Hari ini, Sabtu, 21 Oktober 2017, kami pi melawat insan yang disayangi ALLAH
SWT di HOSPITAL KAJANG. Insan tersebut ialah BIRAS aku.
Suami adik ipar aku, suami kepada adik isteri aku...
Kami pi lepas Zohor, anak bongsu
aku pun turut serta.
Anak lelaki aku yang tua pun
turut melawat biras aku tu. Dia gerak dari
Semenyih, kami bergerak dari Bangi. Dia sampai
dulu di hospital. Ini kali kedua kami melawat biras aku tu selepas
lawatan kami pada bulan Julai yang lalu.
Ini juga merupakan kali kedua
aku menjengah pekan
Kajang. Jarang aku pi pekan Kajang ni.
Malas nak masuk Kajang ni sebab jem sesangat pada
waktu waktu tertentu. Lagi pun Bangi dan sekitar Bangi da banyak da
tempat tempat yang perlu di pi....
Tiba di hospital kami park kete kemudian terus menapak ke bangunan
wad tersebut. Aku park jauh jauh sebab kalau pi parking
yang dekat bimbang penuh dan terpaksa pulak
pusing lagi sekali...jadi park
je tempat yang jauh..
Lepas parking terus tuju ke bangunan
wad berkenaan. Dari jauh kelihatan anak sulung bersembang
dengan adik ipar aku iaitu MAK CU dia. Kami tiba dekat, isteri aku seperti
biasa terus salam dengan adiknya serta anak anak biras
aku tu. Aku dan isteri serta anak aku terus
masuk ke wad bersama adik
ipar aku tu.
Anak aku yang bungsu terpaksa
tinggal di luar sebab tak cukup umur untuk dibenarkan
masuk ke wad. Jadi tunggu la dia di luar dengan pesanan jangan merayau...
Masuk wad Kajang biasalah..tentu sesak punya, di laluan
pun ada katil pesakit...sesak sangat...kesian..
Sepatutnya hospital Kajang ni
mesti bina lagi satu bangunan untuk kurangkan
kesesakan jika tidak boleh hapuskan kesesakan. Sampai di katil
biras aku tu...kami bersalam dan bertanya kabar. Dia operate untuk sambung
kembali usus yang telah dibedah beberapa bulan yang lalu. Kalau
tak silap dia kata operation tersebut makan masa tiga
jam, kalau tak silap katanya. Dia dikehendaki
berpuasa untuk merehatkan sebentar ususnya yang baru
disambung kembali. Katanya macam da 2 hari puasa...kalau aku tak silap..
Tak lama kemudian anak lelaki biras aku tiba untuk
ambil giliran menjaga biras aku tu. Tinggallah kami dan anak biras aku sambung
berbual. Tak lama kemudian ibu biras aku tiba. Untuk beri ruang yang
luas untuk mereka aku tinggalkan wad untuk keluar selepas
bersalam dengan biras aku dan tegur makcik
tersebut. Tinggallah anak sulung aku dan ibu dia di dalam
wad. Aku terus keluar dan tunggu di luar bersama anak bungsu aku. Tak
lama kemudian anak sulung aku keluar. Kami bersembang diluar. Kemudian
isteri aku keluar setelah agak lama berada dalam wad tersebut.
Tak lama kami berlegar depan bangunan wad tersebut...
Isteri abang ipar aku dan menantunya tiba untuk
melawat. Kami semua bersalam sebelum
NYAH ZAIMAH dan menantunya ARRASHID masuk ke wad
untuk melawat pesakit. Kami semua bersembang sebentar sebelum anak
biras aku keluar dan bertemu kami. Dia kata abahnya dah boleh minum. Doktor
benarkan dia minum jadi anak biras aku pi cari minuman di cafe
hospital tersebut. Sementara aku dan isteri pi menuju
kereta untuk balik. Anak bungsu aku pula
mengikut anak sulung aku ke kediamannya di........saujana putra.........
Akhirnya doa aku untuk ALONG...semoga CEPAT SEMBUH dan dapat
menjalankan kehidupan seperti biasa dan BAHAGIA
BERSAMA KELUARGA DUNIA HINGGA SYURGA....aku juga doa
supaya semua pesakit kat hospital tu cepat sembuh...aamiinnnnn...
*aku tak amik gambar dalam hospital sebab menghormati etika dalam wad yang
melarang rakaman foto dan ada ketikanya aku langar gak...huhuhu...
*aku tak amik gambar dalam hospital sebab menghormati etika dalam wad yang
melarang rakaman foto dan ada ketikanya aku langar gak...huhuhu...
SEKIAN
No comments:
Post a Comment