Sunday, August 6, 2017

Keje dan Silat....

Hari ini, Ahad, 6 Ogos 2017, aku keje dengan rakan-rakan. Kami diminta
untuk membuat rakaman MCP di Kompleks Permata Pintar
UKM. Program yang kami kene rakam ialah
BUAL SANTAI BERSAMA ISTERI PM............



Hampir jam 9.00 pagi gerak dari rumah. Tiba di UKM lebih jam 9.00 pagi.
Bila semua krew tiba kami muatkan alatan ke dalam
kete aku...siap je terus gerak ke Permata Pintar................




Siap pasang alat di Permata, kami pun balik ke opis. Kami tunggu program yang
akan berlangsung waktu petang. Tiba waktu yang ditentukan kami gerak
ke Permata Pintar........................



Isteri PM tiba je kami terus buat rakaman. Rakaman berkenaan berlangsung
lebih kurang dua jam. Bila selesai jer kami kemas semua peralatan
dan pulang ke oFis. Simpan alatan dan gerak
balik rumah...rasanya dalam 6.oo lebih.........................

......................................................................................................................

Pagi tadi jugak anak bungsu aku menghadiri ujian naik bengkung untuk
SILAT GAYUNG nya. Anak aku terpaksa hantar ibu dan
anak bungsu aku ke UKM. Ujian tu di padang UKM. Aku tak boleh
hantar sebab aku kena keje hari ini..............




Aku suka jugak anak aku ceburi martial art ni. Bukan sebab nak cari gaduh...
Mungkin martial art boleh menjadikan mereka berdisiplin,
berani dengan cabaran hidup dan sebagainya...
Tu sebab aku sokong anak2 aku ceburi martial art. Anak yang pertama
dan yang kedua pun ceburi mertial art dan aku menyokong...tapi........la ni
mungkin kedua dua mereka dah lupa semua langkah TEAKWANDO tu..Anak kedua
dah sampai ke BLACK BELT...yang pertama RED BELT...eh! ye ke TEAKWANDO
ada RED BELT...huhuhu...Sekarang ni semua langkah langkah mereka
dah KELAUT KUT...huhuhu....Semua benda mesti praktis selalu...


 

Harap semua perkara yang baik yang mereka ceburi akan terus subur dan berkembang.
Segala yang baik yang mereka lakukan perlu ada sokongan dan galakan
supaya mereka terus tamatkan apa yang mereka telah
mulakan. Aku pun memang tak suka bila sesatu perkara harus yang dibuat
tidak tiba di titik noktah. Mesti selesaikan dengan sempurna...jangan hangat hangat
taik kucing...ooopst!



 Semua foto foto ni isteri dan anak aku yang ambil...aku takde kat situ sebab 
keje...Jadi aku tak mampu tulis panjang berkaitan hal ni.....
Apa apa pon moga apa yang dilakukan oleh semua anak anak aku
akan memberi manfaat kepada mereka dan terus ke hadapan.....

SEKIAN...
DAUD.montak.zakaria

No comments:

Post a Comment

TETAMU SYAWAL..

Diari DAUD : SABTU lalu, rakan dan juga sedara aku, MIZI berkunjung ke rumah. Dia ni memang salah sorang daripada rakan baik aku. Rakan aku...