam kesusahan...........
wujudkan rasa kasihan dalam jiwa kita...wujudkan rasa simpati
dalam hati kita...tak rugi sedikitpun...pasti semuanya
akan di nilai oleh PENCIPTA...percayalahhhh...

SEKIAN.

DAUD.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...