Tuesday, August 15, 2017

Shooting Skrol...?

HARI ini Selasa, 15 Ogos 2017, kami diminta untuk membuat shooting
video berkaitan TATACARA PENGAMBILAN SKROL
oleh graduan UKM. Video yang telah
dibuat sebelum ini
perlu diperbaharui...video berkenaan
memang da lama da pon.... Krew yang terlibat
ialah AKU, SHAHRUL dan JASRIL. ENCIK HAZRUL dan IKHWAN
cuma datang sekejap sahaja.


Sebenarnya penerbitan video sebegini tidaklah susah mana pun tapi ia
melibatkan rakaman yang lama untuk sesuatu SCENE.
Dalam satu SCENE banyak shot yang
perlu dibuat. namun sebelum
itu yakni sebelum turun untuk shooting, perlu
diadakan perbincangan. Dalam sesuatu penerbitan video terdapat
TIGA FASA yang perlu dilalui. 
1. PRE PRODUCTION
2. PRODUCTION
3. POST PRODUCTION
Ooopst! maaf...aku gunakan istilah BAHASA
INGGERIS sebab masa belaja dulu memang guna istilah Inggeris
dan buku rujukan kat LIBRARY pun semuanya guna buku BI. Agaknya
bilalah orang kita ni nak tulis buku buat video ni dalam BAHASA
MELAYU...bila arrrr...


Dalam PRE PRODUCTION terdapat beberapa perkara perlu diselesaikan. Pertama
kene PLAN atau perancangan.  Kemudian tulis SINOPSIS. Kemudian tulis 
OLAHAN CERITA. Lepas tu tulis SKRIP. 
Lepas SKRIP telah siap barulah dibuat STORYBOARD. Semua ni amat
penting sebelum buat SHOOTING atau PRODUCTION.
Sebelum pi shooting PENGARAH dalam penerbitan tersebut perlu
panggil semua krew yang terlibat untuk meeting bersama dengan PENERBIT
atau PELANGGAN yang perlukan video berkenaan. PENGARAH perlu dilantik
dan dia SAHAJA yang berkuasa dalam PENERBITAN tersebut..
orang lainTAK BOLEH GANGGU tugas dia
walaupun KREW yang lain atau PENERBIT pon TAK BOLEH masuk 
campur tugas PENGARAH. Kalau dalam sesuatu penebitan, krew krew lain
ambil tugas PENGARAH maka penerbitan tersebut akan
terganggu dan lari dari plan asal...ibarat sume nak jadi PENGARAH...CACA
 MARBA pun boleh berlaku jugak. Jadi TOLONG arrr...jangan GANGGU tugas 
PENGARAH................................................hahaha...
Oooopst! krew krew yang lain jugak PENGARAH atau PENERBIT yang akan
lantik mereka seperti JURUKAMERA, JURUAUDIO, JURULAMPU, PROPS,
CONTI GIRL...dan sebagainya...itu je yang aku ingat...huhuhu...
Oleh itu KREW yang lain jangan cuba menjadi LEBIH SUDU
DRPD KUAH yerrr...........Krew yang lain jangan ada sikap EGO dalam sesuatu
penerbitan...tapi...PENGARAH mungkin ada yg bersikap EGO sebab dia
PENGARAH...........
Dan SEMUA KREW LAIN kena patuh setiap ARAHAN PENGARAH...
jangan lebih2 yerrr......krew lain cuma boleh beri pandangan
je....sama ada PENGARAH nak terima atau tidak...
itu hak dia..................................huhuhuhu.....
Kalau ada KREW yang sukar nak terima arahan PENGARAH..lebih
baik belah daripada team production tersebut atau
BERENTI KEJE jerrr.......nak tunggu apa, sebab awak anggap
awak dah lebih tau drpd PENGARAH.....
Dalam penerbitan, semua krew mesti rajin menjalankan tugas memasing,
jangan malas atau curi tulang, ikut semua arahan Pengarah, sentiasa
'alert' dalam sesi penggambaran di lokasi dan sebgainya...


Dalam production kami ini aku tak nampak pun shooting tersebut sukar sangat pun...
cuma rakaman tersebut banyak keje. Satu satu SCENE perlu
di SHOT atau TAKE banyak kali...jadi pelakon
kene BERSABAR laaa....Contoh la...katakan nak shoot satu SCENE graduan amik
skrol. Pertama shoot dalam FULL SHOT graduan amik skrol dari CANSELOR.
Shot kedua ulang amik skrol kemudian rakam MID SHOT graduan
amik skrol..Shot ketiga ulang amik skrol, shoot muka graduan...kemudian
shoot muka CANSELOR...akhir sekali amik SKROL dihulurkan
oleh CANSELOR. Semua shot-shot ini akan disunting untuk membentuk
satu adegan atau scene garaduan amik skrol...
Jadi nampak tak betapa banyaknya shot-shot yang dibuat untuk sesatu scene
atau babak...samalah macam shooting untuk drama. Semua shot shot ini
dibuat dengan menggunakan SEBUAH KAMERA SAHAJA. Kalau BANYAK
KAMERA bukanlah ia penerbitan SINGLE CAMERA PRODUCTION!
huhuhuhu....jangan silap yeee......


Jadi macam itulah cara penerbitan video satu kamera. Aku tak bersetuju sangat jika
sesatu penerbitan video tidak mengikut peraturan yang sering diguna
pakai dalam penerbitan video yang diajar di institusi pengajian.
Aku sendiri pun kalau tidak mengikut peraturan tentu aku rasa malu pada diri
sendiri. Pada aku tak guna belajar buat penerbitan video tapi bila buat
penerbitan macam CACA MARBA...tonggang tebalik.......Memang lah keje akan
siap..tapi tentu ada yang tak puas hati bila dilakukan suntingan nanti...tentu
ada yang tersilap kontiniti dan sebagainya....pada aku penerbitan
bukan sahaja ASAL BOLEH...kalau asal boleh je...baik pi cari keje lain atau 
......BERHENTI keje laaa...ooopst! huhuhu....


Satu perkara lagi yang perlu diingat penerbitan video merupakan satu penerbitan
yang dilakukan oleh sekumpulan krew yang saling bekerjasama.
Perlu diingat...tanpa kerjasama tentu sukar untuk mencapai
hasil yang terbaik. namun video yang kami buat ni adalah video yang digunakan
'in house' dan bukan untuk di siarkan di televisyen pun. Jadi tidaklah dibuat dengan
menggunakan peralatan yang yang 100% sempurna dan cara yang
100% mengikut piawai penerbitan ponnnnn.......


Shooting yang kami buat ni sebagaimana yang aku kata macam 
bentuk drama...macam2 kena amik perhatian... Dalam shooting berbentuk DRAMA
tiada yang dikatakan sebagai SHOOTING yang macam OLD SCHOOL pun...sapa yang anggap macam tu, rasanya perlu pi bengkel PENERBITAN VIDEO...
Sebenarnya rakaman kami hari ini dibuat secara kerjasama tanpa sebarang krew yang
khusus untuk sesatu tugas. Masing masing bekerjasama buat semua. Aku involve
masa awal2 jer. Yang hujung hujung krew2 yang selesaikan....
Kerja - kerja rakaman tersebut berakhir lebih kurang jam DUA PETANG, mulanya
jam 10.00 pagi.......
Itu baru shooting atau PRODUCTION...suntingan atau editing atau
POST PRODUCTION belum masuk lagi........
Huhuhuhuhu......banyak pulak aku tulis malam ni...korang faham ke....hahaha...dan
kalau nak  lebih FAHAM cuba semak tulisan aku kat .....

SINIIIIIIIIIII.......................... yerrr....
tulisan ni bukan ciplak mane mane...aku tulis sendiri tau...yang 
berdasarkan kepada nota2 kuliah, dari buku2 yang dipinjam, dari buku2 sendiri,
 daripada bahan2 dalam internet dan sebagainya lagi......
..........tak main la ciplak2...

SEKIAN LAHHHH....




DAUD.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...